Jumaat, 5 Ogos 2016

[SINOPSIS NOVEL] Awak Sangat Nakal

Assalamualaikum..


Sinopsis Novel

Pertemuan antara Johan Rizqin dan Erine Johanna bermula apabila gadis itu ditinggalkan mama dan papanya selama sebulan di bawah jagaan orang gajinya, Mak Munah. Oleh sebab dia kebosanan duduk di kampung, Erine menjadikan Johan Rizqin, mangsa usikannya.

"Eh, saya nak panggil awak apa eh? Johan Rizqin tu, nama yang panjang tu."
"Jo..."
"Jo? Joe Jambul? Jongang? Joyah? Jongos?"

Masalahnya, Johan Rizqin sudah bertunang dengan Ain Humairah, anak angkat Mak Munah. Tetapi kehadiran Erine, menyebabkan Johan mula berubah hati. Entah kenapa, dia merasakan perasaannya lain sejak diusik Erine. Tetapi untuk mendapatkan Erine, Johan terpaksa berdepan banyak cabaran.

Walaupun begitu, Erine masih tidak boleh menerima cinta yang Johan berikan. Bukan kerana soal hati, bukan kerana tidak cinta tetapi kerana amanah arwah suami Mak Munah kepada Johan. Erine merasakan dia menjadi penghalang kepada amanah itu.

Gara-gara kenakalan dan sikap ingin tahunya untuk mencari siapa yang diamanahkan kepada Johan, Erine berjaya merungkai seribu satu rahsia, teori dan konspirasiyang disimpan Mak Munah selama 23 tahun. Erine kemudian merangcang dan membuat pakatan sulit untuk menyelamatkan Johan daripada dibunuh. Tapi, sehebat mana pun rancangannya, hebat lagi perancangan Allah SWT.

Adakah pengorbanan Erine kepada Johan, tidak sia-sia? Atau hidupnya berakhir dengan hukuman mati?

"Apa abang pula... Ini dia, depan abang ni, budak nakal. She turned her can'ts into cans, and her dream into plans. She is Erine Johanna. Awak sangat nakal, tapi sebab itulah abang sayang."

Kalau tak boleh... paksa sampai boleh!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan