Assalamualaikum..
Sinopsis Novel
Rinieta Aini - Gadis miskin yang mempunyai tabiat melatah dan lurus bendul. Di disuruh oleh Opah Milah, neneknya berhinjrah ke Kuala Lumpur untuk berdikari. Berbekalkan SPM yang hampir gagal semua mata pelajaran , dia bangga bekerja sebagai cleaner di Menara Mercu Holdings.
Walaupun pekerjaannya dihina, dirinya dianggap bodoh, kelurusan dan kejujurannya banyak membantu hati dan jiwanya.
"Maaf ya, encik. Rasanya laluan lain banyak lagi. Boleh encik ke tepi? Saya ingin menjalankan tugas."
Lelaki itu menanggalkan kaca matanya menampakkan biji matanya yang terbeliak. Nampak merah padam mukannya. Menghadiahkan renungan yang cukup tajam. Rinieta jatuh rahang. Alamak Encik Arfylah.
"How dare you say this to me. Do you know who i am?" Tengking lelaki itu, bernada kasar.
Rinieta menggaru kepalanya. Alamak, dia speakinglah pulak.
"Sorry encik, i don;t understands one sepatah haram. Buat penat aje encik marah saya tadi. Saya bukannya faham bahasa orang putih.Cuba encik marah sekali lagi dalam Bahasa Melayu?" Pinta Rinieta, senyum tawar.
Arfy Qhairant menggeleng. Sabar sajalah menghadap pekerja bawahan seperti gadis ini.
Namun kerana salah faham dan tanpa disangka, perempuan itu yang Tok Mummy mahu jodohkan dengan Arfy. Datuk Khadijah menyangka Rinieta kekasih Arfy. Banyak perkara menjurus ke arah situ lalu plan menjodohkan cucu yang fobia mahu bernikah ini dijalankan.
"Cucilah otak Arfy bagi bersih. Banyak sangat kotoran dalam otak dia. Biar dia sedar sikit, langit itu tinggi atau rendah. Hanya cinta saja penawar segala masalah, cinta pada Allah, Rasul dan manusia. Jadilah cinta hati Arfy yang mempu menghilangkan belenggu yang memenjarakan dia selama ini. Bahagiakan hidup dia, ya" - Tok Mummy
"Kau dengar sini, sampai aku dapat segala harta yang aku nak, sehingga itulah kau menjadi isteri aku. Faham?" - Arfy Qhairant
"Jangan kita mencari kesempurnaan, tapi keikhlasan yang menyempurnkan kita," - Rinieta Aini
Berjayakah pertelingkahan hero ego yang punya A hampir semua subjek dengan heroin lurus bendul yang ada D hampir semua subjek tatkala sebumbung? Bagaimana pula perasaan dan tindakan Arfy apabila adik kesayagannya yang baru pulang dari luar negara jatuh cinta dengan 'orang gaji'nya itu aka isterinya yang dianggap 'alien'.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan