Assalamualaikum..
Sinopsis Novel
Bagi Hani, pertunangan ni tak sepatutunya berlaku. Bagi Ahnaf pula, pertunangan ini diterima hanya kerana taatnya seorang anak.
Perbalahan demi perbalahan akhirnya membibitkan cinta. Tetapi saat diri sudah bersedia untuk bergelar suami, muncul pula Arianna menghancur segala impiannya untuk hidup bersama Hani. Hani ditinggalkan.
Tiga tahun berlalu, Ahnaf kembali setelah sekian lama menyepi. Kembalinya lelaki itu saat Hani punya Adam disisi, dan kehadiran Bella disisi Ahnaf mengukuhkan lagi tembok pemisahan antara mereka.
"Buat apa pulak I nak terhegeh-hegeh berbaik dengan you sedangkan you dah ada Bella, dan I dah ada Adam!" - Hani
"You tak perlu ingatkan I pasal Adam. Sebab I dah jelas dengan kedudukan kita sekarang!" - Ahnaf
"Baguslah you dah tau. Lepas ni, tolong jangan tanya soalan yang berkaitan dengan 'kita'. Sebab perkataan 'kita' tu dah lama tak wujud antara you dengan I." - Hani
Adakah perkataan "sahabat" itu hanya dibibir saja, sedangkan hati berbisik mengimpikan sesuatu yang lebih dari sekadar sahabat. Akan bersatu semula dua hati yang masih memendam cinta dihati masing-masing, atau pertemuan ini hanya akan berakhir dengan perpisahan sekali lagi?
Adakah pertemuan sekali lagi ini akan mencipta sekali lagi perpisahan? Atau... akan menjadi titik penyatuan dua hati untuk selama-lamanya?
"Kita bertemu, kita berpisah dan kemudian bertemu semula....."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan