Ahad, 6 Mac 2016

[SINOPSIS] Kerana Aku Suamimu

Assalamualaikum..


Sinopsis Novel

 Syurga seorang isteri... Adalah bersama suami.

"Zahra tak mahu kahwin dengan Abang Fitri!" - Zahra.

"Dengan keadaan diri Zahra sekarang, siapa yang nakkan Zahrah?" - Encik Zainal.

Kebahagian Zahra Aisya direntap dalam satu peristiwa yang tak disangka. Biarpun menentang keras rancangan Encik Zainal, akhirnya Zahra terpaksa akur menikahi Muhammad Fitri untuk menutup perkara yang memalukan itu.

"Zahra benci dengan abang, tau tak?! Benci, Benci sampai akhir hayat!" - Zahra.

Selepas bergelar suami dan isteri, hubungan dingin antara Zahra dan Fitri mula menampakkan sinar bahagia apabila Fitri mula mengguyur api kebencian dalam yang ada dalam jiwa si isteri.

"Zahra dah okey, esok abang pergilah kerja." - Zahra.

"Eh, suka hatilah abanglah nak pergi kerja ke tak." - Fitri

Namun pada saat hubungan Zahra dan Fitri mula hanyut dan larut dalam emosi, parut yang lama mula menjengah kembali. Hadirnya kembali Riyad menganggu kebahagiaan rumah tangga Zahra dan Fitri. Lipatan memori silam ketika Zahra bersama Riyad kini mula menghantui Fitri yang melihat Zahra semakin menerima dirinya sebagai sang suami, namun gusar apabila melihat Riyad menunjukkan belang diri.

Apabila Zahra mula diganggu Riyad yang menagih semula cinta lamanya kembali. Shasha selama ini yang dianggap sebagai teman sejati oleh Zahra tanpa diduga juga menjadi duri. Hubungan terlarang dalam diam antara Shasya dan Riyad sedikit sebanyak telah menghantui kehidupan Fitri yang sebenarnya mengetahui yang Zahra sudah dikhianati oleh teman baik sendiri. Apakah yang akan terjadi kepad Zahra dan Fitri? Masihkah ada rasa cinta Zahra terhadap Riyad yang menagih kembali si cinta hati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan