Sabtu, 30 Mei 2015

[Sinopsis Novel] Kimchi Untuk Awak !

Assalamualaikum..

Sebenarnya nak bagitahu yang saya dah habis baca novel Kimchi Untuk Awak! hasil karya kak Suri Ryana & Novel Kimchi Untuk Awak ! ni pula merupakan novel ke 4 & merupakan karya terbaru daripada kak Suri Ryana tahun ni (2015).

Novel Kimchi Untuk Awak! (KUA) dah pun berada dipasaran bulan mei 2015 & pada bulan mei itu berlangsung Pesta Buku Antarabangsa dan ramai peminat-peminat novel telah pun berkunjung ke Pesta Buku tersebut dan mendapatkan KUA serta berpeluang bertemu dengan kak Suri Ryana sendiri. Cemburu sangat dengan mereka yang dapat jumpa kak Suri Ryana! 

Ni sebenarnya nak cerita, walaupun novel KUA dah pun berada dipasaran pada bulan mei, tetap ramai yang masih mencari novel KUA ni di outlet-outlet kedai buku di tempat mereka, termasuklah diri ini. Dalam tak sangka, masa jalan-jalan terjumpa pula novel KUA, apa lagi tanpa berfikir 2 kali, terus beli sebab tak nak ketinggalan untuk mengumpul semua koleksi novel karya kak Suri Ryana. Saya merupakan peminat kak Suri Ryana semenjak saya beli novel M.A.I.D sampai sekarang ni,semua novel kak Suri memang tidak mengecewakan hati ni!

Kalau-kalau ada antara anda yang masih mencari novel KUA/ M.A.I.D bolehlah pm/dm saya ke (KLIK) Twitter , (KLIK) Facebook , (KILIK) Instagram .. Saya bukan nak berniaga & memang bukan berniaga,saya cuma membantu kepada mereka yang masih mencari novel-novel ni sebab saya dah jumpa tempat yang masih banyak lagi stok, tu je..

Sinopsis Kimchi Untuk Awak!

Mati-mati Bella ingat dia dapat menghabiskan cuti semesternya dengan aman dan damai di Malaysia. Huru-hara hidup pelajar di salah sebuah universiti di Seoul, Korea Selatan itu terjadi semenjak di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon lagi. Insiden dia terlanggar seorang lelaki kacukan Melayu Korea yang bernama Danial Lee Jae Hwan adalah permulaan kacau-bilau dalam hidupnya.

"Jang-nim." - Danial Lee.

"Kalau aku buta, kau tu apa? Samseng?!" - Bella.

Tak cukup dengan insiden itu, kak long pula memaksa Bella membuat kimchi sempena majlis menyambut kedatangan presiden syarikat tempat kak longnya bekerja ke Malaysia. Hatinya semakin tidak aman apabila mendapat tahu yang presiden tersebut adalah Danial Lee. Keadaan semakin berbelit apabila rupa-rupanya keluarga mereka saling mengenali dan mereka ingin menyatukan Bella dan Danial Lee.

Satu insiden yang berlaku di kampung membuatkan mereka terpaksa disatukan. Dan apabila cinta mula bercambah dalam hati kedua-duanya, Bella melarikan diri ke Seoul gara-gara tersalah sangka yang sengaja diadakan oleh Yoo Ri.

Akibat rasa rindu yang tidak tertanggung, Danial Lee menjejaki Bella di Seoul dan cinta mereka mekar semula di bumi Korea Selatan. Dalam keasyikan mereka melayari bahtera rumah tangga, Yoo Ri dan Zara sentiasa mengganggu perkahwinan mereka. Dapatkah Danial Lee dan Bella mempertahankan keagungan cinta mereka? Dapatkah Zara merampas Danial Lee daripada Bella?

"Mampukah hubungan yang masam dan pedas seperti kimchi jadi semanis cotton candy?"



Novel ini juga kan diadaptasikan ke filem yang akan menemui penonton pada tahun 2017, yang menggandingkan Aiman Hakim Redza bersama Emma Maembong bagi menjayakan filem ini.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan