Khamis, 26 Mac 2015

Tonight Is Da Night - Teman Lelaki Upahan

Assalamualaikum!

Tonight Is Da Night! malam ni (26.3.2015) episod akhir Teman Lelaki Upahan.. Tak sangka malam ni dah episod akhir Teman Lelaki Upahan.. Mesti rindu giler dengan perangai Ezwan Luthfi (EL) & Kyra Lydia , lagi-lagi dengan perangai EL yang banyak cakap tu tapi minggu akhir ni perangai EL dah tak macam EL masa episod satu, hanya sebab dendam dan marah dengan Kyra, EL dah jadi garang, x suka senyum dan buat lawak.. Kyra pulak dari seorang yang garang & tak suka senyum, serius cakap masa awal-awal episod memang menyampah sangat dengan perangai Kyra, poyo giler tapi lepas Kyra dah pakai tudung, i love you Kyra! sangat manis dan baik..

#Throwback
Teman Lelaki Upahan mula bersiaran pada 9.2.2015 selepas menggantikan drama Istikharah Cinta. Drama ini mempunyai 28 episod semuanya. Antara pelakon hebat yang memegang watak dalam drama Teman Lelaki Upahan ialah Ungku Ismail Aziz, Elizad, Izara Aishah, Wan Raja, Shah Iskandar, Fikhree Bakar, Siti Nur Zakiah, Sharifah Alesha, Fazlina Ahmad Daud, Azhan Rani, Dian P.Ramlee dan ramai lagi. Arahan Azma Aizaal Yusoof. Terbitan Karya Seni / Primeworks Studio

Sinopsis Teman Lelaki Upahan
Disebabkan ingin memastikan perniagaan ayahnya menjadi miliknya, Kyra perlu berkahwin sebelum semua harta ayahnya diserahkan kepadanya. Malangnya, teman lelaki Kyra memutuskan perhubungan disaat akhir. Disebabkan terdesak, Kyra mengupah EL menjadi teman lelakinya walaupun dari awal lagi mereka sering bertikam lidah. Kyra Lydia juga berdendam pada ayahnya kerana baginya ayahnya punca ibu meninggalkannya. Walaupun EL mempunyai masalah dengan Kyra, EL mahu membantu Kyra untuk mengenal erti kekeluargaan.












Adakah ini kesudahan Teman Lelaki Upahan






sambil tu, kita layan lagu-lagu OST Teman Lelaki Upahan

 
 Rahsia - Ippo Hafiz


 
Hujan Sepi - Ippo Hafiz


 
 Sempurna Waktu - Ir Radzi

 Angin Kencang - Noh Hujan


Sampai Bila-Bila -Trisixty


p/s : semua gambar daripada ihsan En Goggle & gambar akhir daripada "Siti Nur Zakiah" yang memegang watak sebagai Najwa, isteri Haidar








Tiada ulasan:

Catat Ulasan