Sabtu, 16 Julai 2016

[SINOPSIS] Milik Engkau Saja



Sinopsis Novel

Darlina si gadis 'forever alone' sudah bertahun-tahun hidup terasing di bumi sendiri. Kenapa? sebab dulu dia pernah buat gempar satu Malaysia dengan perangai tak senonoh yang sangat memalukan. Kesannya? Dia dibuang keluarga, dipinggir ramai kawan, hilang privasi, dan masa depannya dah confirmed gelap!.

Namun pertemuan tak sengaja bersama seorang pemuda bernama Izz Ariff di pet shop tempatnya berkerja membuatkan Darlina terpegun. Lelaki hensem, maco, gagah perkasa tapi boleh menangis sebab seekor kucing? Oh my, lembutnya hati!

"Please, please do something untuk selamatkan dia..." - Izz Ariff

"Encik, I bukan veterinarian. I memang tak boleh tolong you.." - Darlina

Dalam pada tak boleh tolong, akhirnya Darlina tertolong juga. Dan permulaan itu memutikkan keintiman yang ternyata berjaya mengubah jalan hidupnya. Sedikit demi sedikit sinar kebahagian mula menjengah ke hati. Tapi dari gelaran best friend, kini Izz Ariff menuntut sesuatu yang lebih istimewa. Nak jadi boyfriend pulak! Alahai, apa dia nak buat kalau Izz Arif si 'putera' tampan yang super caring sudaj sekian lama menjadi milik si puteri kayangan? Layak ke dia yang serba serbi hina ini nak bersaing merebut kasih?

Walaupun bahagia dengan kehadiran Izz Ariff, jiwa Darlina masih bergolak hebat. Selagi mama dan papa tidak mengampunkan dosanya, selagi itulah dada sesak mengatur nafas. Takkanlah sampai ke akhir hayat dia nak hidup dengan award 'Anak Paling Memalukan'? Dia tak nak! Tapi macam mana dia ingin memohon ampun dan maaf kalau muka dia pun mama dan papa tak sudi nak pandang?

Pening kepala dengan masalah keluarga satu hal, kesabaran Darlina diuji pula dengan perangai si 'madu tak jadi' yang asyik mencari fasal. Gadis bernama Irdina itu memegang dendam dan sering mencari peluang untuk menyakiti perasaannya. Penat sungguh apabila diuji dari satu ujian ke satu ujian.

Dan di akhir cerita, mampukah Darlina yang popular dengan jolokan 'Darlina Newcastle' hidup bahagia semula? Atau di perlu kembali bersembunyi dan meratap kesal sampai ke hari tua?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan