Ahad, 17 Februari 2019

Hutang


Assalamualikum & hi!

Lamanya tak bertaip dalam blog, lama menyepi dalam dunia “blogger” sebabnya sibuk dengan sambung belajar. Walaupun umur dah masuk 20an tapi gaya penulisan dengan Bahasa dalam blog ni tetap macam budak-budak bawah 17 tahun. Dan mungkin untuk new entry semunya akan kepada kebudak-budakan yang tak matang. Harap terimalah walaupun memang tak aka nada yang baca pun.
Berbalik kepada tajuk entry kita hari ini, pasal hutang. Rasanya semua orang pernah berhutang & ada penghutang mungkin kalau yang dah kerja berhutang dalam beli kereta, rumah & lain-lain. Tapi untuk pelajar yang macam aku sekarang ni, berhutang dari kawan sebab duit tak cukup dan penghutang pulak dari kawan jugak sebab duit tak cukup.

Sekarang ni nak cerita pengalam sendiri dari berhutang dan juga dari penghutang. Cerita dia macam ni, biasalah kan kalau pelajar tu masalah utamanya mestilah berkaitan duit, tak kisahlah dari yang ada ambil ptptn atau mak ayah bagi duit. Selalunya pelajar ni kalau ada duit je mesti tak berkira dan suka belanja sampailah duit pokai. Bagi aku, kalau aku ada duit, dan kawan aku nak pinjam duit sebab duit tak cukup untuk makan atau apa-apa lah, aku akan bagi dan selalunya aku takkan mintak duit kat kawan aku sampailah dia sendiri yang ingat kerana aku paling tak suka meminta walaupun aku ada hak untuk aku mintak balik duit aku. Masalahnya sekarang ni, bila aku dah selalu sangat buat tak tahu je bab-bab kawan aku pinjam duit membuatkan kawan-kawan atau orang yang pernah berhutang dengan aku buat perkara ni sebagai tabiat mereka kalau tak ada duit boleh guna duit aku. Kalau aku ada duit memang aku tak kisah dan berkira masalahnya sekarang ni aku sangat-sangatlah memerlukan duit aku untuk aku survive makan, minum, beli buku, trip kelas & belanja yang penting.

Aku ni peminjam ptptn dan semua duit ptptn yang aku dapat memang aku gunakan sebaik mungkin untuk aku belanja sepanjang sem dekat sini. Orang mungkin Nampak aku macam ada duit sebab aku tak pernah merungut pasal duit, pada masa sama kawan aku yang ada ambil ptptn selalu merungut sebab tak ada duit dan selalu pinjam duit kawan-kawan yang ada, tapi aku berbeza. Benda buatkan kawan-kawan aku yang pernah berhutang dengan aku rasa kalau dia berhutang dengan aku, aku mesti takkan tuntut sebabnya aku ada duit tapi sebenarnya akulah budak yang paling tak ada duit, nak harapkan duit mak abah, memang bukan aku untuk mintak mereka duit sebabnya aku tau, mereka pun taka da duit, kalau aku mintak semestinya mak abah mesti bagi sebab anak dia mintak dan mereka akan lebih rela sakit dari anak dia sakit tapi sebab aku tahu dia sakit, aku takkan minta mereka duit. Walhal, kawan-kawan aku yang lain, yang hutang aku, setiap minggu kot mintak mak ayah merka duit benja tapi tetap tak nak bayar duit aku.
Selama ni aku pendam semua masalah dalam hati sebabnya kalau aku luahkan pun memang tak aka nada sesiapa akan layan, dengar, nasihat dan bagi kata-kata semangat untuk aku, tapi kali ni aku betul-betul sakit dengan masalah aku sendiri dan tak boleh pendam sendiri lagi, biarlah dari blog ni aku dapat lepaskan semua masalah aku pendam kat sini. Nasiblah ada orang atau taka da yang nak dengar dan faham aku.
Terima kasih sebab baca.
Gaya menulisan aku memang tak pernah betul dan isi aku pun terabur teruk. Jadi mungkin dekat sini, aku boleh betulkan susunan ayat dan isi aku jadi lebih baik dan teratur..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan