Sabtu, 16 Julai 2016

[SINOPSIS] Milik Engkau Saja



Sinopsis Novel

Darlina si gadis 'forever alone' sudah bertahun-tahun hidup terasing di bumi sendiri. Kenapa? sebab dulu dia pernah buat gempar satu Malaysia dengan perangai tak senonoh yang sangat memalukan. Kesannya? Dia dibuang keluarga, dipinggir ramai kawan, hilang privasi, dan masa depannya dah confirmed gelap!.

Namun pertemuan tak sengaja bersama seorang pemuda bernama Izz Ariff di pet shop tempatnya berkerja membuatkan Darlina terpegun. Lelaki hensem, maco, gagah perkasa tapi boleh menangis sebab seekor kucing? Oh my, lembutnya hati!

"Please, please do something untuk selamatkan dia..." - Izz Ariff

"Encik, I bukan veterinarian. I memang tak boleh tolong you.." - Darlina

Dalam pada tak boleh tolong, akhirnya Darlina tertolong juga. Dan permulaan itu memutikkan keintiman yang ternyata berjaya mengubah jalan hidupnya. Sedikit demi sedikit sinar kebahagian mula menjengah ke hati. Tapi dari gelaran best friend, kini Izz Ariff menuntut sesuatu yang lebih istimewa. Nak jadi boyfriend pulak! Alahai, apa dia nak buat kalau Izz Arif si 'putera' tampan yang super caring sudaj sekian lama menjadi milik si puteri kayangan? Layak ke dia yang serba serbi hina ini nak bersaing merebut kasih?

Walaupun bahagia dengan kehadiran Izz Ariff, jiwa Darlina masih bergolak hebat. Selagi mama dan papa tidak mengampunkan dosanya, selagi itulah dada sesak mengatur nafas. Takkanlah sampai ke akhir hayat dia nak hidup dengan award 'Anak Paling Memalukan'? Dia tak nak! Tapi macam mana dia ingin memohon ampun dan maaf kalau muka dia pun mama dan papa tak sudi nak pandang?

Pening kepala dengan masalah keluarga satu hal, kesabaran Darlina diuji pula dengan perangai si 'madu tak jadi' yang asyik mencari fasal. Gadis bernama Irdina itu memegang dendam dan sering mencari peluang untuk menyakiti perasaannya. Penat sungguh apabila diuji dari satu ujian ke satu ujian.

Dan di akhir cerita, mampukah Darlina yang popular dengan jolokan 'Darlina Newcastle' hidup bahagia semula? Atau di perlu kembali bersembunyi dan meratap kesal sampai ke hari tua?

Jumaat, 15 Julai 2016

[SINOPSIS] Isteri Tuan Ihsan

Assalamualaikum..


Sinopsis Novel

Cinta tidak kenal siapa.... Kalau cinta itu kenal siapa mangsanya, tidak mungkin diva sengal ini jatuh cinta dengan pakcik tua!

Seroja Irdina, si gadis peminat k-pop. Hidupnya tampak mudah. Siang dia pelajar universiti. Malam.. dialah diva berkasut tumit tinggi 6 inci. Berbusana moden bak artis Hollywood dan bertas tangan berjenama. Bergaya dan dunianya penuh warna-warni. Namun, tiada siapa yang tahu perang di jiwanya.

Tuan Ihsan, si kaya-raya yang terlajak usia. Hidupnya bergelumang dengan kisah lama yang penuh duka. Duka itu akhirnya menjadi kepompong menyaluti diri, menghindar hati untuk jatuh cinta lagi. Dunianya hanya ada warna hitam dan putih. Putih untuk, YA. Hitam untuk, TIDAK. Harta dan kejayaan yang dimiliki, malangnya tidak mampu menafikan jiwanya.

Sekeping wasiat dan satu amanah menjadi titik pertumuan antara dua insan yang berbeza...

"Sentuh sikit pun nak marah.. atau, you takut tergoda?" - Seroja Irdina

""Excuse me? You called that godaan? Don't flatter yourself missy!" - Tuan Ihsan

Apabila dua dunia bertembung, mampukah si diva sengal semarakkan warna-warni cinta ke atas kanvas hitamdan putih hati si pak cik tua?

"You ingat I tak berani nak lawan cakap you,eh? Oh! You silap besar!" - Seroja Irdina

"We'll see. You lawanlah cakap I. Kita tengok apa akan jadi. Mungkin you benar-benar nak tahu apa yang I boleh buat. kan?" - Tuan Ihsan

Mampukah satu persoalan mudah dijawab si pak cik tua kalau maruah seorang Seroja perlu dibela?

"Seroja, dengar sini. You lebih dari semua itu. You're very special and dear to me, but.." - Tuan Ihsan

""Tapi, tapi apa? Jujur dengan I.. You sayang I, tak? You cinta I, tak? You nak kawin dengan I, tak?" - Seroja Irdina

Dan dapatkah Seroja Irdina mendakap jawatan idaman menjadi hak milik kekalnya?


Novel ini akan diadaptasikan dan sekarang masih menjalani pengambaran. Bersama gandingan baru Amyra Rosli dan Aaron Aziz..