Isnin, 29 Februari 2016

[SINOPSIS NOVEL] Bimbo

Assalamualaikum..




Sinopsis Novel

Dalam hidup Elsuraya, hanya seorang lelaki yang dinantikannya. Bukan bakal kekasih, jauh sekali bakal suami. Tetapi, seorang lelaki yang menyebabkan nyawa keluarganya diragut kejam. Dia ralat kerana tidak dapat bersama dengan keluarganya dan memegang status anak yatim piatu kerana lelaki itu. Siapakah lelaki itu sebenarnya? Azad? ye ke?

"Astalavista loozzer! With double o and double z".

Adakah kerana kata-kata yang dilontarkan betahun dulu membuatkan jiwanya sentiasa parah dan terluka? Ingin sungguh dia bertemu dengan empunya suara pelik itu agar dendamnya terlunas.

Perkenalan Elsuraya dan Dani Ikram membuahkan bibit-bibit cinta. SMS menjadi titik awal hubungan yang indah itu.

Dah gugel douchebag. Kejamnya. Do i deserve that? - Dani Ikram

Do i deserve bimbo? - Elsuraya

Tanpa disangka... Azad yang dibenci ialah sahabat baik Dani Ikram. Dan Azad pula... tidak sanggup memberitahu Elsuraya perkara sebenar kerana sayangkan persahabatannya dengan Dani Ikram. Dia rela dituduh 'pembunuh' walaupun hakikatnya insan lain yang menyebabkan tragedi hitam itu berlaku. Sementelah, hatinya sudah jatuh sayang pada Elsuraya. Dia tidak sanggup melihat sahabat baiknya dan wanita yang mula mengetuk pintu hatinya mennderita.

Keadaan semakin rumit bila keluarga cuma menjodohkan Elsuraya dan Azad. Apatah lagi mereka sangat rapat dengan arwah ibu dan bapa Elsuraya. Serasa mereka bertanggungjawab untuk menjaga dan melindingi Elsuraya.

"Su tak nak!Su benci Azad. Apa auntie merepek ni? Su takkan bertunang dengan dia. - Elsuraya

"Su cuba tengok lagi jauh. Umur Su makin meningkat. Su perlukan orang untuk jaga Su. Keluarga Azad cukup baik dan mampu jaga Su macam anak sendiri dan Azad sendiri tak kurang apa pun. Lainlah kalau Su ada calon lain. Auntie takkan paksa." - Puan Rosanna

Namun, Dani Ikram lebih pantas mendahului. Elsuraya cepat-cepat diikat agar tidak terlepas ditangan Azad. Azad pula tarik diri demi kebahagian Dani Ikram dan Elsuraya.

Saat hubungan sedang mekar, sebuah kebenaran terbongkar! Ayat 'astalavista loozzer... with double o and double z' yang diungkapkan Dani Ikram ketika mereka outstation di Seoul, Korea membuka mata Elsuraya. Ayat itu! ayat yang membuatkan kedua-dua orang tuanya maut dalam kemalangan jalan raya.

"All along. It is you. All along. It is a lie." - Elsuraya

"Listen" - Dani Ikram

"Truth.. that night, it was you! You were the one." - Elsuraya

Hati Elsuraya mula berbelah bahagi. Cintanya pada Dani Ikram dan dendamnya pada Dani Ikram. Dapatkah dia memaafkan lelaki itu sedangkan dendamnya masih membara? Dapatkah dia reda dengan ketentan ilahi sekiranya lelaki itulah jodoh untuknya yang telah tertulis di lohmahfuz? Kuatkah dia berperang dengan perasaan sendiri ? Semuanya bakal terjawap dalam Novel Bimbo ini.

"Miss Bimbo vs Mister Douchebag."

"Fantasi vs Realiti"

Jangan lupa untuk menyaksikan episod pertama AKU BUKAN BIMBO pada 29.2.2016 ini jam 10.00 malam hanya di Astro Ria dan Astro Ria HD.

Saksikan lakonan mantap Shaheizy Sam, Nadiya Nisa, Zahiril Adzim dan ramai lagi dalam adaptasi Novel Bimbo ke drama Aku Bukan Bimbo..





Tiada ulasan:

Catat Ulasan