Rabu, 30 September 2015

[BIODATA] Azrel Ismail

Assalamualaikum..

Biodata artis kali ini merupakan pelakon yang sedang menempah nama di industri Malaysia & namanya sering disebut oleh peminat-peminat drama selepas drama lakonannya iaitu SYURGA NUR mendapat tempat dihati peminat drama Slot Akasia yang memegang watak sebagai Dr Haris. Serta wajahnya yang seakan Hero Malaya Malaysia iaitu Remy Ishak!.

Nama Komersial : Azrel Ismail

Tarikh Lahir : 16 Januari 1985

Umur : 31 Tahun (2016)

Tempat Lahir : Taiping, Perak

Pendidikan : Taylor College, Official Sydney Campus

Kerjaya Sebelum : Pengurus pemasaran di sebuah hotel selam 8 tahun

Telefilem : Nasi Ayam Duda, Apam Lemak Manis, Jangan Ambil Anakku

Drama : Cinta Buat Emelda, Fajar Di Bukhara, Memori Cinta 3, Takdir Cinta, Syurga Nur, Oscar I Love You, Si Montel








[BIODATA] Ruhainies

Assalamualikum..

Biodata artis kali ini kita akan mengenali seorang lagi pelakon baru yang mana dramanya sedang ditayangkan bermula pada 30 September 2015 iaitu HELLO, MR. PERFECT! sebuah drama adaptasi novel yang sedang ditayangkan di Slot Akasia TV3. Digandingkan bersama pelakon Fattah Amin. Pelakon ini juga merupakan adik kepada pelakon Nur Risteena yang merupakan pelakon bagi drama Playboy Itu Suami Aku yang juga bergandingan bersama Fattah Amin.

Nama Sebenar : Nur Ruhainies Rafehah binti Zainul Ilyas 

Nama Komersial : Ruhainies

Tarikh Lahir : 27 Julai 1992

Umur : 24 Tahun (2016)

Asal : Kuala Lumpur

Karier : Pelakon, Pengarah dan Duta Produk ( Ruza)

Drama : Sofea Jane, Hello, Mr Perfect!






Selasa, 29 September 2015

[BIODATA] Zahirah Macwilson

Assalamualaikum..

Biodata artis untuk kali ini adalah Zahirah Macwilson! yang kini namanya sering kali menjadi sebutan oleh penggemar/ peminat drama Slot Akasia yang berjudul MENCINTAIMU!.

Watak Anissa menaikan dan memperkenalkan lagi nama Zahirah Macwilson, seorang pelakon baru yang merupakan anak kepada pelakon dan bekas penyampai berita TV3 iaitu Zinol Johari Macwilson yang kini sedang mendapat tempat di hati peminat-peminat seperti pelakon baru yang lain.

Jangan lupa saksikan drama Cik Cinderella Dan Encik Tengku setiap Rabu - Khmais jam 9.00 malam hanya di TV3.
Nama Sebenar : Nur Zahirah binti Zainol Johari Macwilson

Nama Komersial : Zahirah Macwilson

Tarikh Lahir : 1 Februari 1995

Umur : 21 tahun (2016)

Asal : Kuala Lumpur

Adik Beradik : Anak sulung daripada empat beradik

Pendidikan : Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia dari Universiti Curtin, Australia

Hobi : Membaca

Permulaan Karier : Menceburi bidang peragaan ketika berusia 12 tahun. 
Wajahnya pernah terpampang dalam majalah Girlfriend Magazine.
Finalis di Perth Fashion Festival pada 2010

Drama : Tanah Kubur, Generasi Dunia Baru, Hidayahmu Ramadan, Mr London Ms Langkawi, Mencintaimu, Cik Cinderella Encik Tengku





Isnin, 28 September 2015

[SINOPSIS] Hello, Mr. Perfect!

Assalamualaikum..

Untuk peminat drama adaptasi novel, selepas drama MENCINTAIMU di Slot Akasia tamat, drama yang akan menggantikan drama Mencintaimu ialah sebuah drama yang diataptasikan daripada novel HELLO, MR. PERFECT! karya WANIEY ZAKARIA.

Drama Hello, Mr. Perfect ini bakal menemui peminat drama Akasia pada 30 SEPTEMBER 2015 pada 7.00-8.00 Malam. Antara pelakon yang akan menjayakan drama ini ialah Fattah Amin sebagai Muhammad Izzul Islam, Nur Ruhainies Farehah sebagai Alya Adriana/ Nurul Ain, Rafiq Razali sebagai Muhammad Arif Fikri, Ezzaty Abdullah sebagai Ainul Mardhiah dan ramai lagi.

SINOPSIS DRAMA HELLO, MR. PERFECT!


Mengisahkan mengenai Muhammad Arif Fikri dan Ainul Mardhiah saling mencintai dan merancang untuk berkahwin. Namun disebabkan kerana peraturan yang telah diteteapkan oleh keturunan keluarganya yang mementingkan aspek langkah bendul walaupun mereka adalah lelaki, memaksa Arif mencari jalan menyelesaian. Selagi anak sulung tidak berkahwin, maka dia tidak boleh berkahwin. Lebih memberatkan lagi apabila pihak keluarga Ainul hanya memberi masa selama 6 bulan untuknya membuat keputusan.

Alongnya, Muhammad Izzul Islam yang terlampau mengejar kesempurnaan kepada pasangannya. Wajahnya kacak, tinggi dan menjadi tarikan ramai. Namun dia terlampau cerewet dan memerlukan pasangan yang sempurna sepertinya. Terlalu ramai gadis yang mendamping dengannya namun tiada seorang pun yang dapat bertahan dengan sikapnya walaupun sehari dua.

Tiada pilihan, Arif mencari calon isteri untuk Izzul. Imbuhan juga diberikan sebanyak RM 500,000 sebagai cagaran sekiranya gadis itu berkahwin dengan alongnya. Alya Adriana yang ketika itu terdesak kerana hutang keluarga Along memaksa Alya menawarkan diri. Mampukah Alya bertahan dengan sikap Izzul yang selalu mengejar kesempurnaan? Jangan lupa saksikannya pada 30 SEPTEMBER 2015 ini hanya di TV3.

SINOPSIS NOVEL HELLO, MR. PERFECT!


Muhammad Izzul Islam dan Alya Adriana, adalah dua insan yang sangat berbeza. Izzul sangat 'perfect' manakala Alya sebaliknya. Mereka pernah belajar di satu universiti sama tapi setiap pertemuan ada saja digaduhkan. Disitu, Alya mula jatuh cinta dengan Mr Perfect.

Sepuluh tahun berlalu, mereka bertemu lagi. Kali ini, Izzul telah berpisah dengan kekasihnya tetapi hatinya masih belum pulih. Semua perempuan yang ingin dekat dengannya dikutuk tidak sesempurna macam dirinya kerana tidak mahu mereka mendekati dirinya hanya kerana rupa dan hartanya saja.

Alya pula tersepit, keluarganya seringkali diserang along kerana hutang bapa tirinya. Dia bertekad ingin meyelamatkan keluarganya tapi hutangnya sebanyak RM 300,000 terlalu besar untung ditanggung. Bila Arif dan Ainul syorkan dia sebagai calon isteri alongnya, Izzul, dengan habuan sebanyak RM 500,000 sebagai hadiah, dia terima. Izzul memilih Alya untuk menjadi calon isterinya untuk lari dali Alin. Alya rasa serba salah dan mahu mengundur diri dari menjadi calon isteri Izzul bila sudah dapat melunaskan hutang bapanya.

Jom layan beberapa gambar pembikinan sebalik tabir drama Hello, Mr. Perfect!