Rabu, 27 Mei 2015

[Sinopsis Novel] Street Vendetta

Assalamualaikum..

Dengar khabar novel Street Vendetta ni akan di adaptasikan ke drama yang bakal ditayangkan di TV2, tapi tak pasti bila? Yang penting drama ni dah lama menghabiskan pengambaraan dalam tahun 2014. 

Novel Street Vendetta ini bakal di dramakan di TV2. Antara pelakon yang bakal menjayakan watak-watak dalam Street vendetta ialah Syarul Ridzwan sebagai Kojie / Fakruzi, Nad Zainal sebagai Anabella, Erry Putra sebagai Iqbal, Syatilla Melvin sebagai Mira, Normah Damanhuri sebagai Nenek Telangkai, Dayana Roza sebagai Nora dan ramai lagi.



Sinopsis Street Vandetta

Mungkin inilah takdir aku! Sampai bila-bila pun aku takkan berjaya memperolehi cinta yang aku harap-harapkan, bisik Kojie sambil menarik nafas - KOJIE

Lidah Anabella serta merta kelu seribu bahasa. Tatapan mata Fakruzi membuatkan dia berada dalam keadaan serba salah dan bingung. This is totally a mess. Takkan dalam sekelip mata, Fakruzi boleh menyukainya! - ANABELLA

"Maafkan aku Kojie kerana hanya baru sekarang aku cuba mengenali siapa kau yang sebenarnya. Baru sekarang aku menggali semula wajah yang hilang dari ingatan aku." - ANABELLA

Tidak! Dia mungkin hilang dirinya, tapi dia tidak boleh kehilangan Anabella. Meskipun dia tidak ingat siapa Anabella sebelumnya, dia tidak ingat tentang pengalaman yang ditempuhinya bersama Anabella ke Cherating seperti yang diceritakan gadis itu padanya dulu namun ada sesuatu yang dia benar-benar pasti. Sesuatu yang memberi kekuatan dalam dirinya. Dia pasti - FAKRUZI

"Itu sajakah yang kau nak cakap pada aku ? Setelah selama ini kau permainkan aku macam orang bodoh. Kau tahu aku merindui kau, tapi kau hanya berpeluk tubuh. Kau biarkan aku tertanya-tanya dan macam orang gila memikirkan siapa kau dan siapa Fakruzi." - ANABELLA

____________________________________________________
Anabella si gadis hipokrit bermata duitan yang gemarkan kekayaan dan gemarkan status. Kojie, si jejaka selekeh.. bergaya punk dan sukakan kesederhanaan. Bila kedua-duanya dipertemukan dalam situasi aneh. Kerana mengejar sebuah cinta, kedua-duanya saling cuba memahami.

Cinta Anabella pada Iqbal membawanya ke Cherating ditemani Kojie, si selekeh yang baik hati. Misi Anabella cuma satu, mahu merebut Iqbal dari tangan si Tumirah Kuncup aka Mira. Namun di sana dia mula memahami sesuatu yang cinta monyet sewaktu remajanya tidak lagi sama seperti yang diharapkannya.

Perpisahannya terakhirnya dengan Kojie di Cherating entah kenapa sering membuahkan rindu. Anehnya bila dia bertemu Fakruzi, si jejaka tampan yang memiliki iras senyuman Kojie, Anabella mula dihimpit keliru. Siapa Kojie ? Siapa pula Fakruzi ? Semuanya akan akan terjawab dalam Street Vandetta. Love is always  a beautiful things in our heart. Sweet and Sour !!

Layan gambar-gambar disebalik pembikinan Street vendetta yang akan di tayangkan di TV2.




























p/s : Semua gambar diambil dari instagram #StreetVendetta..

1 ulasan: