Khamis, 3 Mac 2016

[SINOPSIS] Cik Serba Tahu

Assalamualaikum..


Sinopsis Novel

"Kalau nak, semua boleh buat"
"Memanglah, selagi belum dapat. Cuba kalau dah dapat?"
"Abang bukan orang macam tu lah, Kalau belum dapat, berusaha bagi dapat. Bila dah dapat, genggam sampai rapat!"

Bermacam-macam usaha yang Carl Adham buat untuk memikat hari Aerna, naum untuk menerima lelaki itu agak payah. Mana tidaknya, mereka baru saja bertemu. Tiba-tiba lelaki itu ajak dia tunang kemudian bernikah? Gila ke apa??

"Saya nak awak tahu juga, walaupun ada rumah atas kayangan, walaupun tidur beralaskan duit ringgit, walaupun ada roket sampai ke bulan... awak masih belum boleh curi hati saya, Encik Carl! Saya bukan boleh dijual beli dengan kekayaan!"

Semua orang di ofis gelarkan Aerna Cik Serba Tahu sebab semuanya dia boleh tahu. Sebab benda yang diagak selalunya betul dan banyak rahsia yang dia tahu terutamanya rahsia Encik Ben dan Encik Bun.

Dan disebabkan serba tahunya itu, bapaknya bimbang jika anaknya itu terlupa tentang diri sendiri. Bapak Aerna nekad untuk cepat-cepat mengahwinkan anaknya dengan sesiapa saja yang gentlemen asalkan Aerna membuka hati untuk menerima cinta. Adakah dengan mudah Aerna dapat menerima pilihan bapaknya? Adakah Aerna akan bersedia  membuka pintu hatinya seperti yang dipinta oleh bapaknya?

"Dari mula jumpa sampai sekarang, Aerna Isyqee jodoh abang. Kahwin dengan abang? Jemputan ini tamat dalam 15 saat ..."
"Nak"
"16 saat dah.. Dah lewat!"
"Abang Na cakap nak la..."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan