Assalamualaikum..
Sinopsis Novel
Farah Adeeba, anak sulung berjiwa muda yang cepat melatah dan degil. Segala keputusan adalah mengikut kepala sengalnya. Meninggalkan bakal tunang dan menggondol kepala ikut suka hati. Namun gigih bekerja dan menyambung pelajaran sambil bekerja demi amanat arwah papanya.
Pertemuan dengan Taufik Badlishah, sebagai bosnya buat hidup Adeeba haru-biru. Adeeba suka menjawab sengal buat Taufik geram. Taufik nekad menolak Adeeba walaupun disua oleh Dato' Noraini sebagai PA nya.
Namun, strategik Taufik berubah apabila mata Adeeba serupa dengan mata yang dicari..
"Deeba, daripada kau keluarkan dalam surat khabar, baik kau keluarkan memo letak kat noticeboard kita tu. Pasti kau akan terima berpuluh borang permohonan." Gelak Hasnah lucu. Tak pernah terfikir langsung fikirannya yang Taufik akan mengambil keputusan seperti itu. Mana pergi ketegasan sikapnya itu?
"Saya tak beranilah, Has. Nak letak kat surat khabar pun tak berani. Nak letak kat notice board pun tak berani. Mahunya saya ditembak oleh Dato' dan Tan Sri nanti. Sesengal-sengal saya pun, saya masih waras dalam bab yang tak senonoh macam ni. Kau rasalah Has, kenapa bos tiba-tiba buat macam tu ya?. Soal Adeeba mencari jawapan.
"Bagaimana bos beri arahan ni pada kau, Deeba?" Adeeba membuka telefon pintarnya semula.
-Dinner with me tonight. Or else advertise my picture in newspaper. Lonely need GM company-
"Gila sengal boss kau tu Deeba." Gelak Hasnah terburai
"Habis tu kau balas apa Deeba?" Adeeba tak menjawap, sebaliknya disentuh tetingkap mesej di telefon pintar lalu dihulurkan pada Mastura pula.
-Bos nak saiz A5 ke, A4 atau full pages? Nak berapa hari. Seminggu sekali atau setiap hari selama seminggu? Saya tunggu replay bos untuk dapatkan quotation yang terbaik-
Sampai bila mereka begini? Dan apa akan terjadi apabila Adeeba juga diintai lelaki lain dan diteropong juga oleh seseorang yang mahu musnahkan hidupnya..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan