Assalamualaikum..
Sinopsis Novel
Kisah seorang novelis bernama Anggun Qairah yang kerjayanya menulis dan makan donut karamel di sebuah kafe. Hari-hari tanpa jemu. Disitu dia mencurahkan ilham. Di situ dia khusyuk dan tenggelam dalam dunia ciptaannya.
Suatu hari dia bertemu dengan Faiq Faiqal secara tidak sengaja dalam satu kemalangan kecil yang merosakkan segala khazanah pentingnya.Cermin mata dan komputer ribanya hancur digilis kereta. Dengan rasa simpati, Faiq membantu Anggun menggantikan dua barang penting milik Anggun. Anggun yang rabun, tidak cam siapa lelaki yang melanggarnya.
Faiq pula sudah gila bayang, Dia, CEO Design Dynamic Berhad turun pangkat sebagai pelayan kafe di Kafe Donut Karamel semata-mata kerana mahu mendekati gadis idamannya dengan menyamar sebagai Rafiqi. Rafiqi yang konon-konannya meminati semua karya garapan Anggun.
"Kenapa? Cik ingat tak ada lelaki yang baca novel ke? Lelaki yang baca novel tu sangat gentlemen tau, cik"
Hari demi hari hubungan mereka semakin berkembang mekar sehinggalah Zhariff, lelaki sekampung dengan Anggun, mula menganggu hubungan mereka. Namun, hubungan mereka tetap kukuh sehinggalah hari bersejarah mereka.
Anggun kecewa bila tahu Rafiqi yang sebenarnya adalah Faiq. Dia rasakan Faiq tidak ikhlas bila Faiq tidak jujur dan menipunya selama ini. Bermulalah misi ops pikat isteri yang dijalankan oleh Faiq. Pelbagai adengan lucu yang Faiq ciptakan.
Zhariff pula tidak jemu-jemu meminta Anggun daripada Faiq. Sebagaisuami Faiq rasa tercabar. Anggun pula salah faham bila terdengar pertengkaran mereka lalu membawa diri ke kampung. Bahagiakah Anggun disisi Faiq? Faiq pula, masih ada lagikah kesabaran dalam menempuh rumah tangga yang dibina? Cinta perlukan kesabaran. Faiq pasti, akan ada bahagian di hujung jalan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan