Rabu, 1 Julai 2015

Rancangan Menarik Sepanjang Ramadhan Di TV3

Assalamualaikum..

Selamat Berpuasa & Salam Ramadhan 1436 Hijrah

Kepada peminat-peminat setia TV3 jangan lupa untuk teruskan menonton drama, telemovie dan rancangan-rancangan yang menarik sepanjang ramadhan ini.


Padamu Aku Bersujud

Setiap Selasa bermula 26.5.2015 
4.00-5.00 petang

 Sinopsis

Pak Leman meletakkan harapan tinggi di atas anaknya, Amin untuk mengubah nasib keluarga mereka. Selama ini, Pak Leman bekerja keras di bendang yang dipajak kepada abangnya, Datuk Jamil. Bagi Pak Leman, hanya dengan pelajaran saja dapat mengubah kehidupan mereka.

Sayangnya, Amin gagal memperolehi keputusan yang cemerlang dalam SPM. Peluangnya untuk melanjutkan pelajaran ke universiti tempatanjuga tipis. Pak Leman mula mengungkit bahawa Amin memang tidak boleh diharap.

Amin meninggalkan kampung untuk mencuba nasib di Kuala Lumpur. Berkat ketekunannya berusaha, siang di bengkel , malam di kolej, Amin berjaya memiliki sebuah bengkel kereta. Berdirinya Amin Motor ialah puncak kejayaan yang diidamkan Amin dalam hidupnya. Namun malangnya tidak berbau apabila bengkelnya terbakar akibat perbuatan khianat.


Hidayahmu Ramadan

Setiap Khamis bermula 4.6.2015
10.00 - 11.00 malam

 Sinopsis

Hidayah dan Nazir ialah sepupu yang sangat rapat walaupun mereka berasal dari latar belakang yang berbeza. Ibu bapa mereka jarang berhubung kerana orang tua Nazir memandang rendah terhadap keluarga Hidayah yang miskin.

Selepas 11 tahun, Nazir kini graduan universiti yang senang mengikuti semester akhir manakala Hidayah pula seorang pelajar tingkatan enam. Hidayah bercita-cita untuk menyambung pelajarannya di menara gading seperti Nazir.

Namun, segalanya berubah keran kedua ibu bapanya meniggal dunia. Ibu bapa Nazir enggan menjaya Hidayah. Jadi, Nazir mula memberikan perhatian terhadap Hidayah dan mereka sering berkongsi masalah. Ibu Nazir mahu memisahkan mereka berdua kerana dia tidak rela menerima Hidayah sebagai menantunya jika Nazir mula menyanyangi Hidayah seperti teman istemewanya.


Wadi

Setiap Jumaat bermula 26.6.2015
9.00-10.00 malam

 Sinopsis

Ayah Wadi terkorban ketika cuba menyelamatkan Wadi. Wdi dipersalahkan oleh ibu tirinya, Zainah. Sejak itu, Zainah amat membenci Wadi dan sering menderanya secara fizikal dan mental. Wadi mencari ketenangan dalam aktiviti berlari.

Dia bercita-cita mahu menjadi seorang pelari yang profesional. Wadi ialah atlit yang paling pantas di sekolah dan dia telah memenangi banyak pingat.Suatu hari, Wadi hilang kesabaran apabila Zainah membakar semua pingatnya. Zainah hampir terbunuh dalam pergelutan.

Wadi melarikan diri kerana ketakutan. Dia telah berkenalan dengan Jiro, seorang penyeluk saku. Sejak itu, Wadi berpakat dengan Jiro untuk melakukan kegiatan menyeluk kerana dia pantas berlari. Keadaan mula berubah apabila Jiro terbunuh dalam suatu pergaduhan. Jiro sempat berpesan kepada Wadi supaya berubah dan kembali ke jalan yang betul. Akhirnya, Wadi menjadi seorang penyanyi jalanan (busker) untuk meneruskan kehidupan.


Pondok Kambing Opah

Setiap Sabtu bermula 20.6.2015
6.00-7.00 malam



Kias Ramadan 

Setiap Ahad bermula 21.6.2015
9.00-9.30 malam




Sembang Sahur

Setiap Rabu bermula 24.6.2015
11.00-12.00 malam

 Program bual bicara yang dikendalikan oleh Fiza Sabjahan, Saiful Nizam, Hazlin Hussain,Luqman Hakim & Da'i Azam Alkankari akan membincangkan topik-topik menarik dalam bulan ramadan. Tidak ketinggalan juga segmen Singgah Sahur yang bekerjasama dengan McDonald's yang akan membawa penonton Singgah Sahur dengan mereka yang kurang bernasib baik. Ikuti juga segmen-segmen menarik seperti Sahur Bujang (Chef Sufiz), Tip kesihatan (Kevin Zahari) dan parodi (Sherry Al-Hadad dan Zalif Sidek).


Sesumpah Ramadan

11 Julai 2015
9.00-11.00 malam

 Sinopsis

Ammar Hakim seorang jurukamera sambilan dan usahawan online yang gigih mengumpul wang sehingga lalai dengan urusan ibadah. Apabila bulan ramadan, Ammar akan mengubah jadual hidupnya dengan menambahkan aktiviti ibadah dan urusan agama sehingga digelar "Ustaz Sesumpah" oleh rakan-rakannya. Habis semua ditegurkannya seperti seorang ustaz.

Suatu hari, Ammar bertemu dengan Sophia, anak pakcik Johar iaitu jirannya dan mula jatuh hati. Pakcik Johar dapat mengagak agenda Ammar yang tiba-tiba berbaik dengannya dan mula menguji Ammar untuk menjadi imam, bertadarus dan mengaji. Ammar mula gelisah dan menyedari kesilapannya. Dia bersumpah untuk tidak lagi menjadi seperti sesumpah ketika bulan Ramadan tiba.


Qasih Ramadan

5 Julai 2015
10.00-11.00 malam

 Sinopsis

Selepas beberapa bulan terputus hubungan dengan suami, Norimah nekad membawa Qasih ke ibu kota kerana Qasih amat merindukan ayahnya, Ramadan agar dapat berhari raya bersama. Kesan daripan bercampur dengan pelbgai jenis manusia dan dugaan yang ditempuhi, Qasih diserang demam yang membawa maut. Norimah tertekan dan mahu membawa pulang mayat Qasih dikebumikan di kampung halaman. Lebih tragis lagi, Norimah dituduh membunuh Qasih kerana mengendong mayat Qasih.



Ramadan Jangan Tinggal Kami

12 Julai 2015
10.00-11.00 malam




Tiada ulasan:

Catat Ulasan