Rabu, 29 Julai 2015

[SINOPSIS NOVEL] Uda Dan Dara

Assalamualaikum...





Sudah sekian lama terpisah kerana masing-masing mengejar cita-cita, tidak mungkin Siti Mariam menerima cinta Izzat Hilman. Kenangan lalu yang sangat menghiris hatinya sentiasa bergentayangan di hadapan mata. Namun, si uda tidak putus asa. Si dara harus dimiliki walau apa pun yang terjadi. 

Ya, mungkin ada rasa rindu di sebalik rasa bencinya terhadap lelaki itu. Namun, dalam diam, Siti Mariam tidak mampu membunag perasaan pada Izzat Hilman. Ah, bila memikirkan wasiat arwah ibu lelaki itu, dia jadi nanar. Apatah lagi, kemunculan Khalidah bagai dirancang untuk memisahkan mereka.

Hubungan boleh diteruskan, tetapi Siti Mariam meletakkan syarat. Mereka boleh bersama tetapi bersedia untuk berpisah. Tempoh yang diberi hanya tujuh bulan. Muktamad!

Berat sungguh syarat itu! Namun, si uda tidak peduli. Si dara perlu akur cinta sejati mereka. Bagi Izzat Hilman, jodohnya bersama Siti Mariam sangat kuat!.

"Abang cuma minta Mar bagi peluang sekali ini saja, dan abang takkan sia-siakan Mar"

Novel ini akan diadaptasikan ke drama yang akan ditayangkan di Astro Prima dan Astro Maya HD bermula 12 Oktober 2015 ini. Jangan lupa saksikan!






[SINOPSIS NOVEL] Pergilah Air Mata

Assalamualaikum..





Noktah bahagia yang menjadi anganku, ternyata cuma titik mula pada derita yang tidak bertepi. Sumpah bukan ini yang aku mahu. Sumpah juga, aku tidak pernah mahu buat kau seksa. Tidak mahu merobohkan baahagiamu. Atas rasa bersalah, aku rela melihat kau menganyam bahagia bersama. Namun, mengapa perlahan-lahan layananmu memberi tanda tanya dihati ini? Mungkin kita sama-sama berkongsi rasa? Mungkin kita sudah sama-sama terpaut? Atau.. mungkin segala yang berlaku tidak lebih hanya mainan perasaanku sendiri? Mungkin.. kerna aku yakin, bencimu tidak mungkin berubah sayang. Bencimu padaku setinggi awan yang manyapu langit.. - SABRINA

Memang aku benci. Memang aku tak pernah rela dengan takdir ini. Namun, kenpa tulusmu terus mengikat aku pada ikatan yang paling kubenci ini? Mengapa hati ini penasaran setiap kali kau menagih perpisahan yang pernah aku janjikan? Cintakah ini, apabila aku tewas tiap kali memandang wajahmu? Sayangkah ini, apabila hatiku digaru resah setiap kali aku cuba lari darimu. Mustahil, cinta kerana cintaku sudahku simpul kukuh dihati ini. Apa yang sebenarnya yang berlaku diantara kita? Bagaimana cara untuk aku hapus wajahmu yang terus menemani mimpiku? Di mana noktahnya permainan perasaan ini... - BADRUL


Novel ini juga akan diataptasikan ke drama yang akan ditayangkan di RTM. Antara yang akan menjayakan drama ini ialah Kamal Adli (Badrul), Nelydia Senrose (Sabrina), Izreen Azminda (Dayana), Dan ramai lagi..




[SINOPSIS NOVEL] Akadku Yang Terakhir

Assalamualaikum..





Tugas sebagai seorang Pakar Psikoterapi telah menemukan Ranis Baheera dengan seorang duda yang tiga kali berkahwin, tiga kali bercerai tanpa sebab bernama Irfan Zahri. Dan keengganan Irfan Zahri untuk bekerjasama dalam setiap sesi terapi yang diatur menambahkan rasa sebal di hati Rania.

Hati yang rimas mula bergetar indah tatkala kehadiran Rania berjaya menghapus bayang-bayang silam dan menyuntik keyakinan buat dirinya. Usaha meraih kepercayaan Rania membuahkan hasil apabila cinta yang dihulur disambut penuh kasih. Dan sekali lafaz akad nikah meniti di bibir Irfan Zahri dengan tekad yang perkahwinan ini akan menjadi akadnya yang terakhir. Tiada lagi selepas Rania.

Tatkala dibuai keindahan menikmati alam rumah tangga, hubungan Rania dan Irfan Zahri bergoncang dengan kehadiran Zalia yang menaruh dendam dan juga sikap melindungi Fazriq. Mampukah akad yang dilafazkan menjadi akad terakhir yang kekal ke hujung nyawa?

"Kerana aku mula mengerti betapa indah cintamu, Betapa agung dan tulus kasih sayangmu, Kini aku bersumpah, Kau yang terakhir buatku..."

[SINOPSIS NOVEL & DRAMA] Jodoh Sebelah Pintu

Assalamualaikum..





Mona Airawani bakal dijodohkan dengan lelaki yang penuh misteri bergelar Alang yang tidak pernah dilihat dengan mata kasarnya. Hubungan mereka hanya berlangsung melalui telefon , hanya suara tanpa rupa!

"Janji yang awak akan gantikan tempat saya bila akad nikah nanti? Awak jabat tangan dengan tok kadi dan biar saya yang ambil tempat awak, bersimpuh di belakang." - Encik Tunang Tubi

Namun begitu pertemuan pertama yang diatur terpaksa dibatalkan gar-gara terserempak dengan dua orang jirannya yang berperangai seperti hantu, Irfan dan Badrul. Dalam berperangai macam hantu, Mona dikejutkan pula dengan sebuah kenyataan. Bakal tunangnya tidak jauh, terlalu dekat, malahan hanya sebelah pintu! Tapi siapa? Adakah si Badrul Syah yang suka mencari fasal?

"Ganasnya akak. Tutup pintu guna kepala lutut." - Badrul Syah

"Nak tutupkan mata orang dengan kapala lutut di pun boleh." - Mona

Atau si Amirul Irfan yang tidak kurang celoparnya?

"Ala, Mona bolehlah.. tadi tengok macam best. Bila tengok lidah Mona yang cute rasa aiskrim tu, automatik abang rasa." - Amirul Irfan

Pap!!! tak sempat dia sambung, sudah terpacak aiskrim kon di atas kepala dia. 
"Automatik rasa sejuk kat atas kepala kan?" - Mona Airawani

Setelah identiti misteri si tunang terbongkar, hati Mona Airawani mula dibelit perasaan bersalah kerana sering bersikap buruk terhadap lelaki itu. Apatah lagi benih cinta dan sayang cuba disemai sebaiknya demi kebahagiaan mereka berdia di masa hadapan. Namun ada resah kian terbelit dengan kehadiran orang ketiga yang datang mengganggu.

Mampukah Mona dan si tunang dari sebelah pintu melalui cabarab-cabaran yang mendatang? Dan siapa sebenarnya tunangan Mona Airawani?


Novel telah pun diadaptasikan ke drama yang dibintangi Kamal Adli, Erwin Dawson, Emma Maembong, dan ramai lagi


Drama telah pun bersiaran pada 29 Julai 2015 setiap Rabu dan Khamis jam 9.00 malam. Hanya di HyppTV



[SINOPSIS NOVEL] Anugerah Terindah

Assalamualaikum..





Kapten Ustaz Mukhriz dan Doktor Ariana - Seorang ustaz dan seorang doktor. Seorang tidak ingin bercinta dan belum bersedia berkahwin kerana berasakan belum bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang suami manakala seorang pula jatuh cinta tahap meroyan. Seorang malu-malu kucing, seorang main redah asal tercapai hajat di hati. Seorang menjaga tittle "ustaz" dan seorang langsung tidak peduli tittle "doktor". Sudahnya begini.. SMS sahaja dan cari peluang bertemu, konon tidak disengajakan.

"Tak elok lelaki dan wanita yang bukan mahram keluar bersama" - Mukhriz

"Bukan keluar berdua. Saya, Ustaz, Kak Marlia, Along, Kreisya, lepas tu ustza nak ajak kawan satu bilik pun tak apa" - Ariana

PELBAGAI perkara Ariana lakukan demi cintanya terhadap Mukhriz. Sudahnya dia utus surat ala-ala budak sekolah rendah dan kasi bunga hingga kecoh satu kem.

..... Saya dah jatuh hati dengan ustaz. Dah jatuh cinta dengan ustaz. Saya tak nak jawapan sekarang, ustaz fikir-fikirkanlah ya. Moga-moga cara memikat style lama ini buatkan ustaz terbuka untuk saya.

Sekian.

I have a pen. My pen is blue. I have a boyfriend. My boyfriend is you.

MUKHRIZ pening kepala. Ariana lagilah pening kepala.

"Saya nak ustaz jawap soalan sms terakhir saya dulu, baru ustaz boleh balik".

Jemari Mukhriz sudah di dahi. Apa yang nak dia jawap? Ariana.. Ariana..

"Kalau nak kahwin dengan saya, bukan macam ni caranya. Datang jumpa keluarga saya ya." Hanya itu sahaja jawapan kepada soalan Ariana lewat smsnya. Spontan sebenarnya dia jawap tanpa berfikir apa-apa.

"Ya Allah, ya ke ustaz? Hujung minggu ni juga saya hantar rombongan meminang." Ariana macam nak terjun sahaja ke tasik buatan tu sekarang ini. Sangat-sangat teruja dan gembira.

DOKTOR Ariana nak meminang Ustaz Mukhriz? Semua pening kepala! Tewaskah Mukhriz dengan keselambaan Ariana? Apa akan jadi seterusnya apabila Mukhriz rupanya ramai peminat. Kapten Aliza, Siti Awina dan dalam diam Mukhriz bertemu semula dengan gadis idamannya, Rabiatul Adawiyah. Mengalahkah Doktor Ariana atau terus memikat dan berusaha memenangi hati Kapten Ustaz Mukhriz..


Novel ini akan diadaptasikan ke drama. Yang menggandingkan pelakon baru Niena Baharun dan Raja Afiq yang bakal menemui penonton di Slot Akasia.





 

[SINOPSIS NOVEL] Kau, Aku, Kita

Assalamualaikum..


"Kau silap, bro... jangan nak perasan. Iman Firdaus tu aku, bukan kau. Ke kau pun nama Iman Firdaus juga?

Itulah permulaan dua Iman Firdaus. Seorang lelaki, seorang perempuan. Dua nama yang sama, manusia yang berbeza, boleh ke hidup bersama? Tapi itulah yang terjadi. Iman Firdaus aka Iman Aus, pelakon yang terkenal dan ada nama, tapi tidak pula dikenali atau digilai Iman Firdaus aka Iman. Sebabnya mudah, rumah dia tak ada TV untuk dia kenal Iman Aus.

Tapi Iman Aus si pelakon kegilaan ramai itu tiba-tiba buat idea gila dengan mengajak Iman kahwin.

Kahwin! Dah Iman terkejut, tambah terkejut pula Iman apabila Aus sanggup "berkahwin" sama dengan lima adik lelakinya Iman Adrian, Iman Fazril, Iman Haris, Iman Razif dan Iman Asri.

Lalu, bermulalah dua Iman Firdau, satu suami, satu isteri, hidup sebumbung dan bersama sebagai pasangan dalam dunia lakonan nyata. Sebab, Aus hendakkan isteri kerana daddy Aus nak dia kahwin manakala Iman berkahwin dengan Aus sebab Aus janji akan senangkan hidup adik-adiknya. Jadi, perkahwinan yang bermula dengan agenda yang sebab begini, akan kekal untuk selamanya? Tambah bila ada syarat begini:

"Kalau aku dah jatuh cinta dengan kau, aku takkan ceraikan kau. Macam tu juga sebaliknya. Aku takkan lepaskan kau, kalau kau dah jatuh cinta dengan aku. Tapi janganlah kau melebih goda aku pulak."

Jadi, dua nama yang sama, manusia yang berbeza, boleh ke mereka hidup bersama? Dua Iman Firdau ni, agaknya bolehkah hidup bersama?


Sinopsis Drama Kau, Aku, Kita


Drama Kau, Aku, Kita ini memperkenalkan dua karakter penting yang berkongsi nama sama, Iman Firdaus. Si gadis lebih mesra dipanggil Iman (Janna Nick) manakala si jejaka lebih mudah dikenali sebagai Aus (Syarul Ridzwan). Walaupun nama mereka sama tetapi peragai mereka sangat berbeza.

Iman merupakan seorang gadis yatim piatu dan terpaksa bekerja keras bagi menyediakan keperluan adik-adiknya. Semuanya bermula kerana pinjaman lintah darah yang memporak-perandakan kehidupan Iman. Berbeza dengan Aus yang hidup serba mewah dan merupakan artis ternama yang digilai ramai. Jika Iman diancam gengster kerana terpaksa melunaskan hutang, Aus pula diancam dengan para peminat yang ingin menjadikan dirinya sebagai pasangan kekasih.

Pertemuan mereka kerana mempunyai nama sama iaitu IMAN FIRDAUS. Iman dikejar geng lintah darat ketika dia mencari pekerjaan manakala Aus pula menyamar sebagai orang biasa bagi lari dunia glamornya. Penjahat yang menjerit nama "IMAN FIRDAUS!" menyebabkan mereka berdua gelabah dan berlari bersama. Kekeliruan itu menjadi detik pertemuan mereka. Apa yang pelik bagi Aus ialah Iman langung tidak mengenalinya sebagai selebriti. Jawapan mudah Iman ialah kerana dia tidak mempunyai televisyen dan masa untuk menontonnya.

Aus sering digosipkan dengan ramai pelakon dan model wanita menyebabkan ayahnya, Dato' Ashari Irfan tidak tahan dengan cerita gosip yang selalu dikaitkan dengan anaknya. Tambahan pula dia merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya. Bagi mengelakkan lebih banyak gosip yang akan didengarinya, Dato Ashari telah memutuskan dua pilihan kepada Aus antara berkahwin atau berhenti berlakon.

Aus tertarik dengan Iman yang tidak mengenali dirinya langsung lantas memilih Iman sebagai calon paling sesuai menjadi bakal isterinya. Aus dengan segera melamar Iman. Tetapi tidak mudah bagi Iman untuk terus menerimanya. Jadi Aus telah memberikan syarat kepada perkahwinan mereka dengan akan melunaskan semua hutang Iman daripada lintah darat dan memberikan lebih keselesaan kepada adik-adik Iman. Syarat perkahwinan mereka akan terbatal jika salah seorang daripada mereka jatuh cinta antara satu sama lain.

Mampukah perkahwinan tanpa landasan cinta membawa mereka kepada kebahagian rumah tangga? Mampukah Iman bertahan dengan dunia glamour Aus? Sama-sama kita saksikan drama ini setiap Rabu & Khamis jam 9.00 malam di Slot Lestary TV3.

Drama adaptasi ini akan mula ditayangkan pada 28/10/2015 (Rabu). Waktu siaran drama ini pada setiap Rabu- Khamis jam 9.00 Malam di Slot Lestary TV3 yang menampilkan Syarul Ridzwan, Janna Nick, Shamsul Ghau Ghau, Isey Fazlisham, Tengku Hanis, Adeline Tsen dan ramai lagi

Untuk episod pertama dan kedua, drama ini menjadi bualan hangat di twitter sehingga berjaya menjadi trending. Adakah drama ini juga akan menjadi FENOMENA?!.















[BIODATA] Amar Baharin


Nama Sebenar : Amar Baharin

Nama Komersial : Amar Baharin

Tarikh Lahir : 1 Julai 1985

Umur : 31 Tahun (2016)

Asal : Kuala Lumpur 

Adib beradik : Anak kedua daripada tiga beradik

Pendidikan : Graduan Jurusan Kejuruteraan Elektrik UiTM Shah Alam

Kerjaya : Pelakon, Model

Drama / Filem / Telemovie : Geng Surau, Pontianak Beraya Di Kampun Batu 2, Nazihah, Laila Manja, Kau Dan Aku, Shopaholic, Ketika Cinta Merintih, Mat Kental, Tanah Kubur, Mimi Mencari Cinta, Kerana Terpaksa Aku Relakan, Suamiku Encik Sotong, Cik Bunga Encik Sombong, Jodoh Ke Uolls








[BIODATA] Amyra Rosli


Nama Penuh : Nur Amira Izati Rosli

Nama Komersial : Amyra Rosli

Tarikh Lahir : 24 Ogos 1991

Umur : 25 Tahun (2016)

Asal : Kuala Lumpur

Adik Beradik : Anak Sulung daripada empat beradik

Pendidikan : Diploma Teater Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) 

Duta : Aurawhite Skinspa

Kerjaya : Pelakon, Model
Drama / Telefilem : Suamiku Encik Sotong, Jodoh, Supermax, Warkah Cinta, Cinta Dan Wahyu, Cik Bunga Encik Sombong, Annyeong Aidilfitri








Ahad, 26 Julai 2015

[BIODATA] Fattah Amin

Assalamualaikum


Nama Sebenar : Abdul Fattah Bin Mohd Amin

Nama Komersial : Fattah Amin

Umur : 26 Tahun (2016)

Asal : Setiawangsa, Kuala Lumpur

Pendidikan : Mahasiswa Bidang Seni di UiTM

Kerjaya : Pelakon, Penyanyi, Model

Pencapaian : Pemenang Hero Remaja 2012

Drama / Filem / Telemovie : Kerana Sarah, Memberku Hawa 2, Arah Ke Kuburmu, Asparagus, Aidil Click, Playboy Ity Suami Aku, Merah Bukan Jambu, Cinta Dari Marikh, Cinta Ibadah, Nasuha, Syurga Tanpa Bidadari, Bencinta, Aku Tunggu Kau Ni, Plan Cinta Tak Jadi, Hello! Mr Perfect

Iklan : TM, 100 Plus, Toyota

Lagu : Hero Untukmu




Kelab Peminat : The Fattah Amin Team #TheFATeam