Khamis, 18 September 2014

[PANDANGAN] Rindu Awak 200%

Assalamualaikum!!!

Fuhh!! lama betul tak update entri baru,tp nak buat macam mana dah nama pun pelajar mestilah sentiasa sibuk dengan kelas,event & etc..


Sebenarnya nak cerita,masa semua orang tengah sibuk teruja nak tengok episod akhir RA200 (Rindu Awak200) hari tu,muka saya ni x ada teruja mana pun tapi lepas dah habis drama tu baru sibuk nak tengok drama ni (so propa kan).. Minat nak tengok pun sebab...

Seorang kawan kelas tu dia suruh lah 'longin' tonton sebab nak tengok episod akhir,jadi saya layan je dan pada masa tulah saya pun tengok drama tu,terus suka tapi sebelum tu my sister ada jugak suruh tengok sebab dia cakap drama ni sangat best sebab pelakonnya semua belakon memang menjadi dan watak yang dilakonkan hidup sangat-sangat sampaikan my sister sanggup rekodkan drama ni nak bagi saya tengok betapa bestnya drama ni..

Tapi tetap tak jalan sebab jarang balik rumah,jadi memang tak sempat kalau nak tengok semua cerita yang ddh rekod. My sister dah suka sangat drama ni sampailah dia sanggup beli novel ni sebab dia nak tau sangat akhir drama ni,jadi sebabkan nak tengok drama ni tapi tak ada masa terpaksalah baca jugak novel tu sebab nak tau sangat best ke tak drama ni,baca memang best & seronok tapi tetap jugak nak tengok drama ni sampailah dah episod terakhir tak pernah langsung tengok  satu pun episod penuh tapi pernahlah tengok drama ni tapi skip-skip je tetap tak faham jalan cerita..

Tulah lepas je dapat tengok episod akhir kat tonton terus search kat google nk download simpan kat laptop.Akhirnya dpaat judak download semua episod setelah bermacam rintangan dan dugaan sepanjang nak download tu. Lebih kurang 2 minggu jugaklah nak habiskan 28 episod dengan jaduh kelas lagi,apa yang saya buat lepas habis kelas je tengok drama ni sampailah tertido (part ni mmg x boleh blah) sebab kalau balik kelas mata memang ngantuk dan tido tapi disebabkan drama ni gagahkan jugak mata nak tengok..

Masa mula-mula tengok tu ok lah tak ada moos teruja lagi tapi bilah dah mula si Zill tu kawin dengan Armel dah mula seronok dan memang buat orang tertunggu-tunggu nak tengok episod yang seterusnya.Apa yang boleh saya cakap sepanjang tengok drama ni kita mesti akan senyum,marah,sedih dan semua perasaan akan ada bila tengok drama,yang penting banyak jugaklah part yang buat kita senyum sorang-sorang kaalau kita tengok sambil dengar pakai earphone.

Apa yang boleh saya cakap drama ni memang drama yang terbaik yang pernah saya tengok sepanjang 2014 ini kerana pelakon yang sangat pandai menghidupkan watak dalam novel,jika peminat novel tahu novel ni merupakan salah satu jalan cerita yang kita boleh reka mengikut imaginasi kita dan drama ni memang boleh menghasilkan drama adaptasi yang sangat saya berpuas hati,apa yang boleh saya cakap CREATIVE SKILL PRODUCTION sangat pandai memilih pelakon.

Dulu serius saya cakap saya tak suka kalau Zul kalau berlakon mungkin sebab dulu kalau Zul berlakon dia rambut panjang,memang tak suka tapi lakonan Zul dari dulu memang bagus cuma mungkin sebab dulu dia orang tak nampak bakat lakonan dia sampailah dia berjaya bawa watak ZILL FAEZRUL. Sekarang ni semua orang dah dapat tengok bakat lakonan Zul sampailah dia mandapat banyak sokongan dari peminat.

Disebabkan RA200,nama Ayda selalu disebut-sebut dan ini menunjukkan watak ARMEL memang berkesan pada semua penonton.Ingat lagi dulu masa Ayda kat Af,Ayda memang cantik tapi jenis lagu je yang banyak tak sesuai dengan ton suara Ayda time tu. Saya tau jugak masa Ayda accident. Apa yang boleh saya cakap Ayda banyak mengharungi cabaran untuk orang/peminat kenal Ayda Jebat sekarang,rasanya dulu Ayda banyak jugaklah kena kritik masa dalam Af. tulah orang cakap tauh ayam nampak di kaki,tuah manusia kita tak tahu.rasanya sebab drama tu banyak orang nak amik Ayda berlakon dh sekarang ni..

Fuhh!! terpanjang pulak buat pandangan pasal drama ni,apa yang boleh saya cakap mengenai keseluruhan drama ni.. Drama ni betul-betul buat smeua watak hidup dan tak sangka yang novel RA200 mampu menghasilkan drama yang sangat TERBAIK bagi saya!.. TAHNIAH kepada semua semua yang terlibat dengan drama ni & anda semua memang yang terbaik!!!!!!!!!!!

Apa lagi kita layanlah gambar-gambar dari RINDU AWAK 200%



 
 

 

 

 

 
 

 

 

 


 
 

 






p/s: RINDU TAHAP 200% dengan cerita ni ke???

Tiada ulasan:

Catat Ulasan