Sabtu, 18 April 2015

[BIODATA] Nadzmi Adhwa

Assalamualaikum..

Siapa kenal Nadzmi Adhwa?? tak kenal?, Siapa peminat drama Hati Perempuan? kenal Tengku Zaqif atau pun Angah, ala yang rambut kerinting tu & watak Tengku Zaqif yang kaki perempuan tu.. Mesti Kenal kan.. 

Nama Nadzmi Adhwa semakin dikenali apabila drama Hati perempuan ditayangkan di Slot Akasia TV3, semakin hari semakin meningkat follower di twitter, instagram & lama sosial kerana dengan sifatnya yang suka layan & rajin retweet di twitter serta rajin mengupload gambar / video belakang tabir drama Hati Perempuan yang membuatkan ramai peminat drama Hati Perempuan teruja dengan aktiviti belakang tabir yang mereka lakukan yang penonton tidak tahu. Disebabkan itu nama Nadzmi Adhwa semakin dikenali serta dengan penampilannya yang mengekalkan rambut keringitingnya sebagai trademark..

Jom kita kenal siapa Nadzmi Adhwa


Nama Penuh : Nadzmi Adhwa bin Nor Adzmi

Nama Komersial :  Nadzmi Adhwa 

Tarikh Lahir : 6 November 1992

Umur :  24 Tahun (2016) 

Adik Beradik :  Anak ke 2 daripada 4 beradik (Semuanya Lelaki)

Asal : Kuala Lumpur

 Pendidikan : Penuntut UITM Puncak Alam jurusan Ijazah Sarjana Muda Rekaan Grafik dan Multimedia

Pekerjaan : Pelakon dan Model 

Drama / Telefilem : Tol Gate Asmara, Langit Cinta, Jalan Taubat, Hati Perempuan 


Kelab Peminat : Adhwa Rizado





semua gambar ni daripada twitter & Instagram Nadzmi Adhwa..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan