Selasa, 8 Mac 2016

[SINOPSIS] Suamiku Paling Sweet

Assalamualaikum..


Sinopsis Novel

"Mama.... nak tolong tu memanglah boleh. Tapi ada ke patut suruh Sya jadi orang gaji rumah dia? Waa... Mama, Sya goreng telur pun boleh terbelah lima kuali, tau tak?" - Qisya Iris

Rela dalam paksa, Qisya terpaksa mengikut kata mamanya, menjadi orang gaji di rumah kawan mamanya. Dua bulan.

Namun, sudah cukup untuk mengubah hidupnya bila dia terpaksa menjadi isteri dan mummy orang dalam usia yang cukup muda, 22 tahun.

Marah. Benci. Tak boleh terima kenyataan.  Cukup membayangkan perasaan Qisya sehingga hampir sahaja Izz Haikal diterajangnya pada malam pertama perkahwinan mereka. Tapi, berbeza pula dengan penerimaan Izz, hanya tenang dan menerima semuanya.

"Macam mana cincin ini ada kay sini?" - Izz

"Macam mana cincin ni ada kat sini? Sebab dia tak ada dalam kotaklah." - Qisya

"Wrong answer. Cincin ni ada kat sini sebab dia dah jumpa pemilik dia." - Izz

Cincin tersarung di jari Qisya menandakan kesudian Qisya untuk terus hidup bersama Izz. Hari demi hari berlalu, cukup untuk Izz leburkan hari Qisya. Diikutkan saja kepala isterinya yang masih remaja itu.

Baik, penyayang, penyabar, romantik. Pendek kata Izz sempurna pada Qisya.

Sampaikan kalau boleh diceritakan kepada semua orang, nak saja dia bukukan buat tajuk 'Suamiku Paling Sweet' sebab dia rasa memang Izzlah suami yang sangat sempurna padanya. Dan Qisya tahu satu rahsia besar! Rahsia yang buat air matanya tak henti-henti mengalir.

Rahsia yang buatkan Qisya mahu cium tangan Izz untuk meminta keampunan. Buatkan dia mahu peluk Izz ketat-ketat sebagai tanda terima kasih tak terhingga. Sesungguhnya Izz tahu semuanyan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan