Selasa, 8 Mac 2016

[SINOPSIS] Calon Isteri Jutawan

Assalamualaikum..

Sinopsis Novel

Hanya seorang calon yang layak. Siapakah dia?

Mereka manja, cantik, seksi dan menawan. Ya! merekalah calon-calon isteri jutawan.

Pencarian isteri untuk si jutawan bermula. Siapakah si bertuah yang dapat menyandang gelaran isteri jutawan, Izzad Daniel? Wanita yang terpilih bakal mewarisi empayar perniagaannya yang bernilai jutaan ringgit.

Dia Nurul Izyanie. Hanya gadis biasa yang memerlukan wang. Namun dia juga mencuba nasib. Temu duga itu dihadiri dengan penuh harapan.

"Lemah lembut?No.. Manja? No.. Seksi pun tak. Nampaknya awak tak lulus."

"Kalau saya tak layan, tak perlulah encik nak menghina saya macam ni."

"Saya bukannya nak hina awak. Tapi, awak dah betul-betul salah tempat. Ini temu duga untuk mencari calon isteri saya, bukannya temu duga untuk mencari akauntan."

Apa? dia sudah salah tempat untuk temu duga? Hancur harapannya untuk menjadi seorang akauntan di syarikat terkemuka itu. Ingin saja dia pulang ke kampung kerana terlampau kecewa.

Anehnya, tiada angin, tiada ribut, tiba-tiba dia menerima tawaran bekerja. Tetapi bukan sebagai kerani, setiausaha mahupun akauntan. Sebaliknya....

"Cik telah terpilih sebagai calon akhir untuk memegang jawatan isteri saya"

"Terima kasih Encik Izzad atas tawaran yang menarik ini tapi saya tidak berminat. Nak cari isteri bukan seperti mencari ikan di pasar."

"Kalau awak tak terima. Awak tahulah apa nasib awak. Bukan susah kalau saya nak jatuhkan seseorang seperti awak. Malah satu keluarga awak pun saya boleh jatuhkan."

Atas sebuah ugutan, dia terpaksa menyertai rancangan gila itu. Berhadapan dengan sembilan orang calon yang obsesi dengan si jutawan, apakah kesudahan nasibnya? Selamatkah dia dikelilingi Sally? Tengku Fathiah yang ternyata iri dengan kehadirannya? Mari selesaikannya dalam Calon Isteri Jutawan.

1 ulasan: