Selasa, 22 Disember 2015

[SINOPSIS] Kau Yang Satu

Assalamualaikum..


Sinopsis Novel

Bot peribadi milik Datuk Mustaza telah karam dipukul ombak sewaktu dia keluar memancing di Laut China Selatan. Nasibnya baik, dia telah diselamatkan oleh seorang nelayan bernama Sulaiman. Datuk Mustaza berhutang budi dengan Sulaiman dan ingin menjodohkan anaknya Taufik bersama Salina anak Sulaiman.

Taufik tidak setuju dengan cadangan papanya kerana dia telah punya kekasih bernama Isabella, model terkenal tanah air. Manakala Salina pula telah mempunyai teman lelaki bernama Zulkifli, anak ketua kampung.

Namun segala impian mereka tidak tercapai. Masing-masing terpaksa akur dengan pilihan orang tua. Taufik menuduh papanya kolot kerana masih terikut-ikut cara orang lama mencari jodoh. Salina terpaksa putus dengan Zulkifli.

Bahagiakah perkahwinan Taufik dan Salina? Dapatkah mereka melayari bahtera bersama?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan