Pertemuan Ejaz, Mr.Pilot dan Warda membuka semula lembaran kisah dua tahun lalu. Peristiwa yang menyebabkan Warda dibuang keluarga atas kebodohan sendiri yang terlalu taasub dengan cinta Muslim.
Getar yang hadir buat jiwa Warda dan Ejaz kalut sendiri. Ejaz diasak cemburu dengan kehadiran Daniel dan Razif yang turut menyimpan perasaan istimewa pada Warda. Akhirnya dia nekad.
"Ejaz nak kawin dengan Warda. Kalau boleh secepat mungkin. Tak payah bertunang, Ejaz nak terus bernikah je."
Perkahwinan yang terbina mula menimbulkan bibit cinta di hati mereka. Namun tika bahagia berada di puncak, Muslim kembali menuntut cinta. Inara mula menyusun rencana. Ejaz mula diburu curiga. Hubungan yang retak menanti belah akhirnya runtuh saat satu kemalangan menimpa Ejaz dan meragut pergi semua impian dan cintanya buat Warda dan dunia penerbangan. Masih adakah lagi bahagia buat mereka? Layakkah Warda menjadi suri hati buat Mr.Pilotnya? Atau akan menjadi racun berbisa pada kebahagiaan Ejaz?
"Layakkah aku menjadi suri hati buatnya?"
______________________________________________________________
Jangan lupa untuk menyaksikan drama adaptasi ini di Astro Ria dan Astro Ria HD bermula pada 10/10/2016 , setiap Isnin hingga Khamis jam 10.00 malam yang akan menyaksikan gandingan Neelofa bersama Fattah Amin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan