Selasa, 22 Disember 2015

[SINOPSIS] Curi-Curi Cinta

Assalamualaikum..


Sinopsis Novel

"Kalau dah susah sangat, hantar aje rumah orang tua! Lagipun bila adik kahwin nanti suami adik tu mestilah orang kaya jangan haraplah adik nak kahwin dengan orang miskin. Orang kaya nak ke terima mak mertua macam tu? Abang Is, doa ajelah setiap hari biat tuhan panjangkan umur Abang Is. Kalau boleh biar mak mati dulu dari Abang Is. Jalankan tanggungjawab dulu jangan sennag aja nak lepaskan beban kat orang lain!."

Ya Allah! Terkedu Iskandar mendengarnya. Kenapa perangai adiknya sampai begitu rupa? Biadap! Kurang ajar! Berlagak! Sombong! Itulah Intan Raihana. Buang emak, buang saudara kerana duit dia sanggup lakukan apa saja. Perancangan diatur. Daniel Hakim harus menjadi miliknya!.

"Saya akan bertanggungjawab Is. Saya akan bernikah dengan Intan. Itu janji saya." Tegas jawapan Daniel. Namun jelas kelukaan pada setiap patah perkataannya. Dendam Daniel berlingkar di hati. Janjinya! Intan Raihana akan memamah segala perbuatannya nanti!.

"Kau ingat aku nak percaya lagi cerita bohong kau tu! Aku tau kau dah terdesak nak ikat aku! Kau goda aku! Kau buat aku jatuh cinta dengan kau dan akhirnya aku tersungkur di kaki kau! Aku akui memang aku dah cintakan kau! Tapi dengan apa yang kau dah buat dekat aku! Mulai saat ini, cinta aku dah mati buat kau! Aku tak akan terima anak tu! Sebab perempuan macam kau bukan saja tak layak jadi bini aku! Tapi kau juga tak layak nak jadi ibu kepada anak aku! Aku tak nak anak aku lahir dari rahim perempuan macam kau! Hambur Daniel sepuas hatinya."

Ya Allah! Luluh hati Intan mendengarnya. Kejamnya lelaki ini? Tanpa dapat mengawal airmata menitis tanpa henti.

"Adik tahu memang manusia tu tak sempurna mak. Sebab adik pun pernah buat kesilapan yang cukup besar dalam hidup adik. Adik kecewakan mak, adik kecewakan Abang Is. Tapi akhirnya adik berubah mak. Dia janji nak mulakan hidup baru dengan adik. Tapi mana janji dia mak? Dia campak adik macam kucing kurap! Adik benci dia mak! Adik benci dia! Dia tak layak jadi suami adik! Lelaki ini dah mati dalam hidup adik!

Kini Daniel Hakim memamah perbuatannya pula. Terlajak perahu boleh berundur terlajak kata inilah padahnya! Curi-curi cinta hanya itu yang mampu dilakukannya. Hati Intan telah matibuatnya! Berdoalah moga cinta Inta Raihana akan menjadi miliknya jua..

[SINOPSIS] Isteri VS Tunang

Assalamualaikum..


Sinopsis Novel

Insiden berlaku dengan Zaim, seorang lelaki yang angkuh di mata Alana membangkitkan kemarahan gadis itu lantas tanpa berfikir panjang telah mencabar lelaki itu untuk mengahwininya. Demi ego seorang lelaki, Zaim menyahut cabaran itu.

Apabila fikirannya mula tenang, Alana tersedar yang dia telah mengambil tindakan yang bodoh dan meminta Zaim membatalkan rancangan peminangannya. Walau bagaimanapun, dia terkejut apabila kedua ibu bapanya telah menerima pinangan Zaim.

Kehadiran Irfan Fakhrul dirasakan tepat pada waktunya. Dengan bantuan lelaki itu, Alana meminta dia menyamar sebagai kekasihnya dan berjumpa dengan orang tua Alana bagi membatalkan pertunangan Alana dan Zaim.

Bantahan dari Encik Dahlan menyebabkan Alana terpaksa akur untuk mengahwini Zaim demi menjaga nama baik kedua keluarga.

Setelah berasa puas kerana dapat menyahut cabaran Alana, Zaim kembali menjalinkan hubungan dengan Amira Irdina, bekas tunangnya.

Bagaimanakah kesudahan hubungan Alana dan Zaim? Mampukah bantera yang didirikan atas dasar ego dan tanpa cinta berkekalan? Atau, berjayakah Amira menyingkirkan Alana dari kehidupan Zaim? Siapa yang sebenarnua menjadi orang ketiga? Amira? Alana? Antara isteri dan tunang... yang manakah akhirnya menjadi pilihan?

"Ketentuan yang tidak pasti.... Itulah meresahkan hati..."

Novel Isteri VS Tunang ini sedang pun menjalankan pengambaran yang akan memperlihatkan gandingan Scha AlYahya bersama Hisham Hamid, Azrel Ismail, Lia Natalia, Sharifah Sakinah dan ramai lagi












[SINOPSIS] Tundukkan Playboy Itu

Assalamualaikum..


Sinopsis Novel

Hanya dua syarat untuk wanita yang bercita-cita mendampingi si kacak, Harraz Naufal. Cantik dan seksi. Sebab itulah Harraz tidak suka perempuan bertudung. Tapi datang pula Nurin Areesa yang bergaya muslimah, entah macam mana boleh tersesat masuk temuduga di syarikat Harraz.

"I tak rasa boleh terima you kerja kat kompeni ni.. Tapi... kalau you buka tudung you, I akan terima you kerja." - HARRAZ NAUFAL

Bagi Nurin, itu permintaan selamba yang minta gigi kena terajang sampai jongang! Okey.. Mungkin jawatan arkitek itu bukan rezekinya. Mamat berlagak itu terlalu sombong. Mungkin doa ini sesuai supaya Harraz tahu bumi yang dia hidup ini bukannya milik dia seorang!

"Saya berdoa encik jatuh cinta dan berkahwin dengan perempuan bertudung nanti." - NURIN AREESA

Bagaikan dimakbulkan pula doa Nurin itu. Hanya kerana mata, Harraz terpaut dengan seorang model misteri yang bertudung. Sampai termimpi-mimpi Harraz dibuatnya sedangkan dia tidak pernah tahu rupa paras sebenar gadis itu. Hanya kerana penahan mata, jiwa buaya Harraz serius ditunduk. Gila! lagi gila jiwanya dengan kerenah Nurin yang sering buatkan dia jadi bukan dirinya.

Datang pula mummy Harraz bertemu dengan Nurin. Permintaany buat Nurin terlopong tiga ssat.

"Tundukkan Harraz, tundukkan playboy itu." - PUAN SRI ROSELL

Tundukkan Harraz? Mampukah Nurin? Dan akan tertundukkah Harraz hanya kerana Nurin?


Untuk pengetahuan semua, Novel Tundukkan Playboy Itu akan diadaptasikan ke drama yang bertajuk Tundukkan Harraz Naufal yang memberi gandingan Uqasha Senrose bersama pelakon baharu Hafidz Roshdi.












[SINOPSIS] Tersuka Tanpa Sengaja

Assalamualaikum..


Sinopsis Novel

Farhah meninggalkan rumah dan kekayaan untuk berdikari diatas kaki sendiri disebabkan berselisih faham dengan ayahnya. Ayahnya hanya mementingkan adik tirinya, Katrina tapi ibu tirinya sentiasa mengambil tahu tentang Farhah. Lebih menyakitkan hati si ayah ingin menjodohkan dirinya dengan doktor yang menjaga ibu tirinya sewaktu sedang sakit. Farhah tidak bersetuju dengan cadangan si ayahnya lalu si ayah mengatur rancangan untuk menjodohkan doktor tersebut dengan Katrina tetapi dipandang sepi oleh Katrina.

Pertemuan pertama Farhah dan Syed Arif tidak sebaik mana kerana berselisih pendapat. Disebabkan perkara itu telah menarik perhatian Arif, di mana Arif meminta Farhah untuk berlakon menjadi kekasihnya dan akhirnya Arif melamar Farhah atas permintaan ibunya. Mulanya Farhah menolak kerana mereka berdua tidak mencintai antara satu sama lain tetapi akhirnya menerima kerana tidak mahu berkahwin dengan sepupunya yang mencintainya dalam diam. Ayahnya marah dan menolak daripada menjadi walinya dan Farhah berkahwin dengan Arif tanpa berwalikan ayahnya. Kedua mereka memberi peluang untuk berlajar mencintai diri sendiri dan perasaan cinta perlahan-lahan hadir dalam diri masing-masing. Dugaan melanda, Arif calon menantu pilihan ayah Farhah memperkenalkan Arif kepada Katrina. Namun hati Arif telah mati untuk Katrina kerana sebelum ini cintanya dipandang sepi oelh Katrina. Katrina tidak dapat menerima hakikat bahawa Arif telah pun berkahwin.

Setelah mengetahui bahawa kakak tirinya merupakan isteri Arif, Katrina cuba untuk memecah belahkan rumah tangga mereka. Rancangannya hampir berjaya tetapi Arif menerangkan segala sejarah dirinya dengan Katrina dan betapa sekarang cintanya hanya untuk Farhah. Kebahagian mereka terganggu seketika setelah Arif mendapat tahu siapa diri Farhah yang sebenar. Setelah mendapat penjelasan Farhah, Arif merasakan dia bertanggungjawab untuk menyatukan kedua anak dan ayah. Setelah mempertemukan mereka, Datuk Alias gembira kerana perancangannya untuk menjadikan Doktor Syed menantu tercapai tetapi dia terkilan kerana tidak mewalikan pernikahan anaknya. Katrina cuba membunuh diri tetapi Armand (kawan Arif) menegur kesalahannya. Akhirnya Katrina memahami dan terjalinlah kisah antara dia dan Armand.



Sinopsis Drama

Drama Tersuka Tanpa Sengaja mengisahkan tentang Farhah (Emma Maembong) yang membuta keputusan meninggalkan segala kekayaan akibat berselisih faham dengan ayahnya. Farhah merasakan dirinya tersisih jika dibandingkan dengan adik tirinya bernama Katrina (Amyra Rosli). Farhah menjadi kurang senang bila ayah kandungnya ingin menjodohkannya dengan seorang doktor dengan alasan untuk menjaga emak tirinya yang sakit.

Suatu hari Farhah bertemu dengan Doktor Syed Arif (Amar Baharin) dan tercetus konflik antara mereka akibat perbezaan pendapat. Namun konflik tersebut membuatkan Syed Arif mula terpikat dengan Farhah dan bertindak melamarnya.

Pada awalnya lamaran Syed Arif ditolak Farhah tetapi kerana ingin mengelak dari mengahwini sepupunya, Farhah akhirnya bersetuju menerima lamaran Syed Arif. Tetapi Farhah terpaksa berkahwin tanpa berwalikan ayahn kandungnya akibat tidak dapat persetujuan.

Setelah berkahwin, Farhah cuba untuk mencintai Syed Arif namun dugaan pula muncul tiba. Syed Arif sebenarnya calon menantu pilihan yang pernah ayah Farhah ingin menjodohkannya dulu. Dan masa ketika dia menolak, ayahnya bertindak menjodohkan dengan Katrina pula. Pada waktu itu Katrina juga menolak tetapi kini apabila Katrina mendapat tahu bahawa Syed Arif dan Farhah telah berkahwin, dia merancang untuk meruntuhnya rumah tangga mereka pula.

Apa akan berlaku seterusnya kepada rumah tangga Syed Arif dan Farhah? Dapatkah Katrina memusnahkan rumahtangga mereka? Apa pula yang akan Syed Arif lakukan bila mendapat tahu Farhah adalah wanita yang pernah menolak untuk dijodohkan bersamanya dahulu?

Jangan lupa saksikan Drama Tersuka Tanpa Sengaja setiap Isnin hingga Khamis jam 10.00 malam hanya di Astro Ria dan Astro Ria HD untuk mengetahui kesudahan rumah tangga Syed Arif dan Farhah, serta kesudahan Katrina dan Armand.






[SINOPSIS] I Love You Stupid

Assalamualaikum..


Sinopsis Novel

KISAH KEMANUSIA YANG PENUH DENGAN KASIH SAYANG. Perjalanan hidup Iris mencari jawapan kepada rasa sepi dan tidak berpunya yang sering bertandang dalam hatinya.

Aku Iris The Diva. Pembunuh senyap lelaki tanpa bayang! I'm bad and I'm dangerous!

Aidan? My main course yang sangat menyelerakan!

"Saya nak Inspektor Iris digari dan dihukum kerana telah mencuri hati saya. Saya dah X-Ray tubuh Inspektor Iris, saya nampak hati saya berada dalam hati Inspektor Iris.. - AIDAN

Abang pedas? Eye Mo aku!

"Apalah sangat dengan saman yang setakat 300 ringgit tu? Lebih dari tu I boleh bayar. Berbaloi dapat love letter dengan hot guy ni. Hadsome dan pedasss!" - IRIS

"Kesalahan keempat, cuba menggoda polis. Kesalahan kelima, cuba menghina kerja polis. Kesalahan keenam cuba menghalang polis dari menjalankan tugas.."- ABANG PEDAS

Inspektor Ebrahim? My parfait, perfect!

"Sir! how could you, menggoda seorang gadis di bawa umur?" - IRIS

"Bukan di bawa umur, gadis di bawa sedar, di bawa pengaruh kurang cerdik!" - EBRAHIM

Firman? Yuckk! Mulutnya, Ya Rabbi! lebih pedas daripada segalanyan!

"Untuk bodygurd saya.. yang sangat macho, stylo... dan .... "

"Dan apa?" - FIRMAN

"Ermm, dan satu hari nanti dan apa, akan terjawap. So biarkan saja tempat kosong itu." - IRIS

Lara, Farina dan Violet, my divas. We're hot, sexy and naught. Bukan sembarangan lelaki boleh mendampingi kami dan kami juga tidak mendampingi sembarangan lelaki.

Kegembiraan aku dan divas tidak berpanjangan apabila berlaku satu peristiwa yang tidak dapat aku kupakan sampai bila-bila. Demi memenuhi hasrat terakhirnya, aku membawa misi yang besar dengan mengharung hidup di tempat asing yang mencabar.

"Anakku, di mana anakku. Saya sanggup buat apa saja asalkan anak saya dikembalikan... Tolong, saya merayu"

Semua yang berlaku mematangkan aku tentang kehidupan... Tentang Islam, agamaku.. Tentang rasa cinta yang sebenar-benarnya cinta...

"Selama ini saya merasa sepi dan tidak berpunya. Tiba-tiba saja rasa itu menghilang bila saya mula beristigfar..."

[SINOPSIS] Kau Yang Satu

Assalamualaikum..


Sinopsis Novel

Bot peribadi milik Datuk Mustaza telah karam dipukul ombak sewaktu dia keluar memancing di Laut China Selatan. Nasibnya baik, dia telah diselamatkan oleh seorang nelayan bernama Sulaiman. Datuk Mustaza berhutang budi dengan Sulaiman dan ingin menjodohkan anaknya Taufik bersama Salina anak Sulaiman.

Taufik tidak setuju dengan cadangan papanya kerana dia telah punya kekasih bernama Isabella, model terkenal tanah air. Manakala Salina pula telah mempunyai teman lelaki bernama Zulkifli, anak ketua kampung.

Namun segala impian mereka tidak tercapai. Masing-masing terpaksa akur dengan pilihan orang tua. Taufik menuduh papanya kolot kerana masih terikut-ikut cara orang lama mencari jodoh. Salina terpaksa putus dengan Zulkifli.

Bahagiakah perkahwinan Taufik dan Salina? Dapatkah mereka melayari bahtera bersama?

[SINOPSIS] Kerana Aku Suamimu

Assalamualaikum..


Sinopsis Novel 

Syurga seorang isteri... Adalah bersama suami.

"Zahra tak mahu kahwin dengan Abang Fitri!" - ZAHRA

"Dengan keadaan diri Zahra sekarang, siapa nak kan Zahra?!" - ENCIK ZAINAL

Kebahagian Zahra Aisya direntap dalam satu peristiwa yang tidak disangka. Biarpun menentang keras rancangan Encik Zainal, akhirnya Zahra terpaksa akur menikahi Muhammad Fitri untuk menutup perkara yang memaluka itu.

"Zahra benci dengan abang, tau tak?! Benci, benci sampai akhirat!" - ZAHRA

Selepas bergelar suami dan isteri, hubungan dingin antara Zahra dan Fitri mula menampakkan sinar bahagia apabila Fitri mula mengguyur api kebencian yang ada dalam jiwa si isteri.

"Zahra dah okey, abang pergi kerjalah." - ZAHRA

"Eh, suka hati abanglah nak pergi kerja atau tak." - FITRI

Namun pada saat hubungan Zahra dan Fitri mula hanyut dan larut dalam emosi, parut yang lama mula menjengah kembali. Hadirnya kembali Riyad menganggu kebahagian rumah tangga Zahra dan Fitri. Lipatan memori silam ketika Zahra bersama Riyad kini mula menghantui Fitri yang melihat Zahra semakin menerima dirinya sebagai sang suami, namun gusar apabila melihat Riyad mula menunjukkan belang diri.

Apabila Zahra mula diganggu oleh Riyad yang menagih semula cinta lamanya kembali, Shasha yang selama ini dianggap sebagai teman sejati oleh Zahra tanpa diduga menjadi duri. Hubungan terlarang dalam diam antara Shasha dan Riyad sedikit sebanyak telah menghantui kehidupan Fitri yang sebenarnya mengetahui yang Zahra sudah dikhianati oleh teman baik sendiri. Apakah yang terjadi kepada Zahra dan Fitri? Masih adakah rasa cinta Zahra terhadap Riyad yang menagih kembali si cinta hati.

Isnin, 21 Disember 2015

[SINOPSIS] Mencari Mr.Charming

Assalamualaikum..


Sinopsis Novel

Adakah lelaki romantik hanya wujud dalam dunia khayalan wanita?

Indah Lara aka Lara Alisya, seorang penulis novel cinta yang tak popular, tetapi mempunyai 'haters' yang tegar bernama Indah Water. Kehidupan Indah Lara huru-hara apabila dia kerap menerima e-mel kritikan daripada Indah Water yang boleh membunuh semangatnya untuk terus menulis.

Indah Water, individu misteri yang mempertikaikan setiap karya Indah Lara. Dia menyamoah sungguh dengan watak hero ciptaan Indah Lara yang terlampau kacak dan romantik. Katanya, Indah Lara tidak berpijak di bumi yang nyata. Lelaki sebegitu memang tidak wujud di dunia. Semuanya hanya khayalan.

Indah Lara rasa tercabar. Dia yakin lelaki kacak dan romantik memang wujud. Dia akan terus mencari prince charming dan akan buktikan kepada Indah Water bahawa dia boleh dapatkan lelaki yang romantik seperti yang digambarkan dalam novelnya. Sehingga dia bertemu dengan Sam, lelaki yang cukup sempurna di matanya. Lelaki yang membuatkan dia mengalami penyakit.. jatuh cinta pandang pertama!.

Tetapi, benarkah Sam itu prince charming yang dicari selama ini? Apakah kriteria prince charming? Dapatkah Indah Lara menjadi penulis yang berjaya?  Berjayakah dia berdepan dengan pembaca dan pengkritik yang cuba hendak menjatuhkannya? Dan yang paling penting.. siapakah Indah Water? Kenapa Indah Water membenci Indah Lara? Adakah Indah Water itu prince charming yang dicari?

[SINOPSIS] Awak Suka Saya Tak?

Assalamualaikum..

Sinopsis Novel

Kisah kasih sayang di antara Hilman Yong kacukan Korea-American-Cina dan Intan Zulaikha.

Mereka sangat berbeza tetapi perbezaan itulah mereka berjodoh. Malangnya, kesampaiankah jodoh mereka apabila Hilman Yong seorang yang baru mengenali Islam lebih mencintai Islam dari Intan Zulaikha yang sememangnya dilahirkan Islam dari keturunan lagi berselisih faham kerana ego seorang Intan.

Muncul pula Damien Yong yang sentiasa menyesakkan dada Intan Zulaikha dengan aksinya yang daring, sexy, nakal dan menggoda. Intan terpaksa bersabar dengan Damien semata-mata untuk mendapatkan semula Hilmannya... Seorang hamba Allah yang penuh kesabaran dan kesopanan.

Hilmanku... Sifuku.. Kekasihku.. Kembalilah..

"Saya tak pernah tinggalkan awak. Walaupun awak jauh, saya dapat melihat awak. Walaupun awak jauh, saya dapat merasakan kehadiran awak. Walaupun awak jauh, saya dapat mendengar awak. Saya sentiasa disisi awak. Awak sentiasa disisi saya, Di sini.." - HILMAN YONG

"Don't worry, i won't kiss you. Saya tak cium sembarangan gadis. Saya tak ada selera dengan gadis biadab dan sombong seperti awak, Cik Zulaikha... Saya nampak kehampaan di wajah awak. You really want me to kiss you. I can feel it. I can see it. From your eyes... your lips. Tetapi seperti saya cakap tadi. Saya tak selera dengan gadis biadab. Ciuman saya tak semurah itu. Hanya untuk gadis bertuah dan terpilh saja." - DAMIEN YONG

"Saya akui, saya gembira bersama Mr Damien... Saya tak boleh menyembunyikan perasaan saya.. Tetapi perasaan saya terhadap Mr.Damien seperti mana kita bersentuhan di malam itu. Boleh saling melihat, saling bersentuh, saling bercium.. tetapi hanya di dinding kaca.. ada batas dan sekatan. Yang tidak boleh dipecahkan.. walau cuba dipecahkan... pasti tidak akan cedera.. ditusuk atau dihiris.. itulah Islam. Yang menjaga maruah dan kesucian sesuatu hubungan. Hanya hubungan halal yang boleh melenyapkannya." - INTAN ZULAIKHA

Ahad, 20 Disember 2015

[SINOPSIS] Duda Terlajak Laris

Assalamualaikum..


Sinopsis Novel

Apakah perasaan anda saat disuruh bernikah ketika berumur 18 tahun dan kemudiannya menduda waktu usia perkahwinan baru menjangkau usia 2 tahun ?

Itulah yang terpaksa dihadapi oleh Zack biarpun dalam keadaan separuh relanya. Rela pula dengan pernikahan itu pun hanya kerana dia memikirkan air muka tok ayah, insan kesayangannya yang juga imam Masjid Batu Lima. Disebabkan sebiji mentol, hidupnya jadi huru-hara dek perangkap gadis genit bernama Pehah, adik angkat sahabatnya iaitu Bob.

"Dan saya harap walau jauh mana pun awak pergi, suatu hari nanti awak tetap akan cari dan kembali kepada saya,. Itu doa saya". - PEHAH

"Pehah, Pehah... Dunia ni bulat tau tak? Bulat. Tapi bulat macam mana pun, tak bermakna pusing-pusing aku akan jumpa kau juga. Ada ramai lagi perempuan dalam dunia ni yang boleh aku jumpa. Kau kasilah peluang dekat aku jumpa yang ala-ala Siti Nurhalizah ke, Izara Aishah ke, ni tak, kau nak juga aku jumpa kau lagi. Memang bad lucklah aku kalau begitu ceritanya. Aduhaiiii..." - ZACK

Adakah dia bad luck? Lapan tahun pun berlalu, tapi jangankan Siti Nurhalizah atau Izara Aishah, yang ala-ala itu pun Zack tak pernah jumpa. Phewww! Takkan dia dah terkena sumpahan Pehah? atau mungkin menjadi duda yang terlajak laris itu menjadi satu penghalang untuk Zack bertemu dengan pemilik tulang rusuknya yang sebelah lagi itu apabila hubungannya tidak pernah kekal sehingga ke jinjang pelamin?

"No, i am ok with that. Saya tak kisah pun sama ada awak ni duda atau teruna seab saya tak pernah letak syarat apa-apa pada calon suami saya. Dan kalau ada pun syaratnya cuma satu. Orangnya mesti awak. Takkan ada orang lain. Hanya Zafran Aldrin!" - IDAYU

Apakah kesudahannya kisah duda terlajak yang agak laris in? Akan diturutkan jugakah untuk menikahi Idayu atau sebaliknya?

Kata orang-orang tua, cakap tu biar berpijak di bumi nyata. Jangan bongkak sangat nanti terpaksa telan kata-kata sendiri. Kata-kata sendiri, boleh diterima lagi kalau terpaksa telan, tapi kalau terpaksa jilat ludah sendiri? Memang taklah!

[SINOPSIS] My Dear, Mr.Dimple

Assalamualaikum..


Sinopsis Novel

Umar Faliq. Kehadirannya secara kebetulan di majlis pertunangan versi terkejut antara Zarin Sofea dan Naim menjadi titik permulaan jodoh Umar Faliq bersama Sofea. Zarin Sofea tertipu dengan tindakan Puan Zahlia a.k.a Si Angry Bird yang merupakan majikannya. Naim, anak Si Angry Bird ini akhirnya ditunangkan dengan Umayrahdan bukannya Sofea.

"Awak sendiri pun masih belum boleh terima hakikat yang lelaki di dalam tu dah bertunang. Kalau awak tak boleh terima inikan pula ahli keluarga awak kan? Jadi... Alang-alang saya dah tolong awak tadi.. Apa kata, awak bagi saya teruskan?" - UMAR FALIQ

"Awak sedar tak apa yang awak cakap kan ni, Umar? Ini bukan perkara main-main, tahu? Ini melibatkan masa depan awak dan dah tentu-tentu masa depan saya. Awak sedia nak jadi tunang saya untuk selamatkan keadaan malam ni dan lepas kita bertunang, awak nak putuskan pulak? Macam tu?" - ZARIN SOFEA

Tidak cukup dengan majlis pertunangan, kontrak perkhidmatannya pula ditamatkan tanpa budi bicara. Sungguh, Sofea rasa lemah. Dia hilang Naim, dia hilang kerja. Dunianya dah jadi terbalik dan semua disebabkan oleh kebencian Si Angry Bird kepada Sofea.

Rentetan itu, bagaikan intuisi apabila Si Mr.Dimple yang misteri muncul dan sentiasa ada tatkala Sofea dilanda tertekan jiwa dan hati. Biarpun bicara sang jejaka tidak banyak, tapi senyuman dan lesung pipitnya bagai pelembut hati Sofea yang lara.

Apakah penamat teka-teki punca kebencian Puan Zahlia kepada Zarin Sofea? Lalu siapakah yang mampu memiliki cinta Zarin Sofea? Adakah masih punya harapan untuk Naim? Ataupun untuk Umar Faliq yang hadir bagaikan cinta hati teruna buat si dara.

[SINOPSIS] My Precious Iris

Assalamualaikum..


Sinopsis Novel

Kisah kehidupan yang penuh warna. Tanpa iman dan kasih sayang, jiwa manusia sangat menderita di dalam kolam hati. Seumpama perahu kertas yang belayar di lautan luas. Betapa rapuh dan lemahnya sehelai kertas menahan asakan dari gelombang. Manusia adalah apa yang mahu dipercayai dan apa yang dipercayai. Hanya berpegang kepada iman dan kasih sayang, adakah sinar cahaya yang ditemui Iris terus digenggamnya? Siapakah lelaki yang berjaya menakluki Iris? Mampukah hidup yang hanya berbekalkan kejujuran menghalang rama-rama Iris daripada terus terbang bebas? Ketika Iris menyedari, dia harus berjuang untuk hidup, maka bagaimanakah akhirnya seorang Iris?

"Kaya raya sampai langit ketujuh pun, saya tak hairan. Tak payahlah nak beritahu semua orang jutawan no satu di Malaysia, ada rumah persinggahan di seluruh dunia, francais beribu-ribu satu alam, harta berbillion, berpangkat Tengku, Tan Sri atau Tun sekali pun, kalau tak diescort dengan polis trafik, tak payah berlagak sangat. Itu maknanya tak cukup kaya dan tak cukup hebat, jangan nak bangga sangat dengan kekayaan boyfriend awak tu! A\Sebatang jarum pun tak boleh dibawa mati!" - FRIMAN

"I ada tiga cadangan nama baby. Cullan-Gaelic meaning sprit of God and handsome, Gavin-Welsh, a fierce and strong warrior. They're unique and yet go perfectly with the Irish last name. Tapi yang paling memukau nama Aidan dan Iris itu sendiri. Apa sahaja mengenai Iris sentiasa mengingatkan I ketika di Dublin, Ireland." -AIDAN

"You tak ada apa-apa perasaan kat I sebab you dah ada orang lain. Macam I tak kenal dengan rupa perempuan macam you. Tak pernah puas dengan seorang lelaki". - HARRIS

Aku diberi gelaran my precious.. Sejak awal pertemuan kami.. Dia cuma menyerdarkan aku dengan cara halus.. Aku sangat berharga sebagai seorang gadis maka aku harus menjaga penghargaan itu. - IRIS 

[SINOPSIS] Dia Segalanya

Assalamualaikum..




Sinopsis Novel

Suraya hadir ke dalam keluarga Faizul sebagai anak angkat. Sementelahan Datin Rafidah tidak dapat melahirkan anak selepas kelahiran kembar tidak seirasnya, Faizul dan Faizal. Datuk Rashid pula mencurahkan sepenuh kasih sayangnya kepada Suraya memandangkan beliau begitu kepingin anak perempuan dalam keluarganya. Begitu juga dengan Faizal. Dia amat menyayangi Suraya sebagai adik bongsunya.

Kecuali Faizul. Dia tidak dapat menerima kehadiran Suraya dalam keluarganya. Tidak pernah wujud kemesraan diantara dirinya dan Suraya hinggakan Suraya takut mendekatinya, apatah lagi berbual mesra dengannya. Hinggakan tangan Datuk Rashid naik ke pipinya semata-mata dia mengungkit asal-usul Suraya.

Suraya tidak faham mengapa Faizul megitu dingin dengannya. Tambahan pula lelaki itu tidak pernah memanggilnya dengan panggilan adik sepertimana yang selalu digunakan oleh ahli keluarga yang lain.

Tetapi ada sebab mengapa Faizul berkelakuan sedemikian. Demi mengekang perasaan sebenarnya terhadap Suraya, dia rela menyakiti hati gadis itu. Hanya Tuhan sahaja tahu apa yang tersimpan utuh jauh di sudut hatinya. Sesungguhnya Faizul menderita sendirian. Hinggalah rahsia tersebut pecah ke pengetahuan keluarganya.

Bagaimanakah penerimaan keluarganya terhadap rahsia tersebut ?

Kala hati begitu mencintai.... Semakin kupasti dia tidak mungkin kumiliki. Semakin kuingin terus menghampiri.. Semakin jauh di melangkah pergi..



Novel ini juga akan diadaptasikan dan sekarang ini sedang melakukan penggambaran. Hero dan heroin yang akan menjayakan watak dalam novel ini ialah Uqasha Senrose dan Talha Harith..









[SINOPSIS] Sha Dan Shah

Assalamualaikum..


Sinopsis Novel

Sahabat sejati, BFF. Itulah istilah yang paling sesuai untuk menyatakan hubungan yang terjalin antara Farisha aka Sha dan Fariz Ameerul aka Shah. Sejak kecil, mereka bersahabat baik. Sentiasa kelihatan bersama sehinggalah Shah mengambil keputusan melanjutkan pelajarannya keluar negara meninggalkan Sha yang sekadar mahu menuntut di dalam negara sahaja.

Kepulangan Shah ke tanah air setelah menamatkan pelajarannya dikejutkan dengan satu berita yang selama ini tidak pernah terlintas di benak fikiran dua sahabat ini. Mereka telah "dijodohkan". Perkara yang membuatkan Sha dan Shah 'blur' buat seketika. Namun, dalam hal ini Shah yang paling kalut. Walaupun dia menolak perancangan yang tidak masuk akal itu, mummynya tetap mengugutnya untuk menjodohkannya dengan gadis lain. Sedangkan Sha, mama dan papanya langsung tidak memaksa sekiranya perancangan mereka mendapat tentangan.

Disebabkan tidak mahu berkahwin dengan gadis yang tidak dikenali dan dianggap tidak sesuai dengan dirinya, Shah membuat perancangan gila! Mengajak Sha bersetuju sahaja dengan perancangan yang telah ditetapkan ibu bapa mereka sebelumnya. Itu sahaja jalan yang paling selamat. Berkahwin dengan sahabat baik sendiri. Pada mulanya perancangannya itu mendapat tentangan hebat daripada Sha yang menganggap keputusan Shah tidak boleh diterima akal. Namun disebabkan rasa simpati terhadap sahabat baiknya itu, Sha akhirnya bersetuju. Tetapi benarkah wujud perasaan simpati di dalam hati Sha ketika itu? Sanggupkah dia korbankan masa depan sendiri dengan mengahwini dengan lelaki yang tidak dicintai? Shah pula, waktu itu hanya satu benda sahaja yang bermain dalam kepalanya. Dia tidak mahu hidpnya terikat sekiranya berkahwin dengan perempuan yang tidak faham akan kehendak dan perangainya yang suka sangat berkawan dengan kaum hawa.

Bagaimanakah kehidupan mereka setelah berumah tangga? Adakah mereka hidup sama seperti pasangan-pasangan yang sudah berkahwin? Adakah Sha mampu bertahan dengan sikap suami sendiri yang suka sangat timbulkan gosip liar dengan wanita lain di luar? Shah pula tegakah dia menduakan isteri yang merangkap sahabat baiknya sendiri? 


Novel Sha dan Shah ini akan diadaptasikan ke drama di Astro Ria yang bersiaran pada setiap Isnin - Khamis jam 10.00 Malam. Mengandingkan hero dan heroinnya ialah Kamal Adli dan Syatillah Melvin. Turut membantu ialah Azwan Kombos, Nina Iskandar, Shima Anuar dan ramai lagi.