Selasa, 22 Disember 2015

[SINOPSIS] Isteri VS Tunang

Assalamualaikum..


Sinopsis Novel

Insiden berlaku dengan Zaim, seorang lelaki yang angkuh di mata Alana membangkitkan kemarahan gadis itu lantas tanpa berfikir panjang telah mencabar lelaki itu untuk mengahwininya. Demi ego seorang lelaki, Zaim menyahut cabaran itu.

Apabila fikirannya mula tenang, Alana tersedar yang dia telah mengambil tindakan yang bodoh dan meminta Zaim membatalkan rancangan peminangannya. Walau bagaimanapun, dia terkejut apabila kedua ibu bapanya telah menerima pinangan Zaim.

Kehadiran Irfan Fakhrul dirasakan tepat pada waktunya. Dengan bantuan lelaki itu, Alana meminta dia menyamar sebagai kekasihnya dan berjumpa dengan orang tua Alana bagi membatalkan pertunangan Alana dan Zaim.

Bantahan dari Encik Dahlan menyebabkan Alana terpaksa akur untuk mengahwini Zaim demi menjaga nama baik kedua keluarga.

Setelah berasa puas kerana dapat menyahut cabaran Alana, Zaim kembali menjalinkan hubungan dengan Amira Irdina, bekas tunangnya.

Bagaimanakah kesudahan hubungan Alana dan Zaim? Mampukah bantera yang didirikan atas dasar ego dan tanpa cinta berkekalan? Atau, berjayakah Amira menyingkirkan Alana dari kehidupan Zaim? Siapa yang sebenarnua menjadi orang ketiga? Amira? Alana? Antara isteri dan tunang... yang manakah akhirnya menjadi pilihan?

"Ketentuan yang tidak pasti.... Itulah meresahkan hati..."

Novel Isteri VS Tunang ini sedang pun menjalankan pengambaran yang akan memperlihatkan gandingan Scha AlYahya bersama Hisham Hamid, Azrel Ismail, Lia Natalia, Sharifah Sakinah dan ramai lagi












Tiada ulasan:

Catat Ulasan