Ahad, 20 Disember 2015

[SINOPSIS] Dia Segalanya

Assalamualaikum..




Sinopsis Novel

Suraya hadir ke dalam keluarga Faizul sebagai anak angkat. Sementelahan Datin Rafidah tidak dapat melahirkan anak selepas kelahiran kembar tidak seirasnya, Faizul dan Faizal. Datuk Rashid pula mencurahkan sepenuh kasih sayangnya kepada Suraya memandangkan beliau begitu kepingin anak perempuan dalam keluarganya. Begitu juga dengan Faizal. Dia amat menyayangi Suraya sebagai adik bongsunya.

Kecuali Faizul. Dia tidak dapat menerima kehadiran Suraya dalam keluarganya. Tidak pernah wujud kemesraan diantara dirinya dan Suraya hinggakan Suraya takut mendekatinya, apatah lagi berbual mesra dengannya. Hinggakan tangan Datuk Rashid naik ke pipinya semata-mata dia mengungkit asal-usul Suraya.

Suraya tidak faham mengapa Faizul megitu dingin dengannya. Tambahan pula lelaki itu tidak pernah memanggilnya dengan panggilan adik sepertimana yang selalu digunakan oleh ahli keluarga yang lain.

Tetapi ada sebab mengapa Faizul berkelakuan sedemikian. Demi mengekang perasaan sebenarnya terhadap Suraya, dia rela menyakiti hati gadis itu. Hanya Tuhan sahaja tahu apa yang tersimpan utuh jauh di sudut hatinya. Sesungguhnya Faizul menderita sendirian. Hinggalah rahsia tersebut pecah ke pengetahuan keluarganya.

Bagaimanakah penerimaan keluarganya terhadap rahsia tersebut ?

Kala hati begitu mencintai.... Semakin kupasti dia tidak mungkin kumiliki. Semakin kuingin terus menghampiri.. Semakin jauh di melangkah pergi..



Novel ini juga akan diadaptasikan dan sekarang ini sedang melakukan penggambaran. Hero dan heroin yang akan menjayakan watak dalam novel ini ialah Uqasha Senrose dan Talha Harith..









Tiada ulasan:

Catat Ulasan