Sabtu, 30 Mei 2015

Kerana Terpaksa Aku Relakan + Hati Perempuan Raya (#KTARHP)

Assalamualaikum..

Ni nak ceritalah, minggu lepas (hujung bulan 5) ramai peminat Hati Perempuan meroyan SEBAB mereka telah dilanda teka-teki apabila Tengku Zaril (Syarul Ridzwan), Yuhanis (Mia Ahmad) dan Tengku Zaqif (Nadzmi Adhwa) mengupload satu gambar/video yang mereka telah mula shooting satu telemovie bersama kembali. Yang membuatkan ramai bermain teka-teki ialah semua pelakon ni, tidak memberikan tajuk telemovie yang mereka sedang shooting tetapi hanya memberikan pembayang-pembayangnya sehaja.

Nak dijadikan cerita, Amar Baharin dan Izreen Azminda pula mengupload gambar mereka semua (Syarul Ridzwan, Mia Ahmad, Amar Baharin, Izreen Azminda & Nadzmi Adhwa) di instagram. Terdapat beberapa gambar yang di upload oleh Amar Baharin terdapat hastag #KTARHP, tambahan lagi Amar juga telah memberikan waktu tayangan telemovie ini iaitu pada 2 Syawal di TV3.

Yang sebenarnya telemovie yang mereka semua shooting ini merupakan telemovie raya Kerana Terpaksa Aku Relakan yang akan bergabung bersama Hati Perempuan. Inilah sebabnya mereka semua shooting bersama!. Pengesahan ini telah di sahkan oleh penulis novel Kerana Terpaksa Aku Relakan sendiri iaitu kak Umie Nadzimah.


Jadi semua peminat drama Kerana Terpaksa Aku Relakan & Hati Perempuan, kita tunggu sama-sama 2 Syawal ini di Tv3 untuk menyaksikan telemovie ini.. Jangan stress-stress, kita cuci mata dulu dengan beberapa gambar sepanjang pengambaran telemovie #KTARHP

-----------------------------------------------------------------------------
MAKLUMAT TERKINI

Tajuk yang dinanti-nantikan oleh semua Peminat Hati Perempuan dan juga Kerana Terpaksa Aku Relakan telah pun dikenal pasti. Secara rasminya tajuk untuk telemovie ini ialah "JODOH KE UOLLS"

Setelah ramai yang berteka-teki dengan tajuk ini, sehingga ada yang menekanya Kerana Hati Perempuan Terpaksa Aku Relakan.


















p/s : semua gambar ini daripada #KTARHP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan