Rabu, 8 Julai 2015

Rancangan Menarik Sepanjang Ramadhan 2015 Di TV9

Assalamualaikum..

Selamat Berpuasa & Salam Ramadhan 1436 Hijrah

Khas kepada semua peminat & penonton setia TV9, sepanjang Ramadhan ini TV9 mensajikan anda semua rancangan yang menarik yang pasti anda tidak akan terlepas menontonnya. Selamat Menonton!



SIRAH

Rabu, 17 Jun 2015
8.30-9.00 Malam


Memaparkan lima kisah berkisarkan teladan berunsurkan perkara 'Bida'ah Hasanah' iaitu ' Amalan Bercukur Jambul', 'Tahlil', 'Batu Nisan', 'Adat Persandingan' dan 'Moreh'.

Pelakon : Syukri Yahaya, Syarul Ridzwan, Elizad Sharifuddin, Syafie Naswip, Syatillah Melvin, Fizz Fairuz, Zamarul Hisham.



KHILAF SEORANG ISTERI

Isnin, 6 Julai 2015
8.30-10.30 Malam

Sinopsis

Muiz dan Thalia merupakan bekas suami isteri yang mempunyai seorang anak yang bernama Aryan. Muiz dan Thali, kedua-duanya telah pun berkahwin lain. Muiz seorang pengurus kewangan di sebuah syarikat besar berkahwin dengan Ryna seorang eksekutif perundingan.

Thali yang merupakan seorang eksekutif pentadbiran bertemu jodoh buat kali kedua dengan Jimmy, seorang pengarah drama muda yang berbakat ketika Jimmy sering mengadakan penggambaran di pejabat Thalia. Kedua-duanya melalui pengalaman yang berbeza dalam perkahwinan baharu mereka sekaligus menyebabkan menyebabkan mereka terkenang bekas pasangan serta kesilapan yang pernah mereka lakukan.

Pelakon : Fezrul Khan, Syatillah Melvin, Fizz Fairuz, Tasha Shila, Mardiana Alwi, Adik Amanda Hariz



MISIKU KUBUR

Isnin, 13 Julai 2015
8.30-10.30 Malam

Sinopsis

Zack telah dibebaskan dari hukuman penjara kerana dituduh merompak kedai emas. 15 tahun lepas, dia telah menyembunyikan emas rompakan tersebut di suatu tempat. Setelah keluar dari penjara, dia mahu ke lokasi itu bersama seorang kenalan barunya, Fakir. Malang tidak berbau apabila lokasi itu telah menjadi tanah perkuburan. Bermulalah misi Zack dan Fakir untuk mendapatkan semula emas rompakan tersebut diselangi dugaan yang sentiasa ada di sekeliling mereka.

Pelakon : Joey Daud, Azrel Ismail, Kilafairy, Munir, Zizan Nin, Dato Boy Iman, Maimunah Ahmad, Hamid Gurkha

Tiada ulasan:

Catat Ulasan