Ahad, 15 Mei 2011

Amaran kepada wanita ! : guna JARI anda ketika di bilik PERSALINAN !

Anda keseorangan?? Atau berteman?? Di dalam tandas?? Bilik persalinan?? Di bilik HOTEL ?? Anda perlu untuk tahu tentang ini.. Berguna untuk anda.. Merasa selamat untuk bebas bergerak tanpa risau atau ragu-ragu berpikir ada ke orang sedang perhati segala perlakuan anda..
Berhati-hatilah, khususnya buat kaum wanita bahawa anda mungkin sedang dilihat dan diperhatikan ketika menggunakan cermin yang tergantung di tandas awam, bilik hotel, mahupun di bilik persalinan pakaian.. Macam mane tu? Teruskan bacaan..
Terfikir tak? Dan apa perasaan anda jika ketika anda sedang menukar pakaian, ada seseorang yang lain khusuk memerhatikan anda disebelah cermin sana! Tambah haru-biru lagi jika gambar anda dirakam dan disebarkan ke seluruh dunia..Wah..gawat!
Oleh itu, kita perlu pastikan cermin yang digunakan tu adalah cermin biasa ataupun cermin 2 arah.
Cermin biasa adalah cermin yang kita nampak diri sendiri dan dan cermin 2 arah adalah jenis cermin yang orang disebalik cermin boleh melihat kita, tetapi kita tidak dapat melihat mereka.
Bagaimana kita ingin bezakan? Mari lihat foto dibawah ini.

 

Ini KACA DUA HALA. Apabila anda letakan jari, hujung kuku anda nampak bertemu dan tiada ruang antaranya, maka, AWAS, ANDA SEDANG DIPERHATIKAN.




Ini pula adalah cermin yang sebenar. Apabila anda letakkan jari anda seperti dalam gambar, hujung kuku anda akan kelihatan seperti masih ada ruang dan tidak dapat dirapatkan walau ditekan kuat.

Jelaskan foto di atas ni?
Jadi, harap lebih berhati-hatilah selepas ni.

Sabtu, 14 Mei 2011

DAIM VS BOTAK

 Tengok tajuk je rasa lain macam je kan,saya buat tajuk ni bkn ape cuma nak suruh korang undi je untuk pilihan raya yang dibuat oleh sekolah JUVANA.... ape-ape pun jom kita layan gambar juvana ni,walaupun sikit

sebelum terlupa korang boleh undi antara DAIM dgn BOTAK dkt link bawah ni..korang buatlah keputusan sendiri untuk pilih sape yang layak jadi HOUSE CAPTAIN dkt sekolah wira bakti.....
sila-silalah undi

Sabtu, 30 April 2011

Renung-renungkan part 3

Bismillah, Walhamdulillah Wassalatu Wassalamu
        `Ala Rasulillah, Wa'ala Aalihie Wasahbihie Waman Walaah

 

    Rambut adalah bulu yang tumbuh di kepala atau sesuatu yang seperti rambut. (Kamus Dewan: 1094)

    Dalam Islam rambut mempunyai hukum tertentu seperti mencukur rambut anak yang baru lahir, masalah mengqaza‘ rambut, menyambung rambut dan mewarnainya. Inilah masalah-masalah yang akan dijelaskan dalam Irsyad Hukum kali ini.

    Mencukur Rambut Anak Baru Lahir

    Sunat dicukur keseluruhan rambut anak damit pada hari ketujuh selepas kelahirannya, sama ada anak itu lelaki ataupun perempuan. Menurut pendapat yang ashah, sunat mencukur rambut anak itu selepas menyembelih binatang aqiqah. (Al-Majmu‘: 8/324-325) Sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang maksudnya :

    "Anak-anak tergadai (terikat) dengan aqiqahnya, disembelih (aqiqah) untuknya pada hari ketujuh (kelahirannya) dan diberi namanya serta dicukur rambutnya."

    (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

    Demikian juga, sunat disedekahkan emas atau perak setelah ditimbang berat rambut yang dicukur itu kepada fakir miskin, jika berkemampuan. Jika tidak mampu, maka tidaklah diberatkan ke atas ibu bapa anak damit tersebut melainkan sekadar yang terupaya, umpamanya digantikan dengan nilaian wang atau sebagainya mengikut kemampuan. Hal ini bersandarkan kepada hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam daripada ‘Ali bin Abu Thalib katanya yang bermaksud :

     "Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah beraqiqah untuk Hasan dengan seekor kambing dan Baginda bersabda: "Wahai Fatimah! Cukurlah kepalanya (rambutnya) dan bersedekahlah seberat timbangan rambutnya itu dengan perak." (‘Ali) berkata: "Lalu dia (Fatimah) timbang (rambut anaknya itu), maka beratnya adalah satu dirham atau setengah dirham."

    (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

    Qaza‘

    Terdapat bentuk cukuran yang dilarang oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam iaitu apa yang disebut dalam bahasa Arab sebagai qaza‘ (قزع). Qaza‘ ialah mencukur sebahagian rambut dan meninggalkan sebahagian yang lain. Sama ada mencukur di tengah kepala dan meninggalkan yang tepi, mencukur di tepi meninggalkan rambut di tengah atau mencukur rambut depan meninggalkan rambut belakang atau sebaliknya. Hukum melakukan qaza‘ ini adalah makruh. (Al-Majmu‘, kitab ath-thaharah bab as-siwak: 1/363-364)

    Larangan melakukan qaza‘ ini telah disebut dengan jelas di dalam hadis daripada ‘Abdullah bin ‘Umar Radhiallahu ‘anhuma katanya yang bermaksud :

    "Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam menegah daripada melakukan qaza‘ (mencukur sebahagian daripada rambut kepala)."

    (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

    Dalam hadis yang lain daripada ‘Abdullah bin ‘Umar Radhiallahu ‘anhuma yang bermaksud :

    "Sesungguhnya Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam telah melihat seorang kanak-kanak yang dicukur sebahagian rambutnya dan ditinggalkan sebahagian yang lain, lalu Nabi melarang mereka berbuat demikian dan Baginda bersabda: "Kamu cukur (rambut itu) kesemuanya atau kamu tinggalkan kesemuanya (tidak mencukurnya)."

    (Hadis riwayat Abu Daud)

    Menyambung Rambut

    Haram menyambung rambut dengan rambut ke atas lelaki dan perempuan. (Al-Majmu‘, kitab ath-thaharah bab as-siwak: 1/364) Malahan Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam melaknat orang-orang yang melakukan perbuatan demikian. Sebagaimana disebutkan oleh beberapa hadis di antaranya daripada Ibnu ‘Umar Radhiallahu ‘anhuma berkata:

    Maksudnya: "Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam melaknat perempuan yang menyambung rambut dengan rambut yang lain, orang yang meminta sambungkan rambut dan orang yang bertatu."

    (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

    Hadis di atas jelas menerangkan bahawa menyambung rambut perempuan dengan rambut orang lain atau meminta orang lain menyambungkan rambutnya dengan rambut orang lain adalah haram.

    Dalam hal menyambung rambut ini para ashab (‘ulama-‘ulama Asy-Syafi‘e) telah menghuraikannya dengan lebih jelas, iaitu tiada perbezaan pendapat ‘ulama mengenai hukum haram menyambung rambut dengan rambut manusia, sama ada rambut lelaki atau perempuan ataupun rambut suami atau mahram. Ini kerana menggunakan atau memanfaatkan rambut manusia adalah haram disebabkan kemuliaannya.

    Jika rambut itu bukan berasal daripada manusia dan ianya najis seperti bulu daripada bangkai binatang atau bulu binatang yang tidak boleh dimakan adalah haram disambung dengannya. Sementara rambut bukan kepunyaan manusia yang suci, jika perempuan itu tidak bersuami maka haram dia menyambungnya, melainkan bagi perempuan yang bersuami dan diizinkan oleh suaminya. (Shahih Muslim Bisyarh An-Nawawi: 7/359-360)

    Mewarnai Rambut

    Para Fuqaha telah sepakat mencela perbuatan mewarnai rambut atau janggut dengan warna hitam. Adapun pendapat yang shahih mengatakan bahawa ianya haram melainkan ke atas orang-orang yang berjihad. (Al-Majmu‘, kitab ath-thaharah bab as-siwak: 1/360-361) Dalil haram mewarnai rambut atau janggut dengan warna hitam itu adalah berdasarkan riwayat daripada Jabir Radhiallahu ‘anhu katanya yang bermaksud :

    "Pada hari penaklukan Mekkah dibawa Abu Quhafah ke hadapan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dengan rambut dan janggutnya memutih seperti tsaqhamah (sejenis tumbuhan yang bunga dan buahnya berwarna putih). Maka Baginda bersabda: "Tukarlah ini dengan sesuatu, tetapi jauhilah warna hitam."

    (Hadis riwayat Muslim)

    Sementara hadis daripada Ibnu ‘Abbas Radhiallahu ‘anhuma katanya:

    Maksudnya: "Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: "Di akhir zaman akan banyak kaum yang mewarnai rambut dengan warna hitam, seperti dada burung merpati. Mereka tidak dapat menikmati harumnya bau syurga."

    (Hadis riwayat Abu Daud)

    Menurut mazhab as-Syafi‘e, bahawa tidak ada perbezaan di antara lelaki dan perempuan dalam larangan mewarnai rambut dengan warna hitam itu. Akan tetapi menurut Ishaq bin Rahawiyah, hal ini diberi kelonggaran ke atas perempuan bagi tujuan berhias untuk suami. (Al-Majmu‘, kitab ath-thaharah bab as-siwak: 1/360-362) Demikian juga menurut As-Syihab Ar-Ramli, harus bagi perempuan yang bersuami mewarnai rambutnya dengan warna hitam jika dengan izin suami. (Bughyah Al-Musytarsyidin, bab Aqiqah: 78)

    Sunat mewarnai rambut atau janggut yang beruban dengan warna kekuningan atau kemerahan, sebagaimana yang telah disepakati oleh para ashab. (Al-Majmu‘, kitab ath-thaharah bab as-siwak: 1/360-362) Hadis daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu katanya yang bermaksud :

    "Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: "Bahawasanya orang-orang Yahudi dan Nashrani tidak mewarnai (rambut atau janggut mereka), kerana itu buatlah kelainan daripada mereka."

        (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

    Oleh kerana rambut itu ada ketikanya mempunyai hubungan dengan ibadat, maka adalah wajar diketahui hukumnya, kerana adakalanya tanpa menggunting atau mencukur rambut seseorang itu akan dikenakan fidyah (dam) sebagaimana perkara ini dihuraikan dalam ibadat

Renung-renungkan part 2

Kita sebagai kaum wanita harus sentiasa ingat akan semua hadis2 ni,supaya kita tidak leka,jadi renung2kan hadis dibawah ini...

Siapa saja perempuan yang memakai minyak wangi kemudian ia keluar, lalu ia melewati suatu kaum (orang banyak) supaya mereka mendapati (mencium) baunya, maka dia itu adalah perempuan zina.” (Hasan riwayat Ahmad, Nasa’i, Abu Dawud, Tirmidzi, Ibnu Hibban, Hakim, Ibnu Khuzaimah, dan Thahawi dari Abu Musa).

Renung-renungkan part 1

ssungguhnya Rasulullah saw bsabda"wahai sluruh kaum wanita,bsedekah dan bykkn istighfar,ssunguhnya aku melihat mjoriti ahli neraka adalah wanita".maka bkatalah sorg wanita.."mngapa kami wahai rasulullah" rasulullah mjwb "wanita byk y mlaknati dan mcela org lain serta mngingkari kbaikan suaminya" (riwayat muslim)

Jumaat, 29 April 2011

assalamualaikum

excited gile bila nak buat blog td,sekarang ni pun ade lagi perasaan tu....YEY!!!!,AKHIRNYA AQ DAH ADE BLOG!!!!!!!!!!!