Rabu, 29 Julai 2015

[SINOPSIS NOVEL] Kau, Aku, Kita

Assalamualaikum..


"Kau silap, bro... jangan nak perasan. Iman Firdaus tu aku, bukan kau. Ke kau pun nama Iman Firdaus juga?

Itulah permulaan dua Iman Firdaus. Seorang lelaki, seorang perempuan. Dua nama yang sama, manusia yang berbeza, boleh ke hidup bersama? Tapi itulah yang terjadi. Iman Firdaus aka Iman Aus, pelakon yang terkenal dan ada nama, tapi tidak pula dikenali atau digilai Iman Firdaus aka Iman. Sebabnya mudah, rumah dia tak ada TV untuk dia kenal Iman Aus.

Tapi Iman Aus si pelakon kegilaan ramai itu tiba-tiba buat idea gila dengan mengajak Iman kahwin.

Kahwin! Dah Iman terkejut, tambah terkejut pula Iman apabila Aus sanggup "berkahwin" sama dengan lima adik lelakinya Iman Adrian, Iman Fazril, Iman Haris, Iman Razif dan Iman Asri.

Lalu, bermulalah dua Iman Firdau, satu suami, satu isteri, hidup sebumbung dan bersama sebagai pasangan dalam dunia lakonan nyata. Sebab, Aus hendakkan isteri kerana daddy Aus nak dia kahwin manakala Iman berkahwin dengan Aus sebab Aus janji akan senangkan hidup adik-adiknya. Jadi, perkahwinan yang bermula dengan agenda yang sebab begini, akan kekal untuk selamanya? Tambah bila ada syarat begini:

"Kalau aku dah jatuh cinta dengan kau, aku takkan ceraikan kau. Macam tu juga sebaliknya. Aku takkan lepaskan kau, kalau kau dah jatuh cinta dengan aku. Tapi janganlah kau melebih goda aku pulak."

Jadi, dua nama yang sama, manusia yang berbeza, boleh ke mereka hidup bersama? Dua Iman Firdau ni, agaknya bolehkah hidup bersama?


Sinopsis Drama Kau, Aku, Kita


Drama Kau, Aku, Kita ini memperkenalkan dua karakter penting yang berkongsi nama sama, Iman Firdaus. Si gadis lebih mesra dipanggil Iman (Janna Nick) manakala si jejaka lebih mudah dikenali sebagai Aus (Syarul Ridzwan). Walaupun nama mereka sama tetapi peragai mereka sangat berbeza.

Iman merupakan seorang gadis yatim piatu dan terpaksa bekerja keras bagi menyediakan keperluan adik-adiknya. Semuanya bermula kerana pinjaman lintah darah yang memporak-perandakan kehidupan Iman. Berbeza dengan Aus yang hidup serba mewah dan merupakan artis ternama yang digilai ramai. Jika Iman diancam gengster kerana terpaksa melunaskan hutang, Aus pula diancam dengan para peminat yang ingin menjadikan dirinya sebagai pasangan kekasih.

Pertemuan mereka kerana mempunyai nama sama iaitu IMAN FIRDAUS. Iman dikejar geng lintah darat ketika dia mencari pekerjaan manakala Aus pula menyamar sebagai orang biasa bagi lari dunia glamornya. Penjahat yang menjerit nama "IMAN FIRDAUS!" menyebabkan mereka berdua gelabah dan berlari bersama. Kekeliruan itu menjadi detik pertemuan mereka. Apa yang pelik bagi Aus ialah Iman langung tidak mengenalinya sebagai selebriti. Jawapan mudah Iman ialah kerana dia tidak mempunyai televisyen dan masa untuk menontonnya.

Aus sering digosipkan dengan ramai pelakon dan model wanita menyebabkan ayahnya, Dato' Ashari Irfan tidak tahan dengan cerita gosip yang selalu dikaitkan dengan anaknya. Tambahan pula dia merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya. Bagi mengelakkan lebih banyak gosip yang akan didengarinya, Dato Ashari telah memutuskan dua pilihan kepada Aus antara berkahwin atau berhenti berlakon.

Aus tertarik dengan Iman yang tidak mengenali dirinya langsung lantas memilih Iman sebagai calon paling sesuai menjadi bakal isterinya. Aus dengan segera melamar Iman. Tetapi tidak mudah bagi Iman untuk terus menerimanya. Jadi Aus telah memberikan syarat kepada perkahwinan mereka dengan akan melunaskan semua hutang Iman daripada lintah darat dan memberikan lebih keselesaan kepada adik-adik Iman. Syarat perkahwinan mereka akan terbatal jika salah seorang daripada mereka jatuh cinta antara satu sama lain.

Mampukah perkahwinan tanpa landasan cinta membawa mereka kepada kebahagian rumah tangga? Mampukah Iman bertahan dengan dunia glamour Aus? Sama-sama kita saksikan drama ini setiap Rabu & Khamis jam 9.00 malam di Slot Lestary TV3.

Drama adaptasi ini akan mula ditayangkan pada 28/10/2015 (Rabu). Waktu siaran drama ini pada setiap Rabu- Khamis jam 9.00 Malam di Slot Lestary TV3 yang menampilkan Syarul Ridzwan, Janna Nick, Shamsul Ghau Ghau, Isey Fazlisham, Tengku Hanis, Adeline Tsen dan ramai lagi

Untuk episod pertama dan kedua, drama ini menjadi bualan hangat di twitter sehingga berjaya menjadi trending. Adakah drama ini juga akan menjadi FENOMENA?!.















Tiada ulasan:

Catat Ulasan