Selasa, 16 Ogos 2016

[SINOPSIS] Arluna




Sinopsis Novel

Permulaan perjalanan hidup Nia Arluna @ Nina sangat cliche.

1. Mula-mula terjumpa, terjatuh kat dalam kolam di puncak Sand Skypark.
Eh, kau tak tengok side mirror dulu ke sebelum brek? -NIA ARLUNA @ NINA
Emmm.. errr... I'm not a car. Uh... I did't bring side mirror while walking. - JOHAN ARIF @ JOE

2. Terjumpa lagi.
I macam kenal you. Kita pernah jumpa kat mana ya? - JOE

3. Terjatuh cinta pula.
Tadi dapat colour "Luna' pun dah cakap 'thank you', dapat hadiah lagi best ni jangan lupa cakap "I'll marry you" ya. - JOE

4. Dah nak kahwin ni, ada pulak si penyibuk Fazleen 'udang galah'. Eh, dah kahwin pun muncul lagi? Berjayakah seorang Arluna merubah plot hidupnya? Atau dia tewas dengan hasutan syaitan? Atau dia tewas dengan hak seorang isteri?

"Tewas itu taat".

_____________________________________________________________

Jangan lupa untuk menantikan adaptasi novel ini di kaca television. Bersama gandingan hero dan heroinnya Saharul Ridzwan dan Anzalna Nasir.




Jumaat, 5 Ogos 2016

[SINOPSIS NOVEL] Cinta Copy Paste

Assalamualaikum..


Sinopsis Novel

Pertama kali menatap wajah Anom Sufi, hati Habib Iqmal tidak tentu rasa. Meronta-ronta hatinya mahu menjadikan gadis itu suri di hati. Tetapi... sudah tentulah Anom tidak sudi. Yalah.. umur Anom baru 19 tahun sedangkan dia sudah 33 tahun.

"Abang rasa abang dah jumpa jodoh abang. Sufilah orangnya yang bakal jadi tulang rusuk kiri abang. Kita kahwin ya, Sufi?"

Terkedu Anom dengan lamaran Habib. Mana mungkin dia terima lamaran lelaki itu? Dia masih muda belia, sedangkan Habib sudah tua. Bermacam-macam alasan direka Anom.

"Saya ni masih belajar, Datuk. Mana boleh suka-suka hati nak kawin?"

Habib pula tidak kenal putus asa sehinggalah Anom bersuara... Dia menerima lamaran itu.

Namun, kebahagian yang diidambakan Anom punah sekelip mata dengan kemunculan 'baby'. Bila Habib melebihkan 'baby' dalam segala hal, Anom jadi sedar diri. Baru dia tahu, di mana letaknya dia di hati Habib. Jika Habib mahukan 'baby', dia sedia undur diri. Biarlah dia pergi. Dia pun enggan selama-lamanya terlindung di balik bayangan 'baby'.

[SINOPSIS NOVEL] Awak Sangat Nakal

Assalamualaikum..


Sinopsis Novel

Pertemuan antara Johan Rizqin dan Erine Johanna bermula apabila gadis itu ditinggalkan mama dan papanya selama sebulan di bawah jagaan orang gajinya, Mak Munah. Oleh sebab dia kebosanan duduk di kampung, Erine menjadikan Johan Rizqin, mangsa usikannya.

"Eh, saya nak panggil awak apa eh? Johan Rizqin tu, nama yang panjang tu."
"Jo..."
"Jo? Joe Jambul? Jongang? Joyah? Jongos?"

Masalahnya, Johan Rizqin sudah bertunang dengan Ain Humairah, anak angkat Mak Munah. Tetapi kehadiran Erine, menyebabkan Johan mula berubah hati. Entah kenapa, dia merasakan perasaannya lain sejak diusik Erine. Tetapi untuk mendapatkan Erine, Johan terpaksa berdepan banyak cabaran.

Walaupun begitu, Erine masih tidak boleh menerima cinta yang Johan berikan. Bukan kerana soal hati, bukan kerana tidak cinta tetapi kerana amanah arwah suami Mak Munah kepada Johan. Erine merasakan dia menjadi penghalang kepada amanah itu.

Gara-gara kenakalan dan sikap ingin tahunya untuk mencari siapa yang diamanahkan kepada Johan, Erine berjaya merungkai seribu satu rahsia, teori dan konspirasiyang disimpan Mak Munah selama 23 tahun. Erine kemudian merangcang dan membuat pakatan sulit untuk menyelamatkan Johan daripada dibunuh. Tapi, sehebat mana pun rancangannya, hebat lagi perancangan Allah SWT.

Adakah pengorbanan Erine kepada Johan, tidak sia-sia? Atau hidupnya berakhir dengan hukuman mati?

"Apa abang pula... Ini dia, depan abang ni, budak nakal. She turned her can'ts into cans, and her dream into plans. She is Erine Johanna. Awak sangat nakal, tapi sebab itulah abang sayang."

Kalau tak boleh... paksa sampai boleh!

[SINOPSIS] I Love You Stupid

Assalamualaikum..

Sinopsis Novel

KISAH KEMANUSIAN YANG PENUH DENGAN KASIH SAYANG. Perjalanan hidup Iris mencari jawapan kepada rasa sepi dan tidak berpunya yang sering bertandang dalam hatinya.

Aku Iris The Diva. Pembunuh senyap lelaki tanpa bayang! I'm bad and I'm dangerous!

Aidan? My main course yang sangat menyelerakan!

"Saya nak Inspektor Iris digari dan dihukum kerana telah mencuri hati saya. Saya dah X-ray tubuh Inspektor Iris, saya nampak hati saya berada dalam hati Inspektor iris.. - Aidan

Abang pedas? Eye Mo aku!

"Apalah sangat dengan saman yang setakat 300 ringgit tu? Lebih dari tu I boleh bayar. Berbaloi dapat love letter dengan hot guy ni. Handsome dan pedasss!" - Iris

"Kesalahan keempat, cuba menggoda polis. Kesalahan kelima, menghina kerja polis, kesalahan keenam, cuba menghalang polis dari menjalankan tugas.." - Abang Pedas

Inspektor Ebrahim? My parfait, perfect!

"Sir, How could you! Menggoda seorang gadis di bawah umur?" - Iris

"Bukan di bawah umur, gadis di bawah sedar, di bawah pengaruh kurang cerdik!" - Ebrahim

Firman? Yuck! Mulutnya, Ya Rabbi! Lebih pedas dari segalanya!

"Untuk bodyguard saya... yang sangat macho, stylo... dan ..."

"Dan apa?" - Firman

"Ermmmm, satu hari nanti dan apa, akan terjawab. So, biarkan saja tempat kosong itu." - Iris

Lara, Farina dan Violet, my divas. We're hot, sexy and naughty. Bukan sembarangan lelaki boleh mendampingi kami dan kami juga tidak mendampingi sembarangan lelaki.

Kegembiraan aku dan divas tidak berpanjangan apabila berlaku satu peristiwa yang tak dapat aku lupakan sampai bila-bila. Demi memenuhi hasrat terakhirnya, aku membawa misi yang sangat besar dengan mengharungi hidup ditempat asing yang sangat mencabar.

"Anakku, di mana anakku. Saya sanggup buat apa saja asalkan anak saya dikembalikan... Tolonglah, saya merayu."

Semua yang berlaku mematangkan aku tentang kehidupan.. tentang islam, agamaku.. tentang rasa cinta yang sebenar-benarnya cinta..

"Selama ini saya merasakan sepi dan tidak berpunya, Tiba-tiba saja rasa itu menghilang bila saya mula beristighfar.."

[SINOPSIS] Perempuan Paling Bahagia


Sinopsis Novel

Bahagia adalah pergorbanan. Berkorban untuk buat orang yang kita sayang bahagia, kita akan turut merasakan bahagia. Bagi Arissa yang berasal daripada keluarga yang susah, bahagia itu adalah duit. Ada duit semuanya akan bahagia.

Tetapi makna bahagian bagi Arissa berubah apabila Arissa diberi tugas untuk menjaga Rayyan, bayi yang dijumpai di tangga masjid yang dibuang oleh Rafi, abang Rafa. Rayyan yang merupakan anak tidak sah taraf telah dinafikan haknya oleh Rafi dan disebabkan Datin Zarina menghibahkan semua harta yang sepatutnya milik Rafi kepada Rayyan, Rafi berdendam.

Namun, anak tidak sah taraf hanya akan mempunyai pertalian keluarga dengan keluarga sebelah ibu yang melahirkannya dan melalui ibu susuanlah, Rayyan akan ada pertalian keluarga Rafa.

"Baby Rayyan? Encik letak nama dia, Rayyan?" - ARISSA

"Kenapa? Awak nak letak nama dia apa?" - RAFA

"Rosyam Nor." - ARISSA

Akibat kasih sayang dan layanan baik Arissa ke atas Rayyan, Rafa dan Datin Zarina merasakan Arissalah calon yang sesuai untuk menjadi isteri Rafa dan ibu susuan Rayyan. Dalam masa yang sama, tanpa pengetahuan mereka, Arissa sudah pun mula mengambil ubat hormon itu. Ini kerana masing-masing mempunyai alasan mereka tersendiri. Alasan Arissa adalah kerana dia sayangkan Rayyan dan menganggap Rayyan senasib dengannya, yatim piatu.

"Dia berikan saya peluang untuk bahagia. Apa salahnya, saya berikan dia peluang untuk bagagia juga? Saya tak ada sesiapa, begitu juga Rayyan. Kita orang hanya ada satu smaa lain saja, pak encik." - ARISSA

Alasan Rafa adalah kerana dia sudah mula jatuh cinta. Tetapi terikat dengan perjanjian dengan Datin Zarina, Rafa buat-buat... kebal.

"Err... Neng. Jari tu, tak baik dibiarkan kosong lama-lama. Orang tua-tua kata, kalau jarit tu dibiarkan kosong, nanti masuk angin. Orang tua-tua yang kata, saya tolong sampaikan saja. Baik pakai sekarang." - RAFA

Alasan Datin Zarina pula adalah kerana dia telah meletakkan Arissa sebagai penama polisi insuransnya yang bernilai RM 50 juta untuk mengaburi mata Dato' Rafail yang mahu membunuhnya.

[SINOPSIS] Biar Aku Jadi Penunggu


Sinopsis Novel

Iffat Hamani dan Afeef Adwan bersahabat sejak dari bangku sekolah. Namun, persahabatan yang terjalin disalah guna oleh Afeef apabila menggunakan Iffat sebagai batu loncatan untuk mencapai impian yang sudah lama dirancang.

Iffat yang dalam diam menaruh perasaan terhadap Afeef, menerima lamaran Afeef dengan harapan mereka punya peluang untuk hidup bahagia atas janji yang ditabur oleh Afeef sebaik sahaja lelaki itu pulang ke tanah air. Namun, dua tahun yang dijanjikan akhirnya berlanjutan hingga tiga tahun. Lelaki itu mendiamkan diri tanpa sebarang berita. Tetapi Iffat masih berpegang pada janji dan sanggup menunggu lelaki itu walaupun hati sendiri terluka. 

Selepas tiga tahun tanpa khabar berita, Afeef muncul kembali bersama si comel. Kebenaran terbongkar apabila si comel itu merupakan anak Afeef bersama Damia. Mereka berkahwin atas nama cinta. Namun, hubungan itu tidak berpanjangan apabila Damia curang hanya kerana tidak sanggup memikul tanggungjawab yang ada.

Afeef kembali dengan harapan baru dan ingin menunaikan segala janjinya dahulu kepada Iffat.

Iffat yang benar-benar terluka atas apa yang dilakukan tidak mampu berbuat apa. Kehadiran si comel diterima dengan hati yang terbuka kerana sememangnya naluri keibuannya begiru menggebu dan sudah menjadi impiannya sebaik sahaja bergelar isteri. Tetapi kesalahan yang dilakukan oleh Afeef membuatkan dia ragu-ragu untuk menerima lelaki itu dalam hidupnya. Dia tidak bersedia untuk menjalani kehidupan sebagai seorang isteri kerana Afeef telah mengkhianati kepercayaannya selama ini.

Rafaal yang sudah lama menaruh perasaan terhadap Iffat hanya mampu memendam perasaan. Harapannya untuk memiliki Iffat kembali terkubur dengan kehadiran Afeef. Dia tahu hati wanita itu hanya untuk Afeef.  Afeef tetap berusaha untuk meraih kembali kepercayaan Iffat. Kesanggupan Iffat yang menunggunya hingga hampir empat tahun sudah cukup memberi petanda yang wanita itu mencintainya sepenuh hati.

Iffat yang sememangnya meyimpan rasa kasih buat Afeef reda menerima lelaki itu kembali sungguhpun luka dihatinya belum sembuh. Sekali lagi janji terpateri. Namun, kasih yang baru sahaja berputik, diduga dengan kehadiran Damia yang ingin kembali meraih cinta Afeef. Dalam masa yang sama pula, Afeef mengesyaki Iffat punya hubungan kasih dengan orang lain kerana cemburu. Sekali lagi Iffat terpaksa menaggung duka. Dituduh tanpa usul periksa membuatkan hatinya kembali terluka.

"Di mana janji kerana hati, andai ada hati yang disakiti?"

___________________________________________________

Jangan lupa untuk tunggu drama adaptasi daripada novel "BIAR AKU JADI PENUNGGU" yang akan ditayangkan di Slot Akasia TV3. Dengan menyaksikan gandingan bersama Redza Rosli bersama Janna Nick  


Khamis, 4 Ogos 2016

[SINOPSIS] Suri Hati Mr Pilot



Sinopsis Novel

Pertemuan Ejaz, Mr.Pilot dan Warda membuka semula lembaran kisah dua tahun lalu. Peristiwa yang menyebabkan Warda dibuang keluarga atas kebodohan sendiri yang terlalu taasub dengan cinta Muslim.

Getar yang hadir buat jiwa Warda dan Ejaz kalut sendiri. Ejaz diasak cemburu dengan kehadiran Daniel dan Razif yang turut menyimpan perasaan istimewa pada Warda. Akhirnya dia nekad.

"Ejaz nak kawin dengan Warda. Kalau boleh secepat mungkin. Tak payah bertunang, Ejaz nak terus bernikah je."

Perkahwinan yang terbina mula menimbulkan bibit cinta di hati mereka. Namun tika bahagia berada di puncak, Muslim kembali menuntut cinta. Inara mula menyusun rencana. Ejaz mula diburu curiga. Hubungan yang retak menanti belah akhirnya runtuh saat satu kemalangan menimpa Ejaz dan meragut pergi semua impian dan cintanya buat Warda dan dunia penerbangan. Masih adakah lagi bahagia buat mereka? Layakkah Warda menjadi suri hati buat Mr.Pilotnya? Atau akan menjadi racun berbisa pada kebahagiaan Ejaz?

"Layakkah aku menjadi suri hati buatnya?"

______________________________________________________________

Jangan lupa untuk menyaksikan drama adaptasi ini di Astro Ria dan Astro Ria HD bermula pada 10/10/2016 , setiap Isnin hingga Khamis jam 10.00 malam yang akan menyaksikan gandingan Neelofa bersama Fattah Amin.




 

[SINOPSIS] Bahagia Kasihmu



Sinopsis Novel

Diburu masa silam, Tasnim sentiasa kegelisahan. Kepahitan semalam mendera perasaan. Terus, dia tidak berani mencintai. Jauh sekali membiarkan dirinya dicintai. Dia sentiasa sedar di mana dia berpijak. Di penjuru mana dia berdiri.

Kemunculan Zarul, memang tidak diduga. Tanpa sedar, lelaki itu menjadi watak penting dalam hari-harinya. Dia seolah terikat dengan Zarul. Ingin menjauh, tetapi makin dekat pula jadinya. Dalam diam, sedetik rasa mula bertunas dalam jiwanya.

"Awak adalah perempuan yang berjaya membuka pintu hati saya. Siapa pun awak sebelum ini, saya tidak kisah. Izinkan saya bahagiankan awak."

Tasnim terkedu. Pertemuan mereka tidak pernah dirancang. Perkenalan mereka tanpa salam. Lalu, semudah itukah dia melafaskan cinta?

Kata pujangga, apabila hati disimbahi cahaya cinta, sinarnya akan dapat dibaca pada seri wajah. Begitulah hebatnya kuasa cinta. Jadi, wajarkah dia menolak hakikat sebuah kehidupan?

Hakikatnya, cinta itu permulaan sebuah derita. Dibayar dengan air mata sekali pun belum tentu datangnya bahagia sekelip mata.

Pergilah cinta, andai itu mampu mengembalikan. Biarkan sahaja bahagia kasih itu berlalu, andainya itulah harga sebuah kepahitan yang perlu dibayar. Biarlah rindu ini terus tersimpan dalam lipatan memori cinta.

_____________________________________________________

Jangan lupa untuk menyaksikan drama adaptasi dari novel "Bahagia Kasihmu" yang bakal diatayngkan di Slot Zehra TV3.. Bersama gandingan baru antara Fezrul Khan bersama Eyka Farhana











 

[SINOPSIS] Dia Anak Jeneral



Sinopsis Novel

Kalau sudah namaberbintikan Hambali, semuanya akan diataur... termasuklah mencari calon suami. Bila Leftenan Jeneral kata hitam, maka hitamlah warnanya. Walau ketika itu, pelangi sudah jadi 14 warna, Syirin harus akur.

Kehadiran Zakhirf, telah menggoyakan hati Syirin. Kali pertama bertentangan mata, dia dan Zakhif saling terpesona. Saat bertegur sapa, hati dibaluti bahagia. Bila tidak bertemu, ada rindu yang menderu.

Tetapi Zakhif sedar siapa dia. Bagaimana kuatnya cinta terhadap Syirin, hebat juga risiko yang menanti. Lalu Zakhif cuba menjauh. Namun, Syirin makin mendekat dengan satu tekad.

"Kalau awak datang ke rumah berjumpa ayah dan mak saya... saya terima pinangan awak."

Zakhif mula pening! Mampukah dia menghantar rombongan? Yang ingin dipinang itu Srikandi Leftenan Jeneral Hambali. Pikat bapa mertua lebih mencabar daripada memikat anaknya! Argh!... ini kisah cinta yang mudah tetapi bertukar payah. DIA ANAK JENERAL menjadi epik cinta yang indah.

[SINOPSIS] Si Kolot Suamiku




Sinopsis Novel

"Nama kau Kudin ya?"

"Apasal kau gelak?"

"Kudin nama kau? Memang sesuai sangat dengan kau. Nama kau sama buruk dengan baju kau!"

Si Edrina memang berlagak orangnya. Sudahlah berlagak, cerewet pulak itu! Disebabkan dia dibesarkan di Kuala Lumpur, maka suasana kampung memang tidak kena dengan jiwa bandarnya. Kepada lelaki seorang itu dia memandang rendah dan jelak!

Lelaki bernama Kudin itu berbeza sikapnya. Dia sekadar lelaki kampung yang hidup membanting tulang kepada tanah untuk mencari rezeki. Kudin suka hidup berdikari dan lebih gemar hidup sederhana dari segala segi. Hidup di kota besar tidak pernah menjadi impiannya, bahkan wanita seperti Edrina tidak pernah tersenarai sebagai calon bakal surinya. Tidak sesuai!

Kata orang ikan di laut, asam di darat akhirnya di kuali bersatu jua. Begitu jugalah dengan mereka. Perkahwinan atas rancangan keluarga membuatkan hidup mereka berdua kian sesak. Konflik bertambah meruncingkan apabila Edrina tidak mahu tinggal di kampung, dan Kudin pula enggan berpindah dan bernafas di kota besar.

Jadi bagaimana? Siapa yang akan mengalah akhirnya? Benarkah Kudin itu seorang lelaki kolot yang menjengkelkan? Dan selama mana Edrina mampu mempertahankan ego dan mengelak hatinya jatuh kepada lelaki seperti Kudin?

Jangan lupa saksikan drama adaptasi daripada novel "Si Kolot Suamiku" yang akan ditayangkan di Astro Ria setiap Isnin hingga Khamis jam 10.00 malam yang akan menggantikan drama adaptasi "Mamat Muka Selenga aka Lelaki Macam Dia" pada 15 OGOS 2016 yang memperlihatkan gandingan Amar Baharin bersama Elizad Sharifuddin