Jumaat, 14 Mac 2014

Konsert Kita 20Forteen

HI!

Lama jugak tak update rasanya,rasanya last update masa mula-mula cuti sem & sekarang dah pun start sem..Jadi lama jugaklah tak update blog,kalau update pun bukan ada yang nak baca kan..

Kembali kepada tajuk,kalau sapa yang ada baca entri yang lepas iaitu entri memperkenalkan ahli-ahli Forteen,jadi hari ni saya akan update perkembangan terkini *terkini ke* rasanya kalau Forteenagers dah lama yang tahu tapi tak apa,saya akan bagitau jugak sebab tujuan utama update blog ni pun sebab nak bagi tau yang Forteen akan adakan KONSERT sendiri & nama konsert tu ialah KONSERT KITA 20FORTEEN

Tujuan konsert ini dibuat bagi menghargai peminat Forteen yang banyak bagi semangat & sokongan terhadap Forteen sepanjang terlibat dalam industri muzik ni.

Dengan kejayaan demi kejayaan yang diraih oleh Forteen & bagi menghargai kesetiaan peminat yang sentiasa menyokong dan untuk menampilkan bakat Forteen, KRU Music akan menganjurkan Konsert KITA 20FORTEEN yang bakal berlangsung pada 29 Mac 2014.

forteen


Konsert ini akan mengambil tempat di KL Live, Jalan Sultan Ismail & bermula pada jam 5 petang sehingga 7 petang. Konsert selama 2 jam ini akan menggunakan live band bagi memantapkan lagi persembahan selain akan diselangseli dengan gimik dan kejutan yang bakal diketahui pada hari konsert tersebut.
Sebanyak 15 buah lagu bakal dipersembahkan oleh Forteen pada konsert itu dan peminat boleh mendapatkan tiket yang berharga RM80 sahaja. 

Penjualan tiket konsert ini telah dijalankan dan boleh didapati di talian hotline United Studios 03-83201888, KL Live 03-21622570/71/72 dan di Redbox Ria 03-21457788. Maklumat lanjut di facebook.com/officialforteen. Rotikaya.com adalah portal rasmi untuk konsert ini.

INFO ARTIKAL DARI ROTIKAYA.COM

p/s: marilah kita sama-sama mendoakan supaya #MH370 ditemui :) #MalaysiaSimpati #MalaysiaMenanti #PrayForMH370