Khamis, 4 Ogos 2016

[SINOPSIS] Dia Anak Jeneral



Sinopsis Novel

Kalau sudah namaberbintikan Hambali, semuanya akan diataur... termasuklah mencari calon suami. Bila Leftenan Jeneral kata hitam, maka hitamlah warnanya. Walau ketika itu, pelangi sudah jadi 14 warna, Syirin harus akur.

Kehadiran Zakhirf, telah menggoyakan hati Syirin. Kali pertama bertentangan mata, dia dan Zakhif saling terpesona. Saat bertegur sapa, hati dibaluti bahagia. Bila tidak bertemu, ada rindu yang menderu.

Tetapi Zakhif sedar siapa dia. Bagaimana kuatnya cinta terhadap Syirin, hebat juga risiko yang menanti. Lalu Zakhif cuba menjauh. Namun, Syirin makin mendekat dengan satu tekad.

"Kalau awak datang ke rumah berjumpa ayah dan mak saya... saya terima pinangan awak."

Zakhif mula pening! Mampukah dia menghantar rombongan? Yang ingin dipinang itu Srikandi Leftenan Jeneral Hambali. Pikat bapa mertua lebih mencabar daripada memikat anaknya! Argh!... ini kisah cinta yang mudah tetapi bertukar payah. DIA ANAK JENERAL menjadi epik cinta yang indah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan