Khamis, 25 Jun 2015

Syurga Nur

Assalamualaikum..

Syurga Nur akan menemui penonton pada 1 Julai 2015 bagi menggantikan drama Dia... Isteri Luar Biasa. Drama terbitan JS Picture yang akan memperkenalkan pelakon baru bagi menjayakan drama Syurga Nur ini.
Antara pelakon yang akan menjayakan drama 28 episod ini ialah Jannah Nick sebagai Nur Jannah/Nur Fatihah Nik Safuan, Amar Asyraf sebagai Kamil, Azrel Ismail sebagai Dr Haris, Sheila Rusly sebagai Sarina, Raja Ilya sebagai Alin, Dayana Rosa sebagai Siti, Erwin Dawson sebagai Adib dan ramai lagi.

Drama ini mengisahkan Nur (Janna Nick) kehilangan ibu bapanya dalam kemalangan jalan raya. Sejak itu, Nurdibesarkan oleh makciknya Alin (Raja Ilya), yang sering menderanya. Nur melarikan diri dari rumah dan berjumpa Sarina yang menyayanginya seperti anak kandungnya.

Sarina mempunyai dua orang anak lelaki, Kamil dan Adib yang tidak menyenangi kehadiran Nur dalam keluarga mereka. Selepas 9 tahun, Nur kini dikenali sebagai seorang usahawan yang berjaya. Kamil mempunyai perasaan terhadap Nur tetapi tidak berani untuk meluahkan isi hatinya. 

Akhirnya, Nur mendapat tahu rahsia Kamil apabila Kamil menolak untuk mengahwini Siti. Nur berjumpa dengan Alin semula dalam sebuah mesyuarat. Adakah Nur akan melarikan diri sekali lagi? Apakah Kamil akan melepaskan Nur?

Sama-sama kita saksikan drama ini akan datang di Slot Akasia..








Tiada ulasan:

Catat Ulasan