Jumaat, 29 Mei 2015

[Sinopsis Novel] M.A.I.D

Assalamualaikum..

Pada April 2011 novel M.A.I.D telah pun berada dipasaran bagi menemui peminat-peminat tegar yang membaca sedikit teaser daripada blog penulisnya sendiri iaitu kak Suri Ryana  http://queenlpermaisuri.blogspot.com/. Novel M.A.I.D merupakan novel pertama karya kak Suri Ryana dan sekarang (2015) sudah pun memiliki 4 buah novel termasuk M.A.I.D > Isteri Separuh Masa > Playboy Itu Suami Aku ? > Kimchi Untuk Awak !. 

Kepada peminat-peminat novel M.A.I.D, sudahkah anda bersedia untuk melihat novel M.A.I.D di drama kan?? dengar khabar, drama M.A.I.D akan ditayangkan selepas habis drama Isteri Separuh Masa (juga merupakan novel ke 2 karya kak Suri Ryana) di Astro Ria & Astro Maya HD.

Sebelum drama M.A.I.D ini ditayangkan, jom kita baca dulu sinopsis M.A.I.D dari novelnya bagi memahami sedikit jalan ceritanya nanti..




Sinopsis M.A.I.D

Pengembaraan Noorul ke alam yang serba baru bermula semenjak menjadi pembantu rumah di penthouse mewah seorang lelaki kacak bernama Harris Tan Sri Hamdan, yang cerewetnya mengalahkan nenek kebayan. Oleh kerana sifatnya yang cerewet itu, Noorul menggelar Harris Mr.F. Kenapa F, bukan G atau H ? Kerana F itu adalah untuk "fussy" atau dalam bahasa melayunya cerewet ! Semua yang Noorul lakukan sentiasa mengundang tengkingan dan jelingan tajam Mr.F.

Daripada berbalas-balas nota berkaitan dengan kerja pada awalnya, entah bagaimana mereka boleh makan semeja. Semakin lama Noorul mengenali Mr.F semakin banyak pula sebab yang dia temui untuk mencintai lelaki itu.

Fitnah yang melanda menyebabkan Noorul dan Mr.F terpaksa dinikahkan. Gusarnya hati, Allah sahaja yang tahu kerana dia tidak pasti sama ada Mr.F boleh menerimanya sebagai isteri atau tidak. Noorul mula berteka-teki sendiri tentang siapa dalang di dalam penyebaran fitnah ini. Adakah angkara Asyraf, yang sememangnya berdendam dengan Noorul ? Atau pun, musuh perniagaan Tan Sri Hamdan ? Mampukah Noorul dan Mr.F melayari bahtera rumah tangga bersama ? Bagaimana pula dengan Elisa yang sememangnya cintakan Mr.F ? Apa pula yang akan terjadi apabila Nurina, bekas kekasih Mr.F pulang ke Malaysia untuk menagih kembali cinta daripadalelaki itu ? Haikal pula, dapatkah menerima Noorul, orang yang dicintainya sebagai kakak ipar ?.

Pasti anda tertanya-tanya siapakah yang akan membawakan watak-watak dalam M.A.I.D ini nanti, lagi-lagi watak noorul dan Mr.F kan ? Bagi yang sudah pun mengetahui, suka ke tidak dengan pemilihan pelakon tersebut ? Untuk makluman anda, antara pelakon yang akan menjayakan watak di dalam drama M.A.I.D ialah Ayda Jebat sebagai NoorulZul Ariffin sebagai Harris / Mr.F, Hefny Sahad sebagai Haikal, Nina Nadira sebagai Imaan, Redza Rosli sebagai Asyraf, Tasha Shilla sebagai Elisa dan ramai lagi. Pengarah bagi drama M.A.I.D ialah Michael Ang.

sambil-sambil tu, kita cuci mata lihat beberapa gambar sepanjang pengambaran drama M.A.I.D













p/s : Semua gambar daripada instagram #DramaMaid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan