Isnin, 29 Februari 2016

[SINOPSIS NOVEL] Bimbo

Assalamualaikum..




Sinopsis Novel

Dalam hidup Elsuraya, hanya seorang lelaki yang dinantikannya. Bukan bakal kekasih, jauh sekali bakal suami. Tetapi, seorang lelaki yang menyebabkan nyawa keluarganya diragut kejam. Dia ralat kerana tidak dapat bersama dengan keluarganya dan memegang status anak yatim piatu kerana lelaki itu. Siapakah lelaki itu sebenarnya? Azad? ye ke?

"Astalavista loozzer! With double o and double z".

Adakah kerana kata-kata yang dilontarkan betahun dulu membuatkan jiwanya sentiasa parah dan terluka? Ingin sungguh dia bertemu dengan empunya suara pelik itu agar dendamnya terlunas.

Perkenalan Elsuraya dan Dani Ikram membuahkan bibit-bibit cinta. SMS menjadi titik awal hubungan yang indah itu.

Dah gugel douchebag. Kejamnya. Do i deserve that? - Dani Ikram

Do i deserve bimbo? - Elsuraya

Tanpa disangka... Azad yang dibenci ialah sahabat baik Dani Ikram. Dan Azad pula... tidak sanggup memberitahu Elsuraya perkara sebenar kerana sayangkan persahabatannya dengan Dani Ikram. Dia rela dituduh 'pembunuh' walaupun hakikatnya insan lain yang menyebabkan tragedi hitam itu berlaku. Sementelah, hatinya sudah jatuh sayang pada Elsuraya. Dia tidak sanggup melihat sahabat baiknya dan wanita yang mula mengetuk pintu hatinya mennderita.

Keadaan semakin rumit bila keluarga cuma menjodohkan Elsuraya dan Azad. Apatah lagi mereka sangat rapat dengan arwah ibu dan bapa Elsuraya. Serasa mereka bertanggungjawab untuk menjaga dan melindingi Elsuraya.

"Su tak nak!Su benci Azad. Apa auntie merepek ni? Su takkan bertunang dengan dia. - Elsuraya

"Su cuba tengok lagi jauh. Umur Su makin meningkat. Su perlukan orang untuk jaga Su. Keluarga Azad cukup baik dan mampu jaga Su macam anak sendiri dan Azad sendiri tak kurang apa pun. Lainlah kalau Su ada calon lain. Auntie takkan paksa." - Puan Rosanna

Namun, Dani Ikram lebih pantas mendahului. Elsuraya cepat-cepat diikat agar tidak terlepas ditangan Azad. Azad pula tarik diri demi kebahagian Dani Ikram dan Elsuraya.

Saat hubungan sedang mekar, sebuah kebenaran terbongkar! Ayat 'astalavista loozzer... with double o and double z' yang diungkapkan Dani Ikram ketika mereka outstation di Seoul, Korea membuka mata Elsuraya. Ayat itu! ayat yang membuatkan kedua-dua orang tuanya maut dalam kemalangan jalan raya.

"All along. It is you. All along. It is a lie." - Elsuraya

"Listen" - Dani Ikram

"Truth.. that night, it was you! You were the one." - Elsuraya

Hati Elsuraya mula berbelah bahagi. Cintanya pada Dani Ikram dan dendamnya pada Dani Ikram. Dapatkah dia memaafkan lelaki itu sedangkan dendamnya masih membara? Dapatkah dia reda dengan ketentan ilahi sekiranya lelaki itulah jodoh untuknya yang telah tertulis di lohmahfuz? Kuatkah dia berperang dengan perasaan sendiri ? Semuanya bakal terjawap dalam Novel Bimbo ini.

"Miss Bimbo vs Mister Douchebag."

"Fantasi vs Realiti"

Jangan lupa untuk menyaksikan episod pertama AKU BUKAN BIMBO pada 29.2.2016 ini jam 10.00 malam hanya di Astro Ria dan Astro Ria HD.

Saksikan lakonan mantap Shaheizy Sam, Nadiya Nisa, Zahiril Adzim dan ramai lagi dalam adaptasi Novel Bimbo ke drama Aku Bukan Bimbo..





Selasa, 16 Februari 2016

[SINOPSIS] Meh Sandar Pada Aku!

Assalamualaikum..

Sinopsis Novel

Aku perlukan kau, sebagaimana kau perlukan aku. Tapi kenapa kita tak sedar semua itu?

Kata orang, tak kenal.. maka tak cinta. Tapi kalau dah kenal, asyik nak menyakitkan hati sahaja... buat apa? - Afnan Tasneem

Dia, gadis yang ceria, jujur cuma kadangkala lurus bendul tak bertempat. Kehadirannya di institut penyelidikan itu hanya sekadar memenuhi syarat kredit yang diperlukan untuk menyempurnakan pengajian peringkat ijazah pertamanya. Sangkanya, praktikal hanya sekadar bekerja sambil menimba pengalaman awal sebelum tempoh alam pekerjaan sebenar. Rupa-rupanya tidak.

Berdepan dengan spesieslelaki terancam yang macam bagus seperti penyelianya itu membuatkan hatinya sentiasa berasa panas. Buat itu tak kena, buat ini tak kena. Langsung tak ada gaya sedang menjalani praktikal. Asyik kena buli, adalah! Lelaki itu cuma pandai bagi arahan, tapi tunjuk ajar memang tak pernah ada. Matanya pula langsung tak beralih dari skrin komputer setiap kali berkata-kata. Macam bagus sangat!.

"Kau letak otak kat mana ha? Kat lutut?"

"Kenapa Doktor Syed tanya saya macam tu?"

"Sebab kau buat kerja tak guna otak. Tapi guna lutut!"

Dalam marah, dalam herdik... tanpa sedar nama gadis itu sudah mula ada ruang dalam hati dan akal seorang lelaki yang bernama Syed Nadzhan yang selama ini dunianya kosong untuk kaum perempuan. Kehadiran Adam Naufal, anak didiknya yang selalu menjadi penyelamat gadis itu dengan senyuman dan bicara tenangnya membuatkan hati Syed Nadzhan mula terisi, rasa tergugat.

"Aku apa?"

"Tak ada apa-apa, Doktor Syed.."

"Aku tanya sekali lagi, aku apa?"

"Err.. Doktor Syed kan handsome! Tentulah Doktor Syed tak suka perempuan macam saya yang biasa-biasa ni. Betul tak?"

Tapi rasa itu terhenti apabila merekaakhirnya ditakdirkan untuk duduk serumah.

Apakah pengakhiran kisah Afnan Tasneem? Berjayakah dia mengharungi tempoh praktikal di bawah selian lelaki itu dengan jayanya? Apakah hubungan sebenar di antara mereka berdua hingga memungkinkan mereka duduk bersama?




Dengar kata, novel ini akan diadaptasikan ke drama TV3. Yang menjadikan Mira Filzah sebagai heroin. Sama-sama kita tunggu..


[LIRIK] Kasih Dalam Hati - Ippo Hfiz

Assalamualaikum..


Lirik Kasih Dalam Hati

Dengan rasa hati ini
Mengharapkan kasih yang dicintai
Jiwa yang penuh terluka
Merapuhkan penuh derita

Setitis cahaya yang menyinarkan hati
Setitis hatimu yang bisa menerangkan
Hatimu pasti ia akan milikmu
Jiwa harus kau pertahankannya

Kesedihan yang dirasa
Tiada yang bisa untuk mengerti
sepi yang selalu terlihat
Agar tidak bisa berulang

Setitis cahaya yang mneyinarkan hati
Setitis hatimu yang bisa menerangkan
Hatimu pasti ia akan milikmu
Jiwa harus kau pertahankannya

Ku berharap cinta yang masih ada
Bisa menguatkan diri ini
Ku berharap cinta yang masih ada
Harus tulus darimu

Setitis cahaya yang menyinarkan hati
Setitis hatimu yang bisa menerangkan
Hatimu pasti ia akan milikmu
Jiwa harus kau pertahankannya

Setitis cahaya yang menyinarkan hati
Setitis hatimu yang bisa menerangkan
Hatimu pasti ia akan milikmu
Jiwa harus kau pertahankannya

Kau pertahankan darinya

Dengan rasa cinta ini
Kau datang dan bawa ku pergi

[LIRIK] Kekal Bahagia - Ippo Hafiz

Assalamualaikum..


Lirik Kekal Bahagia

Ku telah melupakan dirinya
Ku telah benar-benar melepaskan
Kini aku hanya ada kamu
Mengertilah cintaku

Kuatkanlah untuk bersamamku
Teguhkan hatimu menemani aku
Menjalani waktu-waktu hidupmu
Aku akan selalu ada denganmu

Memang benar aku mencintaimu
Memang benar rasa menyayangimu
Setulusnya rasa hati ini
Hanya padamu

Ku harapkan engkau 
Yang terakhir
Dalam hidup ini
Setia bersamamu
Hingga hujung waktu ku
Kekal bahagia selamanya

Memang benar aku mencintaimu
Memang benar rasa menyayangimu
Setulus rasa hati ini 
Hanya padamu

Ku harapkan engkau
Yang terakhir 
Dalam hidup ini
Setia bersamamu
Hingga hujung waktu ku (2x)
 Kekal bahagia selamanya (2x)

Bahagia...

[LIRIK] Mungkin Saja - Janna Nick

Assalamualaikum..


Lirik Mungkin Saja

Berlegar-legar 
Bermain di mataku
Berdebar-debar
Degup jantungku
Makin lama 
Makin ku rasa rindu
Makin lama 
Makin tertarik padamu

 Mungkin saja 
Dia mencintaku
Dan mungkin saja 
Sekadar temanku
Oh keliru
Bila dilamun cinta
Aku tak tahu
Ku tak tahu

Sekadar hello
Bisa membuatku gamam
Dengan senyuman 
Aku bagai di kayangan 
Bagaimana harus ku luahkan kata
Bagaimana aku sudah jatuh cinta

Mungkin saja
Dia mencintaku
Dan mungkin saja
Sekadar temanku
Oh keliru
Bila dilamun cinta
Aku tak tahu
Ku tak tahu

Satu, dua, tiga kali
Jatuh cinta jatuh hati
Aduhai apa dah jadi
Mungkin tidak mungkin ia
Mungkin juga sama-sama
Mungkin masih malu kata cinta

Sekadar hello
Bisa membuatku gamam
Dengan senyuman
Aku bagai di kayangan
Bagaimana harus ku luahkan kata
Bagaimana aku sudah jatuh cinta

Mungkin saja
Dia mencintaku
Dan mungkin saja
Sekadar temanku
Oh keliru
Bila dilamun cinta

Mungkin saja 
Dia mencintaku
Dan mungkin saja
Sekadar temanku
Oh keliru
Bila dilamun cinta 
Ku tak tahu
Ku tak tahu

Jumaat, 5 Februari 2016

[SINOPSIS] One Day You'll Be Mine

Assalamualaikum..


Sinopsis Novel

Dia seorang gadis yang hidup bukan hanya  memikirkan tentang dirinya sendiri. Atas kesilapan masa lampau, dia mengambil keputusan utuk menjadikan dirinya sebagai seorang pesalah dan menghukum dirinya agar tidak berasa bahagia. Baginya, hilangnya kasih sayang daripada seorang lelaki bernama Nik Afezal, bererti hidupnya sudah tidak bermakna!.

Bagi Anith Fitriah, keluarganya bersalah kerana merahsiakan hal besar itu daripada pengetahuannya dengan alasan, ia dapat mengurangkan kesakitan yang dialaminya. Tetapi hakikatnya, tindakan mereka telah menyebabkan Anith Fitriah berasa menyesal atas keputusan yang dibuatnya. Kalaulah dia tahu yang selama ini dia melakukan sesuatu yang sia-sia, pasti dia takkan meninggalkan Dzul Ehsan kemudian meneruskan kehidupan yang telah diaturkan oleh kedua-dua belah keluarga mereka.

"Kau pekak ek?"

"Aku boleh dengar kau bercakap. So, no, i'm not deaf. Thank you for asking."

"Jadi boleh tolong jelaskan kat aku kenapa kau kuatkan volume TV ni sampai orang kat Afrika sana pun boleh dengar?"

"Okay, but stay away from my stuff and get your own tv."

Dzul Ehsan dan Nik Afezal. Bagi perspektif Anith Fitriah, kedua-dua lelaki itu memiliki perangai yang sangat berbeza. Sejak dulu lagi, lelaki yang peling indah di matanya hanyalah Nik Afezal. Dan lelaki yang paling tidak bertanggungjawab dan suka membuat muka selambanya... ialah Dzul Ehsan. Uh, sangat menyakitkan hati bila bercerita tentang lelaki itu.

"Jangan cari pasal dengan aku awal pagi macam ni, boleh tak?"

"Jadi aku patut tunggu tengah hari atau malam sebelum cari pasal dengan kau? Is taht you're suggesting?

"Pergi mampus."

"Terima kasih, I love you too"

Arghhh!!! Dia memang sengaja mahu menyakitkan hati aku.

Tapi kenapa banyak perkara yang berlaku dalam hidup Anith Fitriah, nama lelaki itu juga yang meniti di bibirnya. Dzul Ehsan juga yang pasti akan hadir melindunginya.

Adakah itu tandanya.. Dzul Ehsan yang berjaya menarik perhatiannya sekali gus berjaya memiliki hatinya? Tapi bagaimana nekadnya untuk hidup bersama dengan lelaki yang pernah disanyanginya, iaitu Nik Afezal?

Oh, sesungguhnya dia harus bijak memilih! Dan pilihannya pada kali ini tentulah pilihan yang terakhir.

"Kenapa kau nak kahwin dengan orang yang menyusahkan?"

"Mudah... sebab aku sayang kau"

[SINOPSIS NOVEL] Inikah Cinta

Assalamualaikum..




Sinopsis Novel

CINTA mnejadikan manusia lebih kuat tetapi cinta juga adakalanya menjadikan manusia sentiasa kehausan, kesakitan dan ingin berlari jauh. Novel ini mengisahkan rentetan cinta pertama yang penuh sejarah. Apabila anda mula mendekati cinta , mula berjinak-jinak dengan cinta, mula merasakan nikmatnya cinta, awasilah langkah kerana ia datang bersama sendu, pilu, rindu, sayang dan adakalanya air mata dan kemurungan.

Dimen dengan pendiriannya yang tipikal, warak serta tuntas terpaksa beralah pada kewujudan kali kedia Derra Mandy. Wanita kelahiran Isle Of Wight ini telah mencuri hati Dimen 10 tahun dahulu tetapi kedua-duanya terpisah kerana Derra Wandu meninggal dunia.

Jadi, siapakah yang tinggal di Isle Castle dengan menggunakan nama Derra Mandy dan cuba mencuri rasa cinta Dimen? Bolehkah kedua-duanya bersatu sedangkan pada waktu itu Dimen telah memperisterikan Liza? Dalam masa yang sama Dimen juga diburu bekas kekasihnya bernama Rohanita dan juga seorang wanita yang telah bersuami dan beranak lima, Norlila.

Kisah ini akan membawa anda mengembara jauh hingga ke London dan Amerika Syarikat serta mengenali titik bengik penglibatan Melayu dalam industri permotoran. Ia dramatik, romantik dan tragis, berselang-seli dengan cinta, bisnes dan pengembaraan. Cinta adalah simbol ledakan emosi manusia untuk dikasihi dan mengasihi.