Isnin, 18 Mei 2015

Penangan Hati Perempuan

Assalamualaikum...

Akhirnya drama Hati Perempuan sudah pun melabuhkan tirainya pada 14.5.2015 selama 28 episod. Drama Hati Perempuan mula ditayangkan di TV3 pada 30.3.2015 setiap Isnin -  Khamis pada 6.55 Petang - 8.00 Malam yang mengangkat pelakon baru bagi menjayakan watak dalam Hati Perempuan iaitu Syarul Ridzwan sebagai Tengku Zaril, Mia Ahmad sebagai Yuhanis, Nadzmi Adhwa sebagai Tengku Zaqif, Hafeez Mikail sebagi Tengku Zarul, Bella Nazari sebagai Tengku Amalin, Hafreez Adam sebagai Daniel Idrus, Zuhairie sebagi Tengku Hazimi, Noniswara sebagai Tengku Durratul, Mustaqim Bahadon sebagai Syed Ammar, Niena Baharun sebagai Maisarah, Lia Asmizzah sebagai Edrina, Azlan Azman sebagai Nazim, Hazwan Halim sebagai Jefry, Aidil Aziz sebagai Nizam dan ramai lagi.

Kita Throwback  balik sinopsis drama Hati Perempuan

Drama yang mengisahkan mengenai Yuhanis (Mia Ahmad), seorang gadis tegas dan berdikari bekerja sebagai seorang arkitek di Syarikat Izzudin & Co. Manakala, Tengku Zaril (Syarul Ridzwan), jejaka kacak yang juga CEO Paradigma Holding yang mempunyai rangkaian perniagaan seluruh dunia. Ketampanan dan kekayaan Tengku Zaril sering menjadi kegilaan gadis-gadis tetapi tidak pada Yuhanis. Bagi Yuhanis, Tengku Zaril ialah lelaki kaya yang sinis dan menjengkelkan.

Tetapi entah mengapa Tengku Zaril tiba-tiba melamar Yuhanis sedangkan sering sahaja mereka berselisih faham sewaktu berurusan. Idea gila Tengku Zaril ditolak kerana Yuhanis masih lagi memendam luka yang masih lagi berdarah di hati setelah ditinggalkan Daniel Idrus (Hafreez Adam). Namun Tengku Zaril tidak putus asa dan cuba memenangi hati Yuhanis dengan alasan mereka saling memerlukan.

Tengku Zaril mula berubah sikap kerana baginya tiada perempuan lain yang boleh dijadikan isterinya melainkan Yuhanis. Kedatangan rombongan keluarga Tengku Zaril untuk meminang, mengejutkan Yuhanis lebih-lebih lagi apabila ibunya turut menerima pinangan keluarga Tengku Zaril, Yuhanis kini terperangkap dengan soal hati bukan sahaja Tengku Zaril malah juga kepada rakan sekerjanya Nizam (Aisil Aziz) dan Daniel Idrus,bekas kekasihnya..

Ingat lagi tak sambungannya??

Untuk mereka yang mengikuti drama Hati Perempuan dari episod 1-28, episod mana yang menjadi episod kegemaran anda?
Bagi saya,saya paling suka tengok episod 27 & 28 sebab mungkin dalam episod tu, #ArilAnis tak gaduh kot & untuk episod 28 pula kita dapat tengok betapa bagusnya lakonan Syarul Ridzwan memegang watak Tengku Zaril, lagi-lagi part Yuhanis gugur & air mata KuRil juga gugur,syahdu beb. Satu lagi bab yang saya suka ialah part KuRil marah/geram dengan KuLin dan sampai KuRil kena hentak kayu kat kepala oleh Nazim!.

Untuk mereka yang tidak tahu drama Hati Perempuan ini mendapat jumlah tontonan melebihi 2 JUTA PENONTON setiap episod dan sering kali mendapat trending di twitter dan pada episod akhir Hati Perempuan mendapat trending No1 di laman sosial twitter Malaysia..

Drama Hati Perempuan juga mendapat sambutan yang luar biasa dan boleh dikatakan FENOMENA sepanjang tayangannya.. Disamping itu juga, drama ini mendapat kritikan di laman sosial.. Apa yang boleh dikatakan setiap orang mempunyai pendapat serta pandangan masing-masing, kalau suka teruskan menyokong, kalau tak suka jangan kutuk. 

Apa-apa pun drama Hati Perempuan dah habis dan akan digantikan dengan drama baru iaitu DIA... ISTERI LUAR BIASA..


Pada pandangan saya, setiap drama akan ada peminatnya tersendiri & drama Hati Perempuan juga, apa yang boleh saya katakan setiap pelakon serta krew-krew yang terlibat sudah pun menjalankan tanggungjawab mereka dengan memberikan lakonan dan kerja dengan sebaik mungkin bagi menghidupkan watak-watak dalam novel ke kaca televisyen.. TAHNIAH CREATIVE SKILL SOLUTION, PELAKON HATI PEREMPUAN & KREW-KREW HATI PEREMPUAN...

 KuRil, Yuhanis & KuLin

 Part Best!

 bila semuanya tersenyum gembira

 Tengku Zaril Tengku Hazimi

 so sweet!

 Yuhanis Saifuddin

 hadirnya Tengku Aryan Zikri

 part yang sedih!

Antara scene episod 28

Tiada ulasan:

Catat Ulasan