Khamis, 4 Ogos 2016

[SINOPSIS] Bahagia Kasihmu



Sinopsis Novel

Diburu masa silam, Tasnim sentiasa kegelisahan. Kepahitan semalam mendera perasaan. Terus, dia tidak berani mencintai. Jauh sekali membiarkan dirinya dicintai. Dia sentiasa sedar di mana dia berpijak. Di penjuru mana dia berdiri.

Kemunculan Zarul, memang tidak diduga. Tanpa sedar, lelaki itu menjadi watak penting dalam hari-harinya. Dia seolah terikat dengan Zarul. Ingin menjauh, tetapi makin dekat pula jadinya. Dalam diam, sedetik rasa mula bertunas dalam jiwanya.

"Awak adalah perempuan yang berjaya membuka pintu hati saya. Siapa pun awak sebelum ini, saya tidak kisah. Izinkan saya bahagiankan awak."

Tasnim terkedu. Pertemuan mereka tidak pernah dirancang. Perkenalan mereka tanpa salam. Lalu, semudah itukah dia melafaskan cinta?

Kata pujangga, apabila hati disimbahi cahaya cinta, sinarnya akan dapat dibaca pada seri wajah. Begitulah hebatnya kuasa cinta. Jadi, wajarkah dia menolak hakikat sebuah kehidupan?

Hakikatnya, cinta itu permulaan sebuah derita. Dibayar dengan air mata sekali pun belum tentu datangnya bahagia sekelip mata.

Pergilah cinta, andai itu mampu mengembalikan. Biarkan sahaja bahagia kasih itu berlalu, andainya itulah harga sebuah kepahitan yang perlu dibayar. Biarlah rindu ini terus tersimpan dalam lipatan memori cinta.

_____________________________________________________

Jangan lupa untuk menyaksikan drama adaptasi dari novel "Bahagia Kasihmu" yang bakal diatayngkan di Slot Zehra TV3.. Bersama gandingan baru antara Fezrul Khan bersama Eyka Farhana











 

1 ulasan: