Khamis, 25 Jun 2015

Syurga Nur

Assalamualaikum..

Syurga Nur akan menemui penonton pada 1 Julai 2015 bagi menggantikan drama Dia... Isteri Luar Biasa. Drama terbitan JS Picture yang akan memperkenalkan pelakon baru bagi menjayakan drama Syurga Nur ini.
Antara pelakon yang akan menjayakan drama 28 episod ini ialah Jannah Nick sebagai Nur Jannah/Nur Fatihah Nik Safuan, Amar Asyraf sebagai Kamil, Azrel Ismail sebagai Dr Haris, Sheila Rusly sebagai Sarina, Raja Ilya sebagai Alin, Dayana Rosa sebagai Siti, Erwin Dawson sebagai Adib dan ramai lagi.

Drama ini mengisahkan Nur (Janna Nick) kehilangan ibu bapanya dalam kemalangan jalan raya. Sejak itu, Nurdibesarkan oleh makciknya Alin (Raja Ilya), yang sering menderanya. Nur melarikan diri dari rumah dan berjumpa Sarina yang menyayanginya seperti anak kandungnya.

Sarina mempunyai dua orang anak lelaki, Kamil dan Adib yang tidak menyenangi kehadiran Nur dalam keluarga mereka. Selepas 9 tahun, Nur kini dikenali sebagai seorang usahawan yang berjaya. Kamil mempunyai perasaan terhadap Nur tetapi tidak berani untuk meluahkan isi hatinya. 

Akhirnya, Nur mendapat tahu rahsia Kamil apabila Kamil menolak untuk mengahwini Siti. Nur berjumpa dengan Alin semula dalam sebuah mesyuarat. Adakah Nur akan melarikan diri sekali lagi? Apakah Kamil akan melepaskan Nur?

Sama-sama kita saksikan drama ini akan datang di Slot Akasia..








Cinta Karan hanya di Tonton.Com

Assalamualaikum..

Selamat berpuasa!. 

Cinta Karan akan bermula 25 Jun 2015, setiap Khamis pukul 11.00 pagi hanya di Tonton.com. Sekali lagi gandingan Zul Ariffin dan Ayda Jebat di pertontonkan selepas drama Rindu Awak 200% yang telah mencipta fenomena dan menaikkan nama Zul dan Ayda setelah lama meceburi bidang lakonan.

Cinta Karan mengisahkan kisah cinta yang sangat unik di antara Zul (Zul Ariffin ) dengan Aida (Ayda Jebat ). Keunikan pasangan ini ialah mereka saling kena-mengenakan (prank) di antara satu sama laindari awal perkenalan hinggalah mereka masing-masing berkahwin. 

Kemuncak kemarahan Aida ialah selepas Zul menumpahkan makanan di atas kepalanya lalu operasi membalas dendam bermula. Setiap kali Zul cuba untuk menyaikan isi hatinya, setiap kali jugalah dikenalan lagi oleh Aida. Ketika Zul ingin menyampaikan hasrat hatinya pada Aida, muncul seorang lelaki menjemput Aida dan ini membuatkan Zul kecewa kerana menyangka lelaki itu teman lelaki Aida. 

Hasrat Zul tercapai juga apabila berjaya menyampaikan yang dia sukakan Aida semasa bekerja sementara di Kedai Senheng. Aida datang ke Kedai Senheng bersama lelaki tersebut untuk membeli barang persediaan perkahwinan. Semasa ditegur lelaki tersebut, barulah Zul tahu yang mereka berdua adalah abang dan adik. Zul mencari Aida dan menyampaikan isi hatinya. Apakah reaksi Aida?

Sama-sama kita saksikan Cinta Karan untuk mengetahui lebuh lanjut mengenai hubungan Zul dan Aida.





Isnin, 15 Jun 2015

[LIRIK] Potret - Akim And The Majistret

Assalamualaikum..

Poteret merupakan lagu kedua daripada Akim And The Majistret selepas lagu Mewangi. 



Lirik Potret

Terangi malamku dengan syair indahmu
Menenun kasih dalam sepi yang terasing
Saat kau pergi, lemasku bila tiadamu

Jauh terbawa lukisan hatimu
Hilang mencari di mana kau pergi
Tinggal aku menahan luka ini
Sampai harus ku pergi

Engkau bagaikan bintang-bintang di angkasa
Hanya mampu melihat kamu yang terbiar
Walaupun sakit, walaupun pedih tak berdaya

Berjalan tenang menghampiri persisiran
Melakar namamu di sisi pasir pantai
Pastinya hilang, tidak rasaku kepadamu

Jauh terbawa lukisan hatimu
Hilang mencari di mana kau pergi 
Tinggal aku menahan luka ini
Sampai harus ku pergi

Jauh terbawa lukisan hatimu
Warna pelangi hiasan terindah

Hati ini tak akan terbahagi

Sampai harus ku pergi
Menuju aku kepadamu jadi satu
Meraih kasih kita

Jauh terbawa lukisan hatimu
Hilang mencari di mana kau pergi
Tinggal aku menahan luka ini
Sampai harus ku pergi

Rabu, 10 Jun 2015

[LIRIK] Ippo Hafiz - Hidayahmu

Assalamualaikum..

Sekali lagi lagu Ippo Hafiz dijadikan OST untuk drama Hidayahmu Ramadhan. Antara pelakon yang akan menjayakan watak-watak dalam drama Hidayahmu Ramadhan ini ialah Zara Zya sebagai Hidayah, Aeril Zafril sebagai Amar, Nazrief Nazri sebagai Nazir, Reen Rahim sebagai Amira, Mustaqim Bahadon sebagai Taufik dan ramai lagi.

Drama Hidayahmu Ramadhan telah pun mula ditayangkan pada 4 Jun 2015. Drama ini disiarkan setiap Selasa-Khamis pada pukul 10.00 malam - 11.00 malam.




Lirik Hidayahmu - Ippo Hafiz

Langit terbentang, lapang hatimu
Disaat kau lihat kebesarannya
Menanti waktu, silih berganti
Disaat kau mengharapkan kasihnya
Cahaya yang suram terlihat didepan
Saat kau mencari keredhaanNya

Kau biarkan masa berlalu
Dan biarkan tangis tawamu
Menemankan sepi malam
Dengan rasa cintanya

Hilangkanlah segala resahmu
Kuatkanlah pintu hatimu
Agar bisa kau peroleh
Hidayah darinya

Kau biarkan masa berlalu
Dan biarkan tangis tawamu
Menemankan sepi malam
Dengan rasa cintanya

Hilangkanlah segala resahmu
Kuatkanlah pintu hatimu
Agar bisa kau peroleh
Hidayah darinya

Hilangkanlah segala resahmu
Kuatkanlah pintu hati dirimu
Yang bisa peroleh
Hidayah darinya




Khamis, 4 Jun 2015

[LIRIK] Tak Pernah - Shukri Yahaya Feat Fatiya Latiff

Assalamualaikum..

Lagu Tak Pernah ni merupakan salah satu OST drama Dia.. Isteri Luar Biasa yang telah pun mula ditayangkan di TV3 bermula 18 Mei 2015, setiap Isnin - Khamis pukul 6.55 petang - 8.00 malam.

Lagu Tak Pernah dinyanyikan sendiri oleh hero dan heroin drama Dia... Isteri Luar Biasa iaitu Shukri Yahaya bersama Fatiya Latiff. Komposer lagu ini merupakan salah seorang krew yang bersama menjayakan drama Dia... Isteri Luar Biasa iaitu Amy Nawari.






Lirik Lagu Tak Pernah

Ku tak pernah terfikir jatuh cinta pada dirimu,
Ku tak pernah terfikir kau kan jadi yang terindah,
Mengapa terjadi

Ku tak pernah terfikir ku kan memiliki cintamu,
Ku tak pernah terfikir kau juga mencintai diriku,
Mengapa perasaan ini hadir

Ku tahu ku takkan bisa hidup bersamamu,
Ku tahu ku bukanlah yang terbaik untuk dirimu,
Dan jaganlah kau bersedih hanya kerna diriku,
Kerna ku tahu cintaku padamu kekal untuk selamanya

Mengapa terjadi

Ku tak pernah terfikir jatuh cinta pada dirimu,
Ku tak pernah terfikir kau kan jadi yang terindah,
Ku tak terfikir ku kan milikku cintamu,
Ku tak pernah terfikir kau juga mencintai diriku

Mengapa terjadi

Ku tahu ku takkan bisa hidup bersamamu,
Ku tahu ku bukanlah yang terbaik untuk dirimu,
Dan janganlah kau bersedih hanya kerna diriku,
Kerna ku tahu cintaku padamu kekal untuk selamanya

Ku tak pernah terfikir jatuh cinta pada dirimu,
Tak pernah terfikir kau kan jadi yang terindah,
Mengapa terjadi.





p/s : Jangan lupa saksikan mereka Dewi Yusra & Raden Amzar dalam drama Dia... Isteri Luar Biasa hanya di TV3