Khamis, 6 Oktober 2016

[SINOPSIS] Red Velvet



Sinopsis Novel

Helena tidak mempedulikan tohmahan mahupun kata-kata nista orang sekeliling bila dia ingin berkahwin dengan Fareeq yang merupakan suami orang. Lantaklah! Janji dia bahagia. Malangnya, Fareeq tidak menepati janjinya untuk mengahwini Helena. Perbuatannya itu membuatkan Helena kecewa setengah mati.

Dalam mengharungi kehidupannya yang huru-hara, Helena bertemu dengan Izzat yang sinis, ego, berlagak tak bertempat. Semua ini menambahkan kekusutan di kepala Helena. Baker bajet hot yang bekerja di bakeri cabuk itu sentiasa mencari pasal dengan Helena. Ada sahaja yang tidak kena dimatanya. Dan keadaan semakin tegang apabila keadaan memaksa Helena berkerja dengan Izzat di bakeri yang sama. Hinggalah...... hati mereka bertaut dengan kasih. Namun rahsia Helena terbongkar sewaktu mereka berdua asyik menyulam cinta. Macam mana bila lelaki yang anti homewrecker, berdepan dengan homewrecker itu sendiri?

"Mungkin dia tidak sweet macam kek bergula, tak berharta seperti putera raja, tapi cintanya yang paling manis di jiwa"