Ahad, 4 Jun 2017

[BIODATA] Elvina Mohamad

 
 
Nama Penuh : 
Norazlina Mohamad

Nama Komersial :
Elvina Mohamad
Tarikh Lahir : 
25 Jan 1995 
 
Umur : 
22 Tahun (2017)
 
Asal : 
Teluk Intan, Perak
 
Kacukan :
Siam dan Melayu
 
Kerjaya : 
Model dan Pelakon 
 
Drama/Telemovie :
Baby Ana Milik Siapa (2014), Anak Ke-5 (2015), Cinta Si Wedding Planner (2016), Mariam Alisa(2016), Suamiku Paling Sweet (2017), Shhh... I Love You (2017), Jojie Gigil (2017), Bella Mencari Cinta (2016), Kungfu Kaw (2017)

Laman Sosial : 
 



 

[SINOPSIS NOVEL] Dr.Alpha Male

Assalamualikum..




 Sinopsis Novel

Alpha Male. Kata kunci seorang alpha male adalah keyakinan! Yakin dengan rupanya. Yakin dengan gayanya. Dan dah tentulah yakin dengan percakapannya. Kalau tak, takkanlah terkeluar kata-kata ini ketika kali pertama mereka berdua berlanggar di depan sebuah kedai.

"Dah habis tenung dah? Tak nak ambil gambar ke? Letak bawah bantal. Malam-malam boleh cium." - HILMAN UKASYAH

Wow! speechless terus Tristin Hazel mendengarnya! Apatah lagi mulut si mamat itu menyambung.

"Lain kali jalan guna mata. Menyusahkan orang aje. Sebab tu Tuhan ciptakan mata kat kepala. Bukan kat lutut." - HILMAN UKASYAH

Kena pula si lawannya Hazel, si kaki menjawab dalam kelas. Memang taklah dia nak duduk diam! Apatah lagi semuanya bukan salahnya.

"Cakap elok-elok sikit tak boleh ke, sedara?" - TRISTIN HAZEL

Dan beberapa hari selepas itu, rasa macam nak kena serangan jantung Hazel apabila orang yang sama yang dilanggar itu tiba-tiba buat grand entrance di tengah-tengah dewan kuliah. Ya..... Dengan rasminya, alpha male tu dah bertukar jadi pensyarahnya.

Permulaan perkenalan mereka tak indah langsung. Kena maki, dah. Menangis, pun dah. Hubungan pun tal lebih daripada pensyarah-pelajar. Dr.Alpha Male itu untuk Hazel. Hilman selalu ada untuk memberi Hazel semangat.

Rupa-rupanya apa yang terjadi itu membawa kepada pembongkaran kisah yang baru. Malam itu cumalah satu permulaan! Dan... Setelah itu Hazel selalu menjadi Damsel in Distress dan Hilman pula tak putus-putus menjadi Knight in Shining Armornya. Kerana janji Hilman padanya...

"I'll do my best to protect you. Anything. I'll even talking a bullet for you." - HILMAN UKASYAH

Namun mampukah segalanya terbongkar? Adakah semuanya memang dirancang? Atau sebenarnya hanyalah helah untuk memperdaya?.