Ahad, 31 Mei 2015

[BIODATA] Hafeez Mikail

Assalamualaikum..

Nama Hafeez Mikail bukanlah nama baru dalam industri Malaysia, tetapi dalam tahun 2015 nama Hafeez Mikail semakin dikenali selepas berjaya membawa watak Tengku Zarul dalam drama Hati Perempuan telah menarik ramai peminat meminatinya.

Hafeez Mikail sebenarnya telah mula berlakon pada usia 17 tahun tetapi di hentikannya kerana fokus kepada SPM. Selepas tamat SPM, Hafeez Mikail menceburi bidang Pramugara di syarikat MAS selama 2 Tahun dan kembali menjadi pelakon.

Nama Penuh : Muhammad Hafiz bin Muhammad Zaki

Nama Komersial : Hafeez Mikail

Umur : 24 Tahun (2016)

Kelahiran : Kacukan Kelantan - Johor

Pendidikan : Penuntut UITM Shah Alam jurusan Ijazah Sarjana Muda Rekaan Grafik dan Multimedia

Kerjaya : Pelakon & Model

Iklan : Coke, Petronas, Nespray

Drama : Blogger Boy, Korban Kasih, Kerana Terpaksa Aku Relakan, Hati Perempuan, Puteri Bukan Nama Sebenar

Telemovie : Banglo Seksyen 2, Misah Tarzan Hajar Runcit, Cinta Suci Jadi Saksi, Cikgu Gangster


Kelab Peminat : #HMTROOPS







[BIODATA] Hafreez Adam

Assalamualaikum..

Ni nak cerita, siapa kenal Hafreez Adam? drama apa yang mula-mula anda minat dan kenal Hafreez Adam ni? bagi saya, saya mula mengenali Hafreez Adam apabila menonton drama adaptasi novel Bila Hati Berbicara sebagai Badri Fathul, seorang yang sangat baik.

Boleh dikatakan nama Hafreez Adam semakin dikenali selepas berjaya membawa watak Badri Fathul di dalam drama Bila Hati Berbicara serta sebagai Daniel Idrus dalam drama Hati Perempuan di TV3 dalam slot yang sama iaitu Slot Akasia. Nama Hafreez Adam juga mula dikenali selepas memenangi Artis Baharu Lelaki Popular ABPBH 2014 yang berjaya mengalahkan Shukri Yahaya, Syarul Ridzwan, Hisyam Hamid dan Nazrief Nazri.

Mari kita kenali lebih dekat lagi siapa Hafreez Adam..


Nama Penuh : Hafreez Adam Aizat bin Zahalan

Nama Komersial : Hafreez Adam

Tarikh Lahir :10 Jun 1990

Umur : 26 Tahun (2016)

Adik Beradik : Anak kedua daripada tiga beradik

Asal : Kuala Lumpur

Warna Kegemaran :  Hijau, Merah, Kuning & Coklat

Kerjaya : Pelakon & Model

Drama : Lembuku Ben, KIsah Cinta, Tanah Merah, Puteri Malam, Ride, Berkalung Rahmah, Bila Hati Berbicara, Hati Perempuan

Telefilem : Talak

Iklan : Amanah Saham Nasional & Jobseek

Pencapaian : Finalis Hero Remaja 2012

Facebook : https://www.facebook.com/pages/Hafreez-Adam/552271708205121
Twitter : https://twitter.com/HafreezAdam
Instagram : https://instagram.com/hafreezadam/
Blog : http://thesestoriesaboutlife.blogspot.com/

Kelab Peminat : HafreezHype

Facebook HafreezHype 
 Twitter HafreezHype
Instagram HafreezHype








Sabtu, 30 Mei 2015

Kerana Terpaksa Aku Relakan + Hati Perempuan Raya (#KTARHP)

Assalamualaikum..

Ni nak ceritalah, minggu lepas (hujung bulan 5) ramai peminat Hati Perempuan meroyan SEBAB mereka telah dilanda teka-teki apabila Tengku Zaril (Syarul Ridzwan), Yuhanis (Mia Ahmad) dan Tengku Zaqif (Nadzmi Adhwa) mengupload satu gambar/video yang mereka telah mula shooting satu telemovie bersama kembali. Yang membuatkan ramai bermain teka-teki ialah semua pelakon ni, tidak memberikan tajuk telemovie yang mereka sedang shooting tetapi hanya memberikan pembayang-pembayangnya sehaja.

Nak dijadikan cerita, Amar Baharin dan Izreen Azminda pula mengupload gambar mereka semua (Syarul Ridzwan, Mia Ahmad, Amar Baharin, Izreen Azminda & Nadzmi Adhwa) di instagram. Terdapat beberapa gambar yang di upload oleh Amar Baharin terdapat hastag #KTARHP, tambahan lagi Amar juga telah memberikan waktu tayangan telemovie ini iaitu pada 2 Syawal di TV3.

Yang sebenarnya telemovie yang mereka semua shooting ini merupakan telemovie raya Kerana Terpaksa Aku Relakan yang akan bergabung bersama Hati Perempuan. Inilah sebabnya mereka semua shooting bersama!. Pengesahan ini telah di sahkan oleh penulis novel Kerana Terpaksa Aku Relakan sendiri iaitu kak Umie Nadzimah.


Jadi semua peminat drama Kerana Terpaksa Aku Relakan & Hati Perempuan, kita tunggu sama-sama 2 Syawal ini di Tv3 untuk menyaksikan telemovie ini.. Jangan stress-stress, kita cuci mata dulu dengan beberapa gambar sepanjang pengambaran telemovie #KTARHP

-----------------------------------------------------------------------------
MAKLUMAT TERKINI

Tajuk yang dinanti-nantikan oleh semua Peminat Hati Perempuan dan juga Kerana Terpaksa Aku Relakan telah pun dikenal pasti. Secara rasminya tajuk untuk telemovie ini ialah "JODOH KE UOLLS"

Setelah ramai yang berteka-teki dengan tajuk ini, sehingga ada yang menekanya Kerana Hati Perempuan Terpaksa Aku Relakan.


















p/s : semua gambar ini daripada #KTARHP

[Sinopsis Novel] Kimchi Untuk Awak !

Assalamualaikum..

Sebenarnya nak bagitahu yang saya dah habis baca novel Kimchi Untuk Awak! hasil karya kak Suri Ryana & Novel Kimchi Untuk Awak ! ni pula merupakan novel ke 4 & merupakan karya terbaru daripada kak Suri Ryana tahun ni (2015).

Novel Kimchi Untuk Awak! (KUA) dah pun berada dipasaran bulan mei 2015 & pada bulan mei itu berlangsung Pesta Buku Antarabangsa dan ramai peminat-peminat novel telah pun berkunjung ke Pesta Buku tersebut dan mendapatkan KUA serta berpeluang bertemu dengan kak Suri Ryana sendiri. Cemburu sangat dengan mereka yang dapat jumpa kak Suri Ryana! 

Ni sebenarnya nak cerita, walaupun novel KUA dah pun berada dipasaran pada bulan mei, tetap ramai yang masih mencari novel KUA ni di outlet-outlet kedai buku di tempat mereka, termasuklah diri ini. Dalam tak sangka, masa jalan-jalan terjumpa pula novel KUA, apa lagi tanpa berfikir 2 kali, terus beli sebab tak nak ketinggalan untuk mengumpul semua koleksi novel karya kak Suri Ryana. Saya merupakan peminat kak Suri Ryana semenjak saya beli novel M.A.I.D sampai sekarang ni,semua novel kak Suri memang tidak mengecewakan hati ni!

Kalau-kalau ada antara anda yang masih mencari novel KUA/ M.A.I.D bolehlah pm/dm saya ke (KLIK) Twitter , (KLIK) Facebook , (KILIK) Instagram .. Saya bukan nak berniaga & memang bukan berniaga,saya cuma membantu kepada mereka yang masih mencari novel-novel ni sebab saya dah jumpa tempat yang masih banyak lagi stok, tu je..

Sinopsis Kimchi Untuk Awak!

Mati-mati Bella ingat dia dapat menghabiskan cuti semesternya dengan aman dan damai di Malaysia. Huru-hara hidup pelajar di salah sebuah universiti di Seoul, Korea Selatan itu terjadi semenjak di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon lagi. Insiden dia terlanggar seorang lelaki kacukan Melayu Korea yang bernama Danial Lee Jae Hwan adalah permulaan kacau-bilau dalam hidupnya.

"Jang-nim." - Danial Lee.

"Kalau aku buta, kau tu apa? Samseng?!" - Bella.

Tak cukup dengan insiden itu, kak long pula memaksa Bella membuat kimchi sempena majlis menyambut kedatangan presiden syarikat tempat kak longnya bekerja ke Malaysia. Hatinya semakin tidak aman apabila mendapat tahu yang presiden tersebut adalah Danial Lee. Keadaan semakin berbelit apabila rupa-rupanya keluarga mereka saling mengenali dan mereka ingin menyatukan Bella dan Danial Lee.

Satu insiden yang berlaku di kampung membuatkan mereka terpaksa disatukan. Dan apabila cinta mula bercambah dalam hati kedua-duanya, Bella melarikan diri ke Seoul gara-gara tersalah sangka yang sengaja diadakan oleh Yoo Ri.

Akibat rasa rindu yang tidak tertanggung, Danial Lee menjejaki Bella di Seoul dan cinta mereka mekar semula di bumi Korea Selatan. Dalam keasyikan mereka melayari bahtera rumah tangga, Yoo Ri dan Zara sentiasa mengganggu perkahwinan mereka. Dapatkah Danial Lee dan Bella mempertahankan keagungan cinta mereka? Dapatkah Zara merampas Danial Lee daripada Bella?

"Mampukah hubungan yang masam dan pedas seperti kimchi jadi semanis cotton candy?"



Novel ini juga kan diadaptasikan ke filem yang akan menemui penonton pada tahun 2017, yang menggandingkan Aiman Hakim Redza bersama Emma Maembong bagi menjayakan filem ini.







Jumaat, 29 Mei 2015

[Sinopsis Novel] M.A.I.D

Assalamualaikum..

Pada April 2011 novel M.A.I.D telah pun berada dipasaran bagi menemui peminat-peminat tegar yang membaca sedikit teaser daripada blog penulisnya sendiri iaitu kak Suri Ryana  http://queenlpermaisuri.blogspot.com/. Novel M.A.I.D merupakan novel pertama karya kak Suri Ryana dan sekarang (2015) sudah pun memiliki 4 buah novel termasuk M.A.I.D > Isteri Separuh Masa > Playboy Itu Suami Aku ? > Kimchi Untuk Awak !. 

Kepada peminat-peminat novel M.A.I.D, sudahkah anda bersedia untuk melihat novel M.A.I.D di drama kan?? dengar khabar, drama M.A.I.D akan ditayangkan selepas habis drama Isteri Separuh Masa (juga merupakan novel ke 2 karya kak Suri Ryana) di Astro Ria & Astro Maya HD.

Sebelum drama M.A.I.D ini ditayangkan, jom kita baca dulu sinopsis M.A.I.D dari novelnya bagi memahami sedikit jalan ceritanya nanti..




Sinopsis M.A.I.D

Pengembaraan Noorul ke alam yang serba baru bermula semenjak menjadi pembantu rumah di penthouse mewah seorang lelaki kacak bernama Harris Tan Sri Hamdan, yang cerewetnya mengalahkan nenek kebayan. Oleh kerana sifatnya yang cerewet itu, Noorul menggelar Harris Mr.F. Kenapa F, bukan G atau H ? Kerana F itu adalah untuk "fussy" atau dalam bahasa melayunya cerewet ! Semua yang Noorul lakukan sentiasa mengundang tengkingan dan jelingan tajam Mr.F.

Daripada berbalas-balas nota berkaitan dengan kerja pada awalnya, entah bagaimana mereka boleh makan semeja. Semakin lama Noorul mengenali Mr.F semakin banyak pula sebab yang dia temui untuk mencintai lelaki itu.

Fitnah yang melanda menyebabkan Noorul dan Mr.F terpaksa dinikahkan. Gusarnya hati, Allah sahaja yang tahu kerana dia tidak pasti sama ada Mr.F boleh menerimanya sebagai isteri atau tidak. Noorul mula berteka-teki sendiri tentang siapa dalang di dalam penyebaran fitnah ini. Adakah angkara Asyraf, yang sememangnya berdendam dengan Noorul ? Atau pun, musuh perniagaan Tan Sri Hamdan ? Mampukah Noorul dan Mr.F melayari bahtera rumah tangga bersama ? Bagaimana pula dengan Elisa yang sememangnya cintakan Mr.F ? Apa pula yang akan terjadi apabila Nurina, bekas kekasih Mr.F pulang ke Malaysia untuk menagih kembali cinta daripadalelaki itu ? Haikal pula, dapatkah menerima Noorul, orang yang dicintainya sebagai kakak ipar ?.

Pasti anda tertanya-tanya siapakah yang akan membawakan watak-watak dalam M.A.I.D ini nanti, lagi-lagi watak noorul dan Mr.F kan ? Bagi yang sudah pun mengetahui, suka ke tidak dengan pemilihan pelakon tersebut ? Untuk makluman anda, antara pelakon yang akan menjayakan watak di dalam drama M.A.I.D ialah Ayda Jebat sebagai NoorulZul Ariffin sebagai Harris / Mr.F, Hefny Sahad sebagai Haikal, Nina Nadira sebagai Imaan, Redza Rosli sebagai Asyraf, Tasha Shilla sebagai Elisa dan ramai lagi. Pengarah bagi drama M.A.I.D ialah Michael Ang.

sambil-sambil tu, kita cuci mata lihat beberapa gambar sepanjang pengambaran drama M.A.I.D













p/s : Semua gambar daripada instagram #DramaMaid

Rabu, 27 Mei 2015

[Sinopsis Novel] Street Vendetta

Assalamualaikum..

Dengar khabar novel Street Vendetta ni akan di adaptasikan ke drama yang bakal ditayangkan di TV2, tapi tak pasti bila? Yang penting drama ni dah lama menghabiskan pengambaraan dalam tahun 2014. 

Novel Street Vendetta ini bakal di dramakan di TV2. Antara pelakon yang bakal menjayakan watak-watak dalam Street vendetta ialah Syarul Ridzwan sebagai Kojie / Fakruzi, Nad Zainal sebagai Anabella, Erry Putra sebagai Iqbal, Syatilla Melvin sebagai Mira, Normah Damanhuri sebagai Nenek Telangkai, Dayana Roza sebagai Nora dan ramai lagi.



Sinopsis Street Vandetta

Mungkin inilah takdir aku! Sampai bila-bila pun aku takkan berjaya memperolehi cinta yang aku harap-harapkan, bisik Kojie sambil menarik nafas - KOJIE

Lidah Anabella serta merta kelu seribu bahasa. Tatapan mata Fakruzi membuatkan dia berada dalam keadaan serba salah dan bingung. This is totally a mess. Takkan dalam sekelip mata, Fakruzi boleh menyukainya! - ANABELLA

"Maafkan aku Kojie kerana hanya baru sekarang aku cuba mengenali siapa kau yang sebenarnya. Baru sekarang aku menggali semula wajah yang hilang dari ingatan aku." - ANABELLA

Tidak! Dia mungkin hilang dirinya, tapi dia tidak boleh kehilangan Anabella. Meskipun dia tidak ingat siapa Anabella sebelumnya, dia tidak ingat tentang pengalaman yang ditempuhinya bersama Anabella ke Cherating seperti yang diceritakan gadis itu padanya dulu namun ada sesuatu yang dia benar-benar pasti. Sesuatu yang memberi kekuatan dalam dirinya. Dia pasti - FAKRUZI

"Itu sajakah yang kau nak cakap pada aku ? Setelah selama ini kau permainkan aku macam orang bodoh. Kau tahu aku merindui kau, tapi kau hanya berpeluk tubuh. Kau biarkan aku tertanya-tanya dan macam orang gila memikirkan siapa kau dan siapa Fakruzi." - ANABELLA

____________________________________________________
Anabella si gadis hipokrit bermata duitan yang gemarkan kekayaan dan gemarkan status. Kojie, si jejaka selekeh.. bergaya punk dan sukakan kesederhanaan. Bila kedua-duanya dipertemukan dalam situasi aneh. Kerana mengejar sebuah cinta, kedua-duanya saling cuba memahami.

Cinta Anabella pada Iqbal membawanya ke Cherating ditemani Kojie, si selekeh yang baik hati. Misi Anabella cuma satu, mahu merebut Iqbal dari tangan si Tumirah Kuncup aka Mira. Namun di sana dia mula memahami sesuatu yang cinta monyet sewaktu remajanya tidak lagi sama seperti yang diharapkannya.

Perpisahannya terakhirnya dengan Kojie di Cherating entah kenapa sering membuahkan rindu. Anehnya bila dia bertemu Fakruzi, si jejaka tampan yang memiliki iras senyuman Kojie, Anabella mula dihimpit keliru. Siapa Kojie ? Siapa pula Fakruzi ? Semuanya akan akan terjawab dalam Street Vandetta. Love is always  a beautiful things in our heart. Sweet and Sour !!

Layan gambar-gambar disebalik pembikinan Street vendetta yang akan di tayangkan di TV2.




























p/s : Semua gambar diambil dari instagram #StreetVendetta..