Rabu, 1 Julai 2015

App Syukur Selalu

Assalamualaikum..

Selamat Berpuasa & Salam Ramadhan 1436 Hijrah

Ni nak bagitahu kepada sesiapa yang tak tahu bahawa tahun ini (2015). Pihak Media Prima telah melancarkan app Syukur Selalu yang merupakan tagline sepanjang ramadan dan syawal ini.

Boleh download menerusi Google Play & App Store

Apa yang menarik dalam App Syukur Selalu  ini ialah kita dapat mengetahui rancangan-rancangan menarik yang akan TV3 & TV9 sajikan kepada penonton, terutama kepada peminat tegar drama/telemovie TV3 & TV9 sepanjang ramadan dan syawal ini nanti.

Selain itu, di dalam app ini juga terdapat info trafik bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas. Disamping itu, terdapat juga pertandingan "Kampung Gua Hebat" bagi menunjukan keistimewaan dan keunikan kampung disekitar negeri anda dan negeri yang mempunyai mata yang tertinggi diakhir pertandingan ini, TV3 & TV9 akan mengadakan rumah terbuka kepada negeri tersebut.

Sebenarnya banyak lagi yang ada dalam App Syukur Selalu ini, jadi saya perlihatkan kandungan yang ada dalam App Sykur Selalu ini.
























P/S : JANGAN LUPA DOWNLOAD APP SYUKUR SELALU #SYUKURSELALU

Tiada ulasan:

Catat Ulasan