Selasa, 28 Jun 2016

[SINOPSIS] Ketupat Palas Mr Handsome

Assalamualaikum..



Sinopsis

Kruz berasal daripada keluarga berada. Dia telah memenangi pertandingan Mr.Handsome yang dianjurkan oleh satu majalah ternama. Namun apa yang tidak diketahinya adalah sebagai pemenang, dia perlu melaksanakan kerja-kerja kemasyarakatan di sebuah kampung yang terpencil sepanjang bulan ramadan. Di hadapan kamera, dia akan berlakon mengerjakan tugasnya, namun dibelakang kamera dia menyuruh pembantunya, Jintan Manis melakukan tugasnya. Kemudian, dia bertemu dengan Ayu dan jatuh hati kepadanya. Ayu tidak seperti bekas kekasihnya kerana Ayu pintar, sopan dan cantik luar dan dalam. Secara perlahan-lahan, Kruz berubah menjadi lebih baik. Namun, kerana salah faham, Ayu memikirkan Kruz hanya ingin memainkan perasaannya sahaja.

Drama ini telah pun ditayangkan di Slot Lestary TV3 bermula 23 Jun 2016 dengan keseluruhan 13 episod yang menggandingkan Fattah Amin bersama Mira Filzah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan