Assalamualaikum..
Sinopsis Novel
Farhah meninggalkan rumah dan kekayaan untuk berdikari diatas kaki sendiri disebabkan berselisih faham dengan ayahnya. Ayahnya hanya mementingkan adik tirinya, Katrina tapi ibu tirinya sentiasa mengambil tahu tentang Farhah. Lebih menyakitkan hati si ayah ingin menjodohkan dirinya dengan doktor yang menjaga ibu tirinya sewaktu sedang sakit. Farhah tidak bersetuju dengan cadangan si ayahnya lalu si ayah mengatur rancangan untuk menjodohkan doktor tersebut dengan Katrina tetapi dipandang sepi oleh Katrina.
Pertemuan pertama Farhah dan Syed Arif tidak sebaik mana kerana berselisih pendapat. Disebabkan perkara itu telah menarik perhatian Arif, di mana Arif meminta Farhah untuk berlakon menjadi kekasihnya dan akhirnya Arif melamar Farhah atas permintaan ibunya. Mulanya Farhah menolak kerana mereka berdua tidak mencintai antara satu sama lain tetapi akhirnya menerima kerana tidak mahu berkahwin dengan sepupunya yang mencintainya dalam diam. Ayahnya marah dan menolak daripada menjadi walinya dan Farhah berkahwin dengan Arif tanpa berwalikan ayahnya. Kedua mereka memberi peluang untuk berlajar mencintai diri sendiri dan perasaan cinta perlahan-lahan hadir dalam diri masing-masing. Dugaan melanda, Arif calon menantu pilihan ayah Farhah memperkenalkan Arif kepada Katrina. Namun hati Arif telah mati untuk Katrina kerana sebelum ini cintanya dipandang sepi oelh Katrina. Katrina tidak dapat menerima hakikat bahawa Arif telah pun berkahwin.
Setelah mengetahui bahawa kakak tirinya merupakan isteri Arif, Katrina cuba untuk memecah belahkan rumah tangga mereka. Rancangannya hampir berjaya tetapi Arif menerangkan segala sejarah dirinya dengan Katrina dan betapa sekarang cintanya hanya untuk Farhah. Kebahagian mereka terganggu seketika setelah Arif mendapat tahu siapa diri Farhah yang sebenar. Setelah mendapat penjelasan Farhah, Arif merasakan dia bertanggungjawab untuk menyatukan kedua anak dan ayah. Setelah mempertemukan mereka, Datuk Alias gembira kerana perancangannya untuk menjadikan Doktor Syed menantu tercapai tetapi dia terkilan kerana tidak mewalikan pernikahan anaknya. Katrina cuba membunuh diri tetapi Armand (kawan Arif) menegur kesalahannya. Akhirnya Katrina memahami dan terjalinlah kisah antara dia dan Armand.
Sinopsis Drama
Drama Tersuka Tanpa Sengaja mengisahkan tentang Farhah (Emma Maembong) yang membuta keputusan meninggalkan segala kekayaan akibat berselisih faham dengan ayahnya. Farhah merasakan dirinya tersisih jika dibandingkan dengan adik tirinya bernama Katrina (Amyra Rosli). Farhah menjadi kurang senang bila ayah kandungnya ingin menjodohkannya dengan seorang doktor dengan alasan untuk menjaga emak tirinya yang sakit.
Suatu hari Farhah bertemu dengan Doktor Syed Arif (Amar Baharin) dan tercetus konflik antara mereka akibat perbezaan pendapat. Namun konflik tersebut membuatkan Syed Arif mula terpikat dengan Farhah dan bertindak melamarnya.
Pada awalnya lamaran Syed Arif ditolak Farhah tetapi kerana ingin mengelak dari mengahwini sepupunya, Farhah akhirnya bersetuju menerima lamaran Syed Arif. Tetapi Farhah terpaksa berkahwin tanpa berwalikan ayahn kandungnya akibat tidak dapat persetujuan.
Setelah berkahwin, Farhah cuba untuk mencintai Syed Arif namun dugaan pula muncul tiba. Syed Arif sebenarnya calon menantu pilihan yang pernah ayah Farhah ingin menjodohkannya dulu. Dan masa ketika dia menolak, ayahnya bertindak menjodohkan dengan Katrina pula. Pada waktu itu Katrina juga menolak tetapi kini apabila Katrina mendapat tahu bahawa Syed Arif dan Farhah telah berkahwin, dia merancang untuk meruntuhnya rumah tangga mereka pula.
Apa akan berlaku seterusnya kepada rumah tangga Syed Arif dan Farhah? Dapatkah Katrina memusnahkan rumahtangga mereka? Apa pula yang akan Syed Arif lakukan bila mendapat tahu Farhah adalah wanita yang pernah menolak untuk dijodohkan bersamanya dahulu?
Jangan lupa saksikan Drama Tersuka Tanpa Sengaja setiap Isnin hingga Khamis jam 10.00 malam hanya di Astro Ria dan Astro Ria HD untuk mengetahui kesudahan rumah tangga Syed Arif dan Farhah, serta kesudahan Katrina dan Armand.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan