Khamis, 3 Mac 2016

[SINOPSIS] Mr Boss Miss Stalker

Assalamualaikum..
Sinopsis Novel

Sara Azreen diberikan tugas untuk meyelidik latar belakang suspek pembunuh Tan Sri Jalil, bernama Hariz Zhafran. Disuruh untuk memohon kerja di Mentari Angkasa Sdn Bhd, syarikat milik Hariz Zhafran membuatkan mereka berdua mula saling tertarik.

Namun, tugasan baru Sara Azreen untuk membuat Hariz Zhafran jatuh cinta kepadanya demi memudahkan siasatan meresahkan Sara Azreen apabila dia terpaksa melibatkan hati dan perasaan dalam siasatannya.

Apa yang merumitkan lagi keadaan lagi ialah Hariz Zhafran melamarnya. Perlukah dia beritahu Hariz Zhafran perkara yang sebenar atau terus mengikut arahan Encik Hamzah untuk memerangkap Hariz Zhafran?

"Antara nyata dan mimpi..
Ada hati yang ingin kutawan...
Tapi, dalam lain dimensi...
Hatiku kau jadikan tawanan..."


Nantikan adaptasi novel ini ke drama yang akan mengabungkan Amar Asyraf dan Mia Ahmad





Tiada ulasan:

Catat Ulasan