Selasa, 14 Julai 2015

[Sinopsis] Annyeong Aidilfitri

Assalamualaikum..

Selamat Hari Raya..

Kepada peminat-peminat Amyra Rosli & Hafreez Adam, jangan lupa untuk menyaksikan telemovie raya mereka berdua yang bertajuk Annyeong Aidilfitri pada 6 syawal ini di TV1.


Sinopsis 

Mengisahkan Aryanna (Amyra Rosli) yang bersahabat baik dengan Alfian (Hafreez Adam) kecewa kerana tidak pernah dipedulikan. Setelah Aryanna pulang ke kampung Alfian mula terasa sebak serba tak kena dan sangat merindui Aryanna. Alfian tekad untuk pergi menemui Aryanna di pagi raya, ikuti perjalanan yang penuh mencabar untuk bertemu Aryanna. Berjayakah Alfian mendapatkan kemaafan Aryanna?
 ___________________________________________________________

Mengisahkan seorang pelajar kolej berusia 20-an, Aryanna yang putus asa dengan cinta setelah perasaannya tidak dipedulikan oleh Alfian.

Dia kemudia bertemu Tae Young, pemuda Korea yang juga pelajar di kolejnya, mereka berkawan baik. Apakah persahabatan Aryanna dan Tae Young  akan berubah menjadi percintaan? Bagaimana pula kisah Alfian yang mula memerhatikan Aryanna setelah gadis itu rapat dengan pemuda Korea tersebut?

Saksikan telemovie komedi yang turut dibintangi Didie Alias, Theera Alias, Hudson, Chomat Samad dan Delimawati pada 22 Julai 2015 ( 6 Syawal) jam 9.00 malam.




OST Annyeong Aidilfitri

Lagu yang diberikan judul Hari mulia adalah hasil ciptaan Hudson (Tae Young dalam Annyeong Aidilfitri) yang merupakan kompuser Malaysia yang telah lama menetap di Korea.

7 ulasan: