Ahad, 6 Mac 2016

[SINOPSIS] Hantu Punya Bos!

Assalamualaikum..


Sinopsis Novel

Bekarja sebunbung dengan Arryyan Zainuddin, memang tidak pernah terlintas di fikiran Abby. Tambahan pula setelah mendengar kutukan Diela terhadap lelaki itu. Setiap hari, ada sahaja adua yang Abby terima daripada Diela sehinggakan hatinya mengikut menyimpan rasa benci terhadap lelaki bernama Arrayyan itu.

"Kau tau tak pagi tadi, dia kutuk telinga capang aku ni? Dia minta aku buatkan air dalam gelas besar sebesar telingan aku ni. Hantu punya bos! Macamlah telinga dia lawa sangat! Telinga dia tu berkerepot macam keropok goreng!" - Diela

Baru hari pertama Abby bekerja disitu, Arryyana sudah naik gila! Setiap kali dia menjerkah, Abby ikut membalasnya dengan jerkahan 'hantu punya bos!'. Kadang-kadang Abby sertakan dengan bonus, iaitu penampar! Terkedu Arryyan dibuatnya. Mujurlah Abby ada alasan! MELATAH! Kalau tidak sudah pasti tapak tanggannya sudah singgah ke muka Abby semula.

Entah sejak bila, dari meluat tengok Abby, kini dia mahu melihat Abby selalu! Kewujudan Wandi membuatkan dia tidak tentu hala. Dia terpaksa mengambil langkah agresif dengan'mengheret' gadis itu ke Melaka bersamanya untuk meluahkan rasa cinta yang baru berputik itu. Dapatkah Abby menerima bos yang berperangai hantu itu?

Jangan lupa untuk menyaksikan adaptasi novel ini ke drama yang mengandingkan Shukri Yahaya bersama pelakon baru Intan Najuwa.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan