Rabu, 11 Mei 2016

[SINOPSIS NOVEL] Assalamualaikum Cinta

Assalamualaikum..

Sinopsis Novel

Kerana pertaruhan semangkuk cendol, Azrif dengan Rykal memulakan misi mereka untuk memikat gadis bernama Emma dan Nia yang dikenali dengan tidak sengaja. Kemuncak misi mereka adalah, mana-mana gadis yang akan sebut ' I Love You' dulu kepada mereka, dia yang akan memenangi pertaruhan itu.

Bagi Emma, sejak dulu lagi dia anti dengan lelaki kaya. Pada fikirannya, lelaki kaya adalah jenis yang suka berlagak dan menggunakan kekayaan mereka untuk mempermainkan perasaan perempuan. Contoh yang terdekat ialah abang iparnya bernama Daniel yang selalu berkasar dengan kakaknya, Natasya.

Perkenalan dengan tidak sengaja bersama Azrif Iqbal seakan membawanya ke dalam mimpi ngeri. Dia tidak suka dengan sikap lelaki tersebut yang suka memaksa untuk menerimanya sebagai kawan.

"Aku rasa baik kau bawa bunga ni bagi kat girlfriend kau.. Sepatutnya kau bagi kat dia. bukannya kat aku" - Emma Harlini.

"Aku pelik.. kenapa susah sangat kau nak terima, eh? Aku bukan suruh kau bayar pun!" - Azrif Iqbal.

Untuk Nia pula, perkenalan dengan Rykal kerana berebutkan parking kereta membawa satu perubahan dalam hidupnya. Lagi-lagi ayahnya amat tegas dalam mengawal kebebasannya untuk berkawan dengan lelaki.

"Parking tu kau punya ke? Setahu aku tak ada pula tulis nama siap-siapa kat situ? - Rykal Safuan.

"Sahlah yang ni jenis tak ada budi bahasa. Tadi kau cilok aku punya parking. Sekarang dengan muka tak bersalah pula langgar mak aku. Dahlah langsung tak reti nak minta maaf... Bro, muka handsome, kereta sikit punya gah tapi otak kau tu out tak guna, bro... Confirm diharamkan jadi menantu kalau pesen perangai macam ni!" - Nia Sakinah.

Walaupun dihambur dengan pelbagai kata amaran, Azrif dan Rykal tetap gigih dengan misi mereka. Emma dan Nia yang pada mulanyatidak berapa suka dengan semua itu, akhirnya menyedari yang sebenarnya hati mereka telah mula terpaut suka pada Azrif dan juga Rykal.

Dek terlalu teruja dengan misi mereka yang sudah berjaya, akhirnya misi mereka kantoi juga pada malam yang sama. Saat itu, serta merta Emma dan Nia memutuskan untuk tidak berjumpa dengan mereka berdua lagi.

"Awak ingat saya ni barang permainan ke?Barang ke? Suka hati awak aje nak buat pertaruhan?! Saya memang tak sangka, orang yang saya betul-betul ikhlas sayang dan cinta dia rupa-rupanya ada tujuan lain." - Emma Harlini.

"Nasib baik negara ni ada undang-undang.. Kalau tak, isy, aku pun tak tahulah nak cakap macam mana.. mahu aje aku sembelih sekor-sekor." - Nia Sakinah.

Kettika itu Azrif dan Rykal mula susah hati. Hidup mereka sudah serba-serbi tak kena. Mereka berdua sedar yang misi mereka itu sebenarnya mereka sudah mula  jatuh cinta  pada Emma dan juga Nia. Namun ketika itu semuanya seakan sudah terlambat, nenek mereka berdua telah membuat keputusan mengejut untuk menunangkan mereka berdua dengan calon pilihan sendiri.

Jadi, apa yang terjadi pada Azrif dan Rykal seterusnya? Adakah mereka berdua berjaya dengan cinta mereka itu? Dan bagaimana pula dengan majlis pertunangan mengejut itu?

Saksikan drama adaptasi ini di Astri Ria dan Astro Ria HD setiap Isnin hingga Khamis jam 10.00 malam hingga 11.00 malam.

Adaptasi ke drama yang akan mengandingkan Saharul Ridzwan bersama Ayda Jebat, Kamal Adli bersama Emma Maembong.







Sabtu, 7 Mei 2016

[SINOPSIS NOVEL] Pencuri Hati VS Penembak Cinta

Assalamualaikum..


Sinopsis Novel

I want a girl with a short skirt,
and long .... long jacket..

Kenapa Gun kata lirik lagu ni memang kena dengan Maira? Ah.. Bagi Maira, Gun ni hanya tahu menembak saja. Menembak dengan kata-kata yang menyakitkan, menembak dengan pandangan mata... dan mampu juga menembak hingga menusuk ke dalam hati Maira sehingga Maira dapat rasakan... sesuatu!

"Kau pernah pakai tudung tak? Umi cakap, rambut perempuan tu aurat. Kenapa kau tak pakai? You must look so beautiful when you wear the scarf. I can imagine that. Mesti kau nampak cute gila kan?"

Maira semakin gelisah apabila ada satu rasa yang dia sendiri tidak pasti apabila bersama dengan Gun, lelaki yang dulunya digelarkan sebagai Mr.Naughty. Tapi bagai mana dengan tunangnya, Fatah? Mr.Handsome yang selama ini Maira rasa paling handsome, paling romantik dan mempunyai senyuman yang laing menawan itu? Ohh.. macam tak sesuai aje! Baginya, Fatah tetap segala-galanya. Gun hanyalah sesuatu yang belum pasti.

Adakah Gun telah berjaya membuatkan hati Maira berubah arah? Adakah hati Gun juga berjaya ditawan  oleh Maira, seorang gadis yang penuh persona dan sentiasa dapat memikat mana-mana lelaki yang memandangnya? Dan adakah Fatah akan menerima semua itu dengan hati yang terbuka tanpa mahu mempertahankan cintanya terhadap Maira?

"It's true, my lovely hubby. You are the most handsome guy that I have ever meet. Mata yang memukau pandangan. Hidung yang macho. Bibir yang tersangatlah seksi. Dan janggut kambing yang very interesting."

[SINOPSIS NOVEL] Pencuri Cinta Kelas Satu

Assalamualaikum..


Sinopsis Novel

Bagi Aisya Humairah, menjaga bayi sendirian selepas abang dan kakak iparnya berhijrah ke Dubai adalah perkara senang.

Pada dia, menjadi ibu sebelum masanya langsung tidak mendatangkan masalah apabila mommy dan daddynya ada membantu. Dan, langsung dia tidak menduga, menjaga si kecil yang kerinduan ibu dan bapanya bukan sesenang yang disangka. Oleh itu, dia perlu mencari pakcik kepada anak buahnya itu. Tapi siapa? Zulfa, si cinta pertamanya menolak. Nak bina kerjaya katanya!.

Bagi Amar Firzal, mencari isteri bukanlah satu kepentingan. Pada dia, mempunyai kerja yang stabil dan rumah sendiri merupakan satu kejayaan. Dan, langsung tidak menyangka, ibunya juga terpengaruh dengan tipikal ibu di dalam drama yang suka menggesanya agar cepat-cepat menikah.

Alasan demi alasan yang diberi hanya menjadi halwa telinga. Dan akhirnya dia akur walau masih takut untuk meluahkan rasa pada si gadis sepejabat  yang lebih tinggi pangkatnya. Mana mungkin Cik Hanisa suka kepadanya.

"Jom kita kawin? Mama saya ingat saya bercinta dengan isteri anak satu." - Amar Firzal

Ini dikira proposal ke? Tanpa cincin belah rotan? Tanpa pantun lima enam kerat? Tak menarik langsung. - Aira

Amar Firzal terpaksa melupakan crush di pejabat. Aisya Humairah nekad tinggalkan kekasih yang masih ragu tak bertempat. Kerana takdir mereka bertemu, kerana takdir juga mereka bersatu. Mampukah Firzal menjadi pencuri cinta kelas satu untuk isteri yang manja dan berhati batu?

"Malam ni jangan pergi mana-mana."
"Kenapa?"
 "Nanti awak tak ada dalam mimpi abang."

Kalau hati dah mula rasa sesuatu, dapatkah crush dan cinta pertama dilupakan?

[SINOPSIS NOVEL] 7 Hari Mencintaimu

Assalamualaikum..


Sinopsis Novel

Khuzairi, dalam diam mencintai gadis bernama Mia Adriana. Cinta pandang pertama menjadikan dia  seorang perindu yang setia. Namun sikap angkuh dan sombong gadis ini menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hama jua menyimpan impian unutk memilikinya.

"Kau ni memang dasar jantan tak sedar diri tau. Kau memang saja nak cari pasal aku kan? Hei Khuzairi kau dengar sini. Kau tu budak kampung yang tak sedar diri! Tapi ada hati nak kahwin dengan anak orang kaya! Sedar-sedarlah diri kau tu. Kau tak layak langsung nak berdamping dengan akulah. Kau nak aku bawak cermin ke suluhkan muka kau. Buat tak reti bahasalah pulak. Aku harap lepas ni kau akan ingat kata-kata aku ni sampai mati! So... apakata kau berambus sekarang! Kau pergi balik jaga kambing-kambing kau sebab kat situ baru betul tempat kau!"

Aduhai! Angkuh sungguh kata-katanya. Bungkam seketika Khuzairi mendengarnya. Jauh disudut hati dia mula bertanya, sampai bila dia mampu untuk terus menahan makian dan hinaan yang dilemparkan oleh gadis ini? Sudah lalikah telinganya? Sudah matikah perasaannya? Tidak ke dia kecewa? Tidakkah dia terluka? Khuzairi mengangguk perlahan.

"Ya, aku juga manusia biasa, aku ada hati dan perasaan tapi aku tidak mampu untuk membuat apa-apa, demi satu amanah aku harus menelannya, demi satu amanah aku harus terus bersabar.."

Amanah? Amanah siapa yang digenggam oleh Khuzairi itu, sehingga dia sanggup mengheret dirinya ke kancah derita?

Lupakan Mia Adriana, hidup ini bagaikan putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah diri sendiri. Berdoalah, di kala keinsafan menjelma nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi ini belum terpadam buat dirinya.

__________________________________________________

Jangan lupa untuk menyaksikan drama adaptasi ini yang akan ditayangkan pada bulan November 2016 yang akan menyaksikan gandingan Shukri Yahaya bersama Siti Saleha








 

[SINOPSIS NOVEL] Mr Secret Admirer

Assalamualaikum..

Sinopsis Novel

Kisah bermula apabila Zureen ditawarkan bekerja sebagai jururawat peribadi kepada seorang lelaki kacukan Arab-Pakistan, Syed Redza yang baru tersedar dari koma akibat kemalangan jalan raya. Pekerjaan yang disangka mudah, rupa-rupanya serba mencabar apabila dia sering saja menjadi mangsa kemarahan dan sikap baran lelaki kepala batu itu.

Di pihak Syed Redza, hatinya memegang kukuh sebuah dendam. Kerana terlalu membencikan tunangnya, dia turut melempiaskan rasa yang serupa kepada Zureen. Baginya perempuan semuanya sama, semua tidak boleh dipercayai. Sungguh hatinya benci.

"Aku dah jumpa ramai perempuan macam kau ni. Depan bukan main baik lagi, tapi dibelakang macam racun!" - Syed Redza

Kebencian Syed Redza tidak masuk akalitu membuatkan Zureen semakin tersepit. Dia mahu larikan diri sejauh mungkin, namun kakinya dirantai dengan janji bersama Datin Raja Fatimah. Dan kehadiran abang angkatnya, Dr Haziq semakin menambah beban apabila pangkat 'adik' itu rupa-rupanya sekadar di bibir. Di hati lelaki itu tersirat makna yang lainnya, makna yang jelas berbeza.

Namun apabila cinta dan rindu yang terpendam utuh mulai terancam. ego seorang Mr.Secret Admirer dicampak jauh ke tepi. Dari rasa benci yang membuat tinggi, hati Syed Redza disapa rasa cemburu apabila perhatian Zureen teralih kepada Dr. Haziq. Jiwanya mula kacau bilau tidak keruan.

Perubahan dua ratus peratus Syed Redza membuatkan Zureen kematian kata. Daripada sikap yang suka mendengus dan membentak, lelaki itu seolah-olah cuba mencuri hatinya. Akur dengan rasa yang serupa, Zureen akhirnya memberi ruang dan peluang untuk membina bahagia bersama. Namun, sebegitu mudahkan cinta mereka bersatu? Dan mampukah Mr. Secret Admirer memegang cintanya sehingga ke akhir waktu?

 "Hanya Allah yang tahu apa niat aku. Hanya Allah yang tahu betapa aku menderita kerana terpaksa berperang antara hati dan akal aku sendiri." - Zureen

NANTIKAN adaptasi novel ini ke drama yang akan mengandingkan Elfira Loy sebagai Zureen dan Fezrul Khan sebagai Syed Redza




 

[SINOPSIS] Angin Cinta

Assalamualaikum..




Sinopsis Novel

Khairi Kamarudin Osman atau mesra dipanggil KK punya segala-galanya yang orang lain impikan dalam dunia ini. Pangkat, harta, wang ringgit, juga segala kemewahan dunia tetapi hanya satu kekurangan bagi dirinya iaitu cinta.

Kehadiran Irika seolah memberi nafas baru dalam hidup KK yang sepi tanpa sebuah cinta selama ini. Saat cinta itu dia perolehi dan hampir saja ke jinjang pelamin, ada satu permintaan yang Irika pinta, membuatkan KK rasa serba salah. Irika pula tidak pernah mengimpikan apa-apa sepanjang hidupnya, kecuali satu perkara. Bersatu dengan abahnya semula setelah lama mereka terpisah.

Irika kini tersepit antara abahnya yang sudah lama dia tidak ketemu dan juga KK, cinta hatinya yang baru dia jumpa. Siapakah yang harus Irika korbankan?

Ketika keputusan telah Irika bulatkan, KK membawa diri entah ke mana membuatkan hati Irika dipagut penyesalan. Andai benar tiada jodoh antara mereka, kenapalah angin yang menderu itu membawa cinta bersamanya?


Novel ini telah pun siap difilem kan dan anda boleh menonton menyaksikan FILEM ANGIN CINTA yang diadaptasika daripada NOVEL ANGIN CINTA di ASTRO FIRST!