Khamis, 21 Mei 2015

[Sinopsis Drama & Novel] Dia... Isteri Luar Biasa

Assalamualaikum..

Sekali lagi novel adaptasi menemui penonton dalam Slot Akasia. Adaptasi novel kali ini ialah dari novel Dia... Isteri Luar Biasa daripada penulis Umie Nadzimah yang juga merupakan penulis novel Kerana Terpaksa.. Aku Relakan yang telah pun diadaptasi ke drama Kerana Terpaksa Aku Relakan dalam Slot Akasia 2014 yang dibintangi oleh Izreen Azminda, Amar Baharin, Syafiq Kyle, Nadia Aqila & ramai..

Antara Pelakon yang menjayakan watak dalam drama Dia... Isteri Luar Biasa ialah Shukri Yahaya sebagai Raden Amzar, Nur Fathia Latiff sebagai Dewi Yusra, Keith Foo sebagai Cik Kem, Nonny Nadirah sebagai Eda, Siti Elizad sebagai Kak Long Zaharah, Ziela Jalil sebagai Umi Sakinah, Leez Rosli sebagai Fatiha, Uqasha Senrose sebagai Dr Akma, Ardell Aryana sebagai Nora, dan ramai lagi..

Drama Dia... Isteri luar Biasa mula menemui penonton pada 18.5.2015 setiap Isnin - Khamis pada pukul 6.55 Petang - 8.00 Malam hanya di TV3 & Tonton.my selama 28 episod. Jangan Lupa Saksikan!!



Sinopsis Drama Dia... Isteri Luar Biasa

Mengisahkan kehidupan Dewi Yusra (Fathia) yang mencari suami sementara hanya bertujuan untuk mendapatkan anak. Dewi tidak percaya terhadap lelaki, kebencian Dewi terhadap lelaki akibat peristiwa silam yang masih menghantui dirinya apabila, ibunya menjadi mangsa kekejaman bapanya sendiri. bagi Dewi dia mampu hidup tanpa cinta dari seorang lelaki, tetapi apabila Dewi perlu menjaga anak sahabat baiknya, Eda (Nonny Nadirah) yang bernama Nina, terdetik di hati Dewi untuk memiliki zuriat sendiri.


Kerana tidak mahu berkahwin, Dewi cuba untuk mendapatkan perkhidmatan kaedah IVF dan GTF dari klinik pakar perbidanan namun ditolak kerana menyalahi undang-undang dan juga agama. Lalu tercetus satu idea apabila Dewi meminta pertolongan daripada sahabat baiknya, Cik Kem (Keith Foo) untuk mencari calon suami sementaranya. Kesemua calon suami yang diaturkan Cik Kem tidak menepati citarasa Dewi. Cik Kem, walaupun lembut turut menyimpan perasaan sayang kepada Dewi, Cik Kem juga menawarkan diri untuk menjadi suami sementara Dewi tetapi ditolak mentah oleh Dewi.

Kehadiran Dr. Raden Amzar (Shukri Yahaya) seorang pensyarah dalam satu insiden yang tidak disengajakan di Heathrow, ketika penerbangan pulang dari London ke Kuala Lumpur mengikat Raden Amzar terus disisi Dewi. Tanpa Dewi sedari, Raden Amzar sebenarnya menyukai Dewi walaupun Dewi bukanlah wanita sempurna yang dicari tetapi dia yakin dia boleh membimbing Dewi. Dewi merancang sesuatu agar Raden Amzar dapat menjadi suami sementaranya. Apa yang dirancang berjalan lancar seperti yang dirancang. Dewi dan Raden Amzar ditangkap khalwat. Mereka bernikah secara rahsia tanpa pengetahuan keluarga Raden Amzar.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi kisah Dewi Yusra dan Raden Amzar, jangan lupa saksikan Dia... Isteri Luar Biasa setiap Isnin - Khamis jam 6.55 petang - 8.00 malam hanya di TV3!.




Ini pula Sinopsis novel Dia... Isteri luar Biasa.



SINGLE is simple, double is trouble...

Itu moto hidup Dewi Yusra. Katanya, dia boleh hidup tanpa lelaki, lagi mudah dan tidak serabut otak. Lelaki menyusahkan, suka ambil kesempatan !
Perempuan tak kahwin pun boleh ada anaklah ! Bukan spesies angkat-angkat ya, yang aslu datang dari rahim Dewi Yusra. Kau gile ke Dewi, ingat nak buat anak semudah buat nasi ayam ke ? Hesy... Mesti ada jalanlah...

Dewi serius ! walau dengan apa cara pun, Dewi tetap ingin punya anak dari darah dagingnya. Anak yang akan mewarisi syarikat perniagaan Cik NAB a.k.a Nasi Ayam Bonda.


"Aku akan kahwin ! Syaratnya aku nak kahwin sampai mengandung aje ya, lepas tu aku chaw. No husband anymore. Sebelum aku sakit hati ditinggalkan, lebih baik aku blah dulu" - DEWI YUSRA

"Saya Amzar.... errr.. Raden Amzar yang duduk sebelah you dalam flight dari Heathrow hari tu... " - Raden Amzar

Bagai nak tercabut jantung Dewi dengar. Lelaki edisi terhad tu hubungi dia ? Macam tak percaya pun ada. Ingatkan lelaki itu akan terus menghilang. Tuhan berikan Dewi peluang ke ni ?
Berjayakah rancangan Dewi Yusra untuk memerangkap Dr. Raden Amzar, lelaki terpilih sebagai 'Suami Sementara'nya untuk seorang zuriat ? Bagaimana pula rancangan Kamarul yang terlalu menyintainya ?











Jangan Lupa saksikan Dia... Isteri luar Biasa di Slot Akasia Setiap Isnin-Khamis jam 6.55 petang-8.00 malam hanya di TV3 & Tonton.my



Tiada ulasan:

Catat Ulasan